Sunday, May 4, 2014

Maahad Tahfiz Negeri Pahang Sekolah Terbaik SPM 2013

Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2013

Pada 20 Mac 2014 (Khamis) yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2013 dan Taklimat Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM 2013. Majlis ini telah diadakan di Dewan Auditorium Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).

Seawal jam 10.00 pagi, kelihatan para pelajar dan ibu bapa sudah memenuhi perkarangan sekolah. Seterusnya para ibu bapa dan pelajar SPM 2013 dijemput memenuhi dewan MTNP. Semua warga MTNP termasuk para guru, staf-staf, pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, dan pelajar diploma memenuhi dewan bagi meraikan majlis tersebut.

Tepat jam 11.30 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ustaz Mohd Sukri b Che Mat selaku pengacara majlis. Seterusnya para hadirin dijemput berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Pahang dan lagu MTNP. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa bagi memberkati majlis.

Pada pukul 11.45 pagi, Tuan Haji Abdullah b. Ismail selaku Pengurus Akademik MTNP telah memberikan ucapan sekaligus memberi semangat dan inspirasi kepada calon pelajar SPM 2014 yang bakal menduduki SPM pada tahun ini supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan.

Acara kemuncak program iaitu pengumuman keputusan SPM 2013 telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato’ Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz. Seramai 34 calon pelajar SPM 2013 telah mendapat keputusan yang membanggakan MTNP. MTNP juga muncul sebagai sekolah terbaik di Negeri Pahang dalam SPM 2013 dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.45.

Seterusnya para pelajar SPM 2013 diraikan dengan penyampaian sijil dan penyampaian hadiah oleh Dato’ Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz.

Pada pukul 12.30 tengah hari, majlis diteruskan dengan taklimat penajaan dan hala tuju selepas SPM oleh Puan Safwati Bt. Ahmad selaku Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang. Taklimat ini bertujuan supaya para pelajar lebih jelas dengan pemilihan bidang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Selepas itu para jemputan dijemput untuk menjamu selera sebelum majlis berakhir pada pukul 2.00 petang.
Coretan sepanjang program
Pembukaan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa
     
Ucapan oleh Pengurus Akademik, Tuan Haji Abdullah Ismail dan Pengumuman keputusan SPM oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz
  
Seterusnya penyampaian sijil oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz
  
Taklimat penajaan dan hala tuju selepas SPM oleh Puan Safwati Bt. Ahmad selaku Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang
Bergambar kenangan
  
Keratan akhbar

Tetamu Kepada Majlis Khatam Talaqqi Bersanad dan Penyampaian Sijil



28 April 2014, Isnin. Perhimpunan pagi hari ini dimeriahkan dengan adanya Majlis Khatam Bersanad dan Penyampaian sijil kepada para pelajar yang berjaya. Majlis bermula dengan perhimpunan pagi dan seterusnya bacaan ayat al-Quran oleh pelajar.

Bacaan khatam oleh pelajar dimulakan dan seterusnya bacaan doa khatam Tausiyah oleh Syeikh Abdul Rahman. Selesai bacaan doa penyampaian sijil penyertaan dan sanad bacaan diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YH Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz.

Pada sebelah petangnya, Pengurus Besar Yayasan Pahang telah mengunjungi MTNP untuk beramah mesra bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Syeikh Abdul Rahman memandangkan ini adalah hari terakhir bersama.

Coretan sepanjang program
 
Bacaan ayat al-Quran oleh pelajar dan ucapan oleh Syeikh Abdul Rahman
 
Antara tetamu yang hadir dan kakitangan yang turut serta
 

Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Kemasukan ke IPG

Assalamualaikum.

UKCG - IPG

Tarikh permohonan kemasukan ke Program Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Ambilan Jun 2014 berbaki kurang enam (6) hari sahaja lagi akan ditutup, iaitu pada 30 Mac 2014. 

Oleh itu, kepada calon lepasan SPM yang berminat untuk memohon masih mempunyai masa untuk berbuat demikian. 

Di sini juga, saya ingin membuat peringatan kepada calon bahawa permohonan program perguruan ini harus melalui beberapa tapisan sebelum ditawarkan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana M.uda Perguruan. 



UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 

A. Sesi Ujian Bertulis 
  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal
  •  Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. 
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .

SESI TEMU DUGA 
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 
  • Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.

PEMILIHAN 
  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan UKCG
Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

Rujuk juga entri ini:

1. SEMAKAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU 2014
2. CONTOH SOALAN INSAK UNTUK UKCG
3. ETIKA PAKAIAN MENGHADIRI UKCG 
4. 5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL