Friday, April 20, 2012

Kerja Projek Matematik Tambahan



PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2012

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2012. Bagaimana pun, pengurusan pelaksanaan termasuk penyediaan soalan tugasan adalah menjadi tanggung jawab Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.  
3.            Sehubungan dengan itu, tugasan dan dokumen yang diperlukan bagi pelaksanaan KPMT 2012 ini boleh dimuat turun dengan klik : Kerja Projek Matematik Tambahan 2012 yang mengandungi dokumen-dokumen berikut:
                3.1   Soalan Tugasan KPMT 2012
                3.2   Garis Panduan KPMT 2012
                3.3   Rubrik KPMT 2012
                3.4   Borang Markah Pelajar KPMT 2012 Sekolah (untuk diisi oleh pihak sekolah)
                3.5   Borang Markah KPMT 2012 Daerah (untuk diisi oleh pihak PPD)

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Pen. PPD Sains & Matematik). Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.



PELAN TINDAKAN KERJA PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2012.

Bil.
Perkara
Tarikh
Tindakan
1.
Pengedaran Soalan Tugasan KPMT 
10 April 2012
JPN
2.
Pelaksanaan Tugasan KPMT di sekolah (Pelajar diberi 3 minggu untuk menyiapkan tugasan dari hari pertama tugasan diberikan)
Tempoh: 16 April hingga
18 Mei 2012
Sekolah
3.
Pengedaran rangka penyelesaian KPMT 2012 ke sekolah 
21 Mei 2012
JPN
4.
Penyemakan KPMT oleh guru
22 Mei – 15 Jun 2012
Sekolah
3.
Penghantaran Markah, Rumusan KPMT pelajar ke PPD (Sekolah dikehendaki mengisi Borang Markah Pelajar KPMT 2012 Sekolah)
22 Jun 2012
Sekolah
4.
Penghantaran Markah, Rumusan Markah KPMT Daerah ke JPN (PPD dikehendaki mengisi Borang Markah KPMT 2012 Daerah)
6 Julai 2012
PPD
5.
Penghantaran Markah, Rumusan Markah KPMT Negeri ke BPK KPM
20 Julai 2012
JPN

Sunday, March 25, 2012

Luahan Hati Cikgu

Lama sungguh cg tak meluahkan rasa hati cg. Baru-baru ini anak cg pulang ke Kuantan kerana menghadiri majlis anugerah cemerlang PMR 9A, Sekarang beliau belajar di sebuah SBP terkenal di Selangor.Cg tanya beliau tentang ujian pertama di sekolahnya kebetulan bagi subjek add math dia dapat <20 markah .Terkejut sakan cg, apa yang dia belajar di sana? Bila cg tengok dia buat latihan rupanya banyak yang dia tidak faham, cg try ajar sikit sikit nampaknya mudah faham,agaknya bahasa kampung yang digunakan oleh guru sekolah harian biasanya mudah difahami agaknya!!!!!!

Pastikan 15 minit Yang Terbaik

Keputusan SPM Anak Didik MTNP
















Thursday, March 22, 2012

Soalan Trial SPM 2011

All States Paper SPM 2011

here are a few good links where you can download all the states papers.

1. http://chngtuition.blogspot.com/

2. http://koleksisoalan.blogspot.com/

3. http://jaarsmtd.blogspot.com/


Analisis SPM 2011

Pengumuman keputusan SPM 2011 telah dibuat secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Menurut beliau, seramai 559 calon SPM 2011 telah memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Analisa Ringkas Keputusan SPM 2011

Daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon adalah dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan. Gred Purata Nasional (GPN) juga bertambah baik kepada 5.04 berbanding 5.19 pada tahun 2010 iaitu yang terbaik dalam tempoh lima tahun.



SBP vs MRSM ?
Nampaknya keputusan SPM 2011, SBP mengatasi MRSM

  1. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (0.93)
  2. SEKOLAH TUN FATIMAH (0.939)
  3. SEKOLAH SERI PUTERI (0.98)
    1. MRSM Tun Ghafar Baba – 1.0
    2. MRSM Taiping – 1.06
    3. MRSM Pengkalan Chepa – 1.12
    4. MRSM Kuantan – 1.19