Semalam, 7 september 2012, jemaah nazir melakukan pencerapan
dan verifikasi tentang profil permohonan guru cemerlang add mat
.Ini adalah saringan kedua setelah melepasi pencalonan saringan 1.
Mungkin ini pun kerana keikhlasan cikgu membantu rakan-rakan
guru dan pelajar berhampiran /sekeliling cikgu terutama sekolah
Tahfiz dan Agama.? Mungkin juga kerana peningkatan GPS subjek add math
sekolah biasa cikgu selama 5 tahun berturut-turut?
SPM 2007 GPS 8.68
SPM 2008 GPS 8.27
SPM 2009 GPS 6.31
SPM 2010 GPS 6.13
SPM 2011 GPS 4.44
Mungkin juga kerana beberapa modul, blog dan nota kecil cikgu?
Blog cg ni (akusukaaddmat.blogspot) semasa cikgu mohon
guru cemerlang pada
bulan mei lalu baru 5600 visitor
tetapi semalam sudah mencapai 14,320 visitor.
modul/Program
Modul Untuk Lulus (MULUS)
Mudahnya dapat A (MUDA)
Muridku TanggungjawabKU
Kerjasama Dengan UMP- motivasi kecemerlangan pelajar
Kajian Tingkah Laku pelajar bermasalh untuk cenderung bljr
Penggunaan Kalkulator Saintifik Dalam P & P
Ataupun kerana sudah tua? 16 tahun mengajar add math
namun yang penting adalah doa dari semua yang pernah cikgu
curahkan ilmu, kerana Allah s.w.t adalah sangat adil, Semakin banyak kita
tolong orang semakin banyak orang akan menolong kita..
Doakan semoga ada rezeki cikgu.
Aamin Ya Rabbal Aa lamin..
Friday, September 7, 2012
Wednesday, September 5, 2012
PAKAR ADDMATH?
Adakah anda berminat menjadi pakar Addmath?..
Soalan ini saya tujukan kepada sesiapa sahaja, tak kira samada anda pelajar T3 yang sedang menunggu keputusan PMR atau anda pelajar T4 atau anda pelajar T5 yang akan mengambil subjek ini di dalam SPM.
Saya juga menujukan soalan ini kepada pelajar2 Matrikulasi dan pelajar2 jurusan Matematik di Universiti. Kenapa saya berkata demikian??? Sebab perbicaraan saya kali lebih berkait dengan metod belajar (cara) sahaja dan tidak sama sekali berkaitan dengan contents.
Kepada pelajar-pelajar T4 & T5, soalan ini tentu mendorong anda berfikir sejenak.
Bolehkah aku menjadi pakar Addmath??? . Aku tak pandaipun. Tak pernah luluspun. Dapat 5 markah sahaja di dalam setiap kali ujian atau peperiksaan. Paling tinggipun, aku pernah dapat 18 markah jew. Hu2.
Saya selalu mencabar pelajar-pelajar saya, terutama di SMK Paloh atau SMK Hamzah 2. Adakah kamu semua mahu menjadi pakar Addmath???
Semuanya mengangguk kepala macam burung belatuk. Sanggup terima apa sahaja syarat yang saya beri. Ya ke budak-budak ni???
Saya terfikir mereka ini hanya kuat semangat sahaja, tetapi kurang daya tahan. Semangat sahaja tak cukup. Anda juga memerlukan daya tahan yang tinggi. Ibarat nak mendaki ke gunung everest, tak ukup dngan angan-angan sahaja. Mesti ada keazaman yang kuat, peralatan-peralatan yang canggih, doa yang kental, kerja berpasukan yang tinggi dan sebagainya.
Semuanya mengangguk kepala macam burung belatuk. Sanggup terima apa sahaja syarat yang saya beri. Ya ke budak-budak ni???
| Sanggup buat latihan serajin ini? |
| Atau sekuat ini? |
SYARAT SAYA CUMA SATU SAHAJA. ONLY ONE & ONE
Semua mereka mengangguk kepala. Bagus budak-budak ni. Memang mereka nak jadi pakar Addmath. Nak jadi sifu matematik yang tersohor.
Pengalaman saya sendiri, semenjak saya menguasai subjek ini semasa di Tingkatan 4 & 5, saya terus melonjak naik sebagai sifu di kalangan rakan-rakan. Bila masuk U, rakan-rakan sekursus pulak meminta saya menjadi sifu untuk mereka. Sayapun tidak kedekut. Hasilnya saya bertambah pandai, pandai & pandai.
Pengalaman saya sendiri, semenjak saya menguasai subjek ini semasa di Tingkatan 4 & 5, saya terus melonjak naik sebagai sifu di kalangan rakan-rakan. Bila masuk U, rakan-rakan sekursus pulak meminta saya menjadi sifu untuk mereka. Sayapun tidak kedekut. Hasilnya saya bertambah pandai, pandai & pandai.
SO, HOW TO BE THE SIFU OF ADDMATH???
Saya cuma boleh beri caranya sahaja. Selebihnya anda mesti mendisiplinkan diri anda sendiri. Saya cuba juga untuk mengaplikasikan cara ini di kelas, tetapi hampir kesemua pelajar (almost 80%) tak sanggup menerimanya. Berat sangat cikgu. Takut saya cikgu. Demikianlah runggutan mereka terhadap saya. Habiss itu macam mana???
Saya tiru kaedah ini daripada seorang guru Addmath berbangsa Cina. Dia memberikan 100 soalan kepada semua pelajarnya untuk disiapkan di dalam masa 3 hari. Sesiapa yang tak siap 100%, dia akan dikenakan hukuman rotan tangan sebanyak soalan yang tak siap. Apa macam??? Mahu???

Pelajar-pelajar saya menjerit ketakutan. Berat sangat cikgu. Takut la. Sakit la. Saya memerlukan komitmem mereka yang tinggi untuk berjaya. Kalau saya setakat memaksa, hasilnya tentu tidak memuaskan sebab rata-rata mereka akan copy-paste sahaja.
Saya tidak suka kepada jenis pelajar yang copy paste. Saya mahukan yang betul-betul berdisiplin di dalam tugas mereka menyiapkan drilling (latihtubi) yang saya berikan.
Pelajar-pelajar saya menjerit ketakutan. Berat sangat cikgu. Takut la. Sakit la. Saya memerlukan komitmem mereka yang tinggi untuk berjaya. Kalau saya setakat memaksa, hasilnya tentu tidak memuaskan sebab rata-rata mereka akan copy-paste sahaja.
Saya tidak suka kepada jenis pelajar yang copy paste. Saya mahukan yang betul-betul berdisiplin di dalam tugas mereka menyiapkan drilling (latihtubi) yang saya berikan.
Anda sebenarnya perlu berani mendisiplinkan diri anda pada setiap masa, setiap ketika & setiap hari.
Saya selalu menceritakan cara saya belajar Matematik semasa di Tingkatan 3 & Matematik Tambahan semasa di Tingkatan 5 kepada pelajar-pelajar saya.untuk dijadikan dorongan dan panduan kepada mereka. Saya mahu mereka berjiwa kental seperti saya juga.
Saya selalu menceritakan cara saya belajar Matematik semasa di Tingkatan 3 & Matematik Tambahan semasa di Tingkatan 5 kepada pelajar-pelajar saya.untuk dijadikan dorongan dan panduan kepada mereka. Saya mahu mereka berjiwa kental seperti saya juga.
Setiap kali balik sekolah, lebih kurang pukul 2.00 pm, saya akan mengunci diri saya di dalam bilik dengan tidak membenarkan sesiapapun menganggu saya. Kata orang sekarang, DON'T DISTURB ME. Saya buat latihtubi Mamtematik/Matematik Tambahan sebanyak 10 soalan sebelum saya keluar makan, minum dan solat.

Pada peringkat permulaan, saya terkial-kial juga. Tetapi akhirnya, ia menjadi seakan-akan sebuah rutin yang biasa bagi saya. Hasilnya, saya berjaya membuat litar pintas untuk banyak soalan yang saya belum terokai.
Bayangkan begini, 10 soalan sehari. Dalam sebulan 10 X 30 = 300 soalan. Dalam setahun, 300 X 10 = 3000 soalan. Saya guna 10 bulan sahaja setahun. Baki 2 bulan tu untuk main air musim banjir. He2. Kalau 2 tahun, dah 6000 soalan Addmath yang berjaya saya litarpintaskan. Dan kerana itu, saya rasa saya pandai disebabkan kekuatan semangat & disiplin saya yang tinggi itu. .
Pada peringkat permulaan, saya terkial-kial juga. Tetapi akhirnya, ia menjadi seakan-akan sebuah rutin yang biasa bagi saya. Hasilnya, saya berjaya membuat litar pintas untuk banyak soalan yang saya belum terokai.
Bayangkan begini, 10 soalan sehari. Dalam sebulan 10 X 30 = 300 soalan. Dalam setahun, 300 X 10 = 3000 soalan. Saya guna 10 bulan sahaja setahun. Baki 2 bulan tu untuk main air musim banjir. He2. Kalau 2 tahun, dah 6000 soalan Addmath yang berjaya saya litarpintaskan. Dan kerana itu, saya rasa saya pandai disebabkan kekuatan semangat & disiplin saya yang tinggi itu. .
SUMBER:http://czain.blogspot.com/
Thursday, August 30, 2012
Pertandingan Akhir Matematik UIAM 2012
Pada 29 ogos 2012(Rabu) dan 30 ogos 2012 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi -3.00 petang
Tempat : Kuliyyah Sains UIA
Seorang pelajar cikgu terpilih dari hampir seribu pelajar yang menyertai Pertandingan secara saringan pertandingan matematik uiam 2012 (IMC2012)
Masa: 8.00 pagi -3.00 petang
Tempat : Kuliyyah Sains UIA
Seorang pelajar cikgu terpilih dari hampir seribu pelajar yang menyertai Pertandingan secara saringan pertandingan matematik uiam 2012 (IMC2012)
Tahniah kepada SABS Kuantan yang menggondol piala sekolah terbaik.Tahniah kepada Mr Tan Yee Hong kerana berjaya melatih pelajarnya.Kepada yang kurang berjaya,cuba lagi...semoga berjaya
Thursday, July 19, 2012
Tips lulus Add Math
Kertas 1
Kertas 1 ada 25 soalan yang wajib dijawab..
biasanya pattern soalan sama saja.
Soalan no.1 biasanya dari Chapter 1-Function
Soalan no.2 Chapter 2-Quadratic Equation
dan seterus-seterusnya lah.
..(ada juga satu chapter keluar lebih dari 2 soalan)
Empat Chapter ini
(biasanya tak keluar dalam Paper 1 sebab chapter
ni soalan pilihan Paper 2)
-Solution Of Triangle
-Index Number
-Motion Along A Straight Line
-Linear Programming
Cadangan
1. Jangan tinggalkan kosong- jawab semua
soalan sehabis baik mengikut kemampuan anda
(sepatutnya tiada masalah untuk 10 soalan pertama
kerana beberapa chapter telah diajar dalam matematik moden juga..)
2. Gunakan scientific calculator yang ada mode equation
(dicadangkan Casio MS570)
- bertujuan untuk menyemak factorization dengan lebih
mudah kerana factorization untuk quadratic equation
digunakan dalam banyak soalan(*tapi ingat-markah tidak
diberikan sekiranya jalan kerja tidak ditunjukkan-
(calculator untuk tujuan penyemakkan)
- untuk mencari nilai binomial probability distribution
-nilai X dengan lebih mudah tanpa menggunakan buku sifir
4 angka (walaubagaimanapun buku sifir disediakan semasa peperiksaan
3. Markah yang diperuntukkan ada dinyatakan dihujung
setiap soalan..yang terdiri dari 2,3 dan 4 markah. Jawab soalan
berpandukan markah yang diberi.
4. Formula telah diberikan di hadapan kertas soalan.
.(hampir semua formula)..walaubagaimanapun ia akan
menjadi hiasan saja kelau anda tidak tahu menggunakan
atau tidak tahu makna simbol..penting untuk anda "mesra"
dengan formula-formula ini dengan membuat seberapa
banyak latihan
5. Sekiranya ada dinyatakan dalam soalan contohnya :
Without using scientific calculator..maksudnya anda
diminta untuk menunjukkan jalan kerja penuh untuk
menjawab soalan itu..walau bagaimanapun..anda boleh
menggunakan mesin kira untuk tujuan semakan..
6. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya
25markah (30/80) untuk kertas 1
7. Secara amnya Kertas 1 sangat membantu anda untuk
lulus Add Math..pelajar yang biasa mendapat markah
(60/80 dan ke atas) biasanya boleh mendapat
A1 atau A2 untuk Add Math, semasa SPM sebenar..(mengikut pengalaman)
Kertas 2
Terdapat 3 Bahagian soalan dalam Kertas 2
..Bahagian A, B dan C (semua sekali 15 soalan..wajib jawab 12)
Anda wajib menjawab semua soalan Bahagian A ((40 markah)
pilih 4 daripada 5 soalan Bahagian B (40 markah)
pilih 2 daripada 4 soalan Bahagian C (20 markah)
sekiranya anda sangat lemah dalam add math
pastikan anda fokuskan kepada soalan-soalan berikut
* Bahagian A -silmultionous equation (biasanya 5 hingga 6 markah-semak factorization guna scintific calculator anda)
* Bahagian B- Linear Law (biasanya soalan no 7)
(buat jadual (sekurang-kurang nya dua tempat perpuluhan )dan
plot graf-5markah..jawab soalan 5 markah)
* Trigonometric Functions (cuba buat graf trigo kerana
graf trigo tidaklah sesusah yg selalu
digambarkan)
* Probability Distributions -pattern soalan biasanya sama saja
Bahagian C - bagi pelajar saya.. saya menyarankan
mereka memilih tajuk Index Number dan Solution Of Triangle
untuk bahagian ini..kerana..Index Number adalah topik yg mudah.
.dan solution of triangle juga
tajuk yg tidak terlalu sukar..berbanding dengan
Linear Programing(mengambil masa untuk
menjawab..mengintepretasi soalan kepada graf).
.Motion Along a Straight Line (perlu mahir tajuk
differentiation dan integration..dan pelajar
selalu tidak dapat menafsir tajuk dengan baik untk topik
ini)
# PERHATIAN-Untuk Bahagian B soalan-soalan dari
topik lain yang selalu diuji ialah Coordinate Geometry,
Statistic, Circular Measures, Vector, Differentiation dan Integration
Daripada cadangan saya tadi anggaran markah untuk
topik2 terpilih tersebut ialah 70/180 (jumlah kertas 1 dan 2)
peluang untuk anda lulus adalah sangat cerah sekali..
jika anada dapat menambah 10 markah lagi.
.peluang untuk kredit berada di depan mata)
1.Segala cadangan di atas adalah atas pemerhatian
dan pengalaman (kursus teknik menjawab) yang telah
saya ikuti@alami sendiri..sekiranya anda mempunyai
guru2 pakar yang dapat memberikan ilmu atau
strategi menjawab yang lebih baik saya sangat
mengalu-alukan anda berkongsi dengan saya
2. Sekiranya anda telah pun mempunyai strategi menjawab
yang lebih baik...dan cadangan di atas tidak memberikan
banyak input malah mengelirukan..ABAIKAN SAJA
3. Sekiranya anda rasa ia membantu dan memerlukan lebih
dari yang ditulis diatas anda boleh bertanya -
akan saya jawab sekiranya mampu...
Subscribe to:
Posts (Atom)