Thursday, February 14, 2013


 Masjid Koh Phi Phi  Dan Krabi



Anda pernah mendengar Ko Phi Phi? Terletak dalam wilayah Krabi dan kedudukannya antara Ko Lanta, Pekan Krabi dan Pulau Phuket, Ko Phi Phi sangat indah diciptakan Allah untuk menzahirkan kehalusan definisi pantai yang indah bagi citra selera manusia.

Di Ko Phi Phi Leh, yang merupakan 'anak' kepada Ko Phi Phi Don, iaitu Ko Phi Phi yang lebih besar, Leornado Di Caprio telah diambil untuk melakonkan watak Richard dalam filem The Beach keluaran tahun 2000 yang menceritakan pengembaraan seorang anak muda yang mencari pantai paling indah dan tak terusik oleh siapa-siapa di dunia. Lokasi filem tersebut memilih Mahyah Bay, sebuah teluk yang dikelilingi oleh tunggul-tunggul batu kapur yang terletak di Ko Phi Phi Leh.

Mahyah Bay di Ko Phi Phi Leh, lokasi penggambaran The Beach.

Berbalik kepada Ko Phi Phi, pulau yang asalnya bernama Pulau Api-Api, merujuk kepada jenis pokok bakau yang terdapat di situ, mula didiami oleh nelayan berketurunan Kedah sejak ratusan tahun lalu. Pada tahun 1940an, peladang kelapa dari tanah besar yang juga dari keturunan Kedah membuka kawasan tanaman kelapa di situ.

Hari ini, dilantai barisan pepohon kelapa berusia puluhan tahun, telah padat dengan rumah tumpangan, restoran, bilik sewa, bar, cafe, rumah urut dan berbagai lagi kemudahan pelancongan. Penduduk asal beragama Islam berketurunan Kedah di sini memperoleh pendapatan dengan membawa bot-bot panjang untuk para pelancong menyewa dengan kadar harian. Mereka tidak lagi tahu berbahasa Melayu hatta ayat paling mudah.

Apa yang menarik, di sebuah pulau yang mana umat manusia yang bertenggek di atasnya mampu mencecah 5000 orang pada satu-satu masa, hanya 500 hingga 1000 orang merupakan penduduk asal pulau ini. Namun, sebuah masjid yang agak besar dan nyata telah wujud di situ.

Lebih membingungkan, ditengah-tengah kawasan yang telah menjadi sebuah perkampungan komuniti kulit putih yang ada diantara mereka telah berbulan menyadaikan diri di situ, laungan azan dari Masjid Ko Phi Phi (lihat gambar paling atas), tidak pernah gagal untuk diperdengarkan melalui corong menara masjid, hingga seluruh kawasan landai dan padat permatang Tongsai, kawasan yang menempatkan 90% pelancong di Ko Phi Phi ini mampu mendengarnya 5 kali sehari.

Permatang Tong Sai di Ko Phi Phi sejurus selepas Tsunami, hari ini, ia kembali padat dengan premis-premis perniagaan dan penginapan.
Walaupun sepanjang 'high season' dari November hingga April, pulau ini dipenuhi dengan dengan golongan yang bukan beragama Islam berbangsa Eropah pada kadar mencapai 80% dari keseluruhan umat manusia, tiada bantahan supaya azan tidak dilaungkan.

Aneh, di negara kita Malaysia, di mana populasi penduduk Islam telah mencecah 68%, telah wujud golongan yang buta hati, kotor, busuk dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat, dipilih untuk mewakili sesebuah bangsa yang sesetengahnya mempunyai satu agenda. Hentam Islam dari setiap sudut termasuk laungan azan yang dikatakan mengganggu.

Adakah trend menolak kematangan berfikir dan mendakap sentimen perkauman ini mahu dipakai sebagai acara politik? Jika ya, kita semua mengetahui, pihak manakah yang sebenar-benarnya bersifat perkauman dan berbahaya.

Sesungguhnya, tidak seorangpun rakyat Malaysia layak untuk memakai kewarganegaraan negara ini jika mereka terus menyokong golongan chauvinist, anti-Islam, diskriminasi dan bersifat membolot apabila kuasa terlepas ke tangan mereka.

Mereka-mereka ini melindungi sifat perkauman mereka dengan lekas-lekas menuduh pihak lain bersifat perkauman agar fitnah mereka didengari terlebih dahulu sebelum fakta hujah pertuduhan menjadi ayat bela diri yang akan mereka manipulasi semata-mata. Dolak-dalik mereka sangat mudah dibaca dan mereka hakikatnya tidak pandai seni politik dan dungu.

Ko Phi Phi terus membangun walaupun 2000 orang maut semasa tsunami 2004. Azan terus berkumandang di permatang Tongsai yang umat manusianya terdiri dari 80% pelancong asing, di sebuah negara yang dikepalai oleh seorang Raja yang amat berhati-hati terhadap hati kaum minoriti yang patuh kepadanya.

Masjid-masjid baru di Krabi terus tumbuh dengan saiz yang sangat besar, sehingga sesebuah gugusan kampung-kampung yang berpenduduk 2000 orang mempunyai masjid sebesar Masjid Jamek Kuala Lumpur. Azan terus berkumandang di negara yang mengangkat ajaran Buddha-Hindu sebagai agama teratas dalam bayangan sekularisma terpimpin pada perlembagaannya.

Tetapi di Malaysia, ada pihak berjiwa syaitan yang wajar diberi ingatan dan mungkin sedikit pengajaran tidak akan menjejaskan sesiapa demi masa depan anak bangsa Malaysia yang kini diacah senakalnya oleh golongan parasit ini.

Masjid yang baru di bina di pantai peranginan Phra Nang yang masih terletak di bawah daerah Ao Nang, dalam wilayah Krabi.
Masjid di Nong Thale, Route 4034 berhampiran simpang ke Route 4023.
Masjid Al-Aman di Ao Nang yang terletak di Route 4023.

Tempat Rehat Dan Solat di Trang Thailand



Perjalanan adalah dijangkakan mengambil masa lima jam termasuk singgah di kawasan R & R di Trang. Kami diberikan masa 20 minit di sini. Majoriti peniaga di kawasan ini ialah orang Islam dan kebanyakannya boleh berbahasa Melayu. Selain gerai-gerai dan restoran, terdapat juga sebuah pasar raya yang banyak menjual produk makanan yang dihasilkan oleh pengusaha Muslim setempat.

Gerai-gerai di bahagian luar pasar raya.

Tempat bersolat juga disediakan.

Bercuti di Phi Phi Island Jangan Lupa Lihat Kebesaran Allah






.

Viewpoint 1

Dari tempat saya duduk tu pun pemandangan dah tersangat la ...., subhanAllah ciptaan tuhan.



Viewpoint 2

Dekat Viewpoint 2 tu ada kedai dan rumah penduduk tempatan. Mereka jual air minuman dan makanan ringan. Tandas pun ada tapi berbayar, 10 Bath sekali masuk.

 masjid yang ada di Phi Phi Island ni. Dalam hati terdetik, macam manalah rupanya masjid di tengah-tengah pulau yang penuh dengan pub/disco ni..hmmm.

Setelah jalan dalam 30 minit kot, sampailah di masjid mengikut tunjuk arah dari papan tanda yang di sediakan. Besar masjid ni rupanya.










Menyusuri masjid di Phuket dan Koh Phi Phi


Sebagai seorang Muslim, walau kita sedang bercuti di mana sahajan, ibadah solat lima wkatu tidak boleh ditinggalkan. Apalagi bila di negara yang tengah dikunjungi, tempat ibadah susah nak cari dan ini akan menambah  pengalaman dan kesan bercuti.
Keindahan Koh Phi Phi
Pulau Phuket berada di Thailand tenggara, 
Pada tahun 2004, daerah ini diterjang tsunami Samudera Hindia yang mengakibatkan  ribuan orangmati  dan hilang. Sama seperti di Indonesia, Sri Lanka dan Malaysia, tsunami di Thailand tidak hanya meragut korban jiwa, melainkan harta, infrastruktur dan mata pencaharian warga tempatan.Perlancungan hancur lebur selama beberapa waktu, namun kini semua telah kembali seperti sebelum bencana. Tidak tampak bekas-bekas tragedi tersebut di  Patong, Kata, Karon, pantai-pantai paling populer di Pulau Phuket.
Kini, yang terlihat hanya resort-resort, hotel mewah, restoran-restoran yang ramai oleh turis asing, serta gemerlapnya Bangla Road – jalanan yang paling terkenal bagi para backpackers – dan keindahan pantainya.
Tentu, seperti di daerah perlancungan pantai yang lain, banyak sekali disko, bar, dan pelancung asing yang berpakaian coli. Namun di Provinsi Phuket ini banyak juga warga tempatan yang Muslim dan banyak di antara mereka yang mengenakan tudung, sehingga saya juga tidak merasa janggal.
Apabila kita menyusuri jalan-jalan utama di daerah ini, tidak perlu merasa kuatir kerana jumlah masjid cukup banyak. Pemerintah tempatan pun sangat membantu dengan selalu menyediakan papan arah untuk masjid.
Islam merupakan kaum minoriti di Thailand dan sebagian besar bermukim di Thailand bagian selatan. Di Phuket dan Phi Phi Don, pemandangan perempuan bertudung  adalah hal yang biasa. Makanan halal pun cenderung mudah untuk didapatkan, walaupun di tempat perlancungan yang menyediakan makanan halal biasanya adalah restoran India atau Arab.
Di beberapa pantai, misalnya Surin dan Kamala, banyak warung-warung yang menyediakan makanan halal dengan ibu-ibu penjual yang mengenakan kerudung. Anda juga jangan khawatir bila membeli makanan kecil di minimarket, banyak yang memiliki label halal.
Masjid Kamala
 Masyid Kamala atau Kamala Mosque, yang terletak tak jauh dari Ban Kamala dan Pantai Kamala
Masjid yang terbuat dari marmer berwarna abu-abu dan merah ini berdiri tegak di tengah pemukiman padat penduduk. Kamala juga merupakan wilayah dengan populasi Muslim karena kami banyak melihat tanda masjid serta warung halal.
Masjid  Nuruddee Neeyah
Masjid ini terletak di daerah Chalong, berada di jalan utama bila anda hendak menuju ke Pantai Rawai ataupun Promthep Cape. Masjid ini sangat indah dengan kubah berwarna keemasan dan marmer putih. Di depannya ditanami pohon palem untuk memberikan sedikit karakter Timur Tengah, namun juga terdapat banyak pohon anggrek yang mencirikan Thailand.
Di depan masjid, berjajar ruangan-ruangan yang tampaknya berfungsi sebagai pesantren di sore hari. Di daerah ini, yang terletak di ujung selatan Pulau Phuket, juga merupakan komunitas Muslim. Selain karena kami banyak melihat masjid di sepanjang jalan, juga penduduk lokal berpakaian muslim.
Di dekat masjid, sebuah warung makan menyediakan berbagai masakan yang semuanya halal. Pemiliknya yang beragama Islam, juga memajang berbagai hiasan dinding bertuliskan ayat-ayat dari Al-Quran. Tanpa ragu-ragu kami pun mampir ke warung ini. Ternyata, tidak hanya halal, masakannya pun sangat lezat. Bahkan ada beberapa turis asing yang tampaknya sudah sering berkunjung ke warung ini.
Koh Phi Phi dan Masjid Al-Islah
Phi Phi Island terdiri dari Phi Phi Don dan Phi Phi Ley, serta beberapa pulau kecil lainnya. Walaupun wisatawan seringkali pergi ke Phi Phi dengan kapal dari Phuket, sebenarnya Phi Phi islands berada di provinsi yang berbeda, yaitu Krabi. Selain dari Phuket, ada juga yang menyeberang dari Krabi, Ko Lanta, dan Ko Phanga. Daerah ini juga terkena dampak tsunami 2004, namun kini tidak tampak bekas-bekas bencana tersebut.
Pemandangan di sepanjang perjalanan menuju Phi Phi Don sungguh luar biasa. Pulau-pulau karst yang tinggi berwarna abu-abu dan hijau di tengah laut yang sangat biru membuat kami semakin mengagumi keagungan Allah.
Masjid Al-Islah bernuansa warna kuning dengan menara hijau. Seperti masjid-masjid lain yang saya kunjungi di Thailand, di depan setiap keran untuk berwudhu disediakan tempat duduk. 
Masjid ini menyerukan adzan yang terdengar di seluruh pulau dan warga lokal berbondong-bondong untuk shalat jamaah di masjid ini. Menurut informasi yang kami dapatkan, baru sekitar 40 tahun yang lalu pulau ini dihuni. Penduduk lokal berasal dari Krabi dan Ko Lanta dan mereka adalah nelayan Muslim.
Masjid Al-Islah memegang peranan penting di Phi Phi Don, karena merepresentasikan kerendahan manusia di hadapan Sang Pencipta. Masjid ini terletak di timur pulau, di dekat sebuah pantai indah yang dinamakan Hat Rante tempat turis dan warga lokal berenang dan berselancar. Dahulu penduduk lokal melarang pembangunan hotel dan penginapan di sekitar majid, namun kini karena alasan ekonomis, hotel dan penginapan dibiarkan berdiri di sekeliling kompleks masjid.
Bersembahyang berjamaah di masjid ini merupakan aktivitas yang biasa dilakukan, namun hal itu semakin terasa setelah bencana tsunami tahun 2004. Marilah seperti warga Phi Phi, ketika cobaan tidak menjauhkan kita dari Allah, justru makin mendekatkan kita pada-Nya.
Published in Republika, 13 March 2011

Trip Ke Krabi Sambil Meninjau Kebesaran Allah


Masjid ini berada di tepi jalan besar menuju ke Ao Nang Beach. Sejak tiba Krabi, hati teringin benar nak singgah berhenti meninjau masjid ini namun masa tak mengizinkan. Aktiviti merayap bermula pagi hingga petang. Balik, mandi, solat di hotel then keluar lagi . Gembiranya hati bila akhirnya berkesempatan singgah pagi selepas check out .. Hajat asal nak ambil gambar masjid yang masih dalam pembinaan ini (khabarnya lama dah pembinaannya bermula...masih belum siap-siap lagi)

Rupa-rupanya walaupun di luar masih nampak belum siap...tapi di dalamnya sudah digunakan untuk bersolat. Mana mungkin dilepaskan peluang bersolat di sini. Tok Siak masjid cam dah orang Melayu Malaysia.."Malay...Malay" katanya. Masjidnya berlantai marmar tanpa karpet. Daun-daun pintu dan tingkapnya dari kayu jati .Sejuk suasana dalamnya.

Airmata tertumpah  di masjid yang dibina atas wang sumbangan penduduk Muslim Krabi tanpa bantuan kerajaan Thailand. Menurutnya ada dermawan yang sanggup menjual tanah untuk pembiayaan masjid ini. Berasa diri ini begitu kerdil atas pengorbanan mereka menyerahkan harta benda kerana Allah. Dalam pada itu terasa beruntungnya kita kerana negara kita negara Islam..kebanyakan masjid dibantu oleh kerajaan. 

Mereka menggunakan air bumi (ground water) dari telaga yang kemudiannya dipam naik ke tangki.

Mudah-mudahan berpeluang solat di masjid baru Ban Ao Nang, Krabi di lain waktu Dan selama tiga hari di Krabi saya sempat solat Subuh di Masjid Berdekatan Sekolah Rendah Ao Nang, Solat Magrib di Masjid Ban Ao Nammoe dan Melalui masjid Ban Limphao dan kesesokannya sempat solat subuh di Masjid Nurul Jannah Ban ao Chong Phi (sempat berjumpa jemaah Dakwah dari Trang, yang mana sedang menziarahi saudara islam untuk ijtimak Islam di Cawat Krabi pada 15-17/mac 2013.
...insya-Allah


Kedai pencetak T-Shirt bermutu tinggu , ada yang bersulam dan kainnya 100% cotton di  Phuket 


 
 Pelayannya bertudung dan berkopiah...

Menu Thai lagi. ..kepedasan tahap semua boleh makan....

 Masjid Jabal Nur Puket . Lantai marmarnya juga tak berkarpet.... Nampak kelibat jemaah tabligh dari India..


Monday, February 4, 2013


Kelebihan Majlis Zikir 

Peringatan di dalam  Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:
“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian 
dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian
 yang panjang di malam hari.”  Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa
 takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah 
kamu termasuk orang-orang yang lalai.”    Surah 7: Al A’raf,  Ayat 205
“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam 
keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan
 bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini
 dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka
.” Surah 3: Al Imran Ayat 191
“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah 
Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.”   Surah 20 Ta Ha Ayat 14
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik
 bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
 hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a
: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan
 kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia
 mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga 
akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, 
nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik
 daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya 
Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, 
nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu 
dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya
 seperti berlari-lari anak.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda
: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki 
para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t.
 Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati 
majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi 
dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan
 melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan
 antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai
 yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:
“Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab:
“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.  Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
Allah s.w.t berfirman:
“Apakah yang mereka pohonkan.?”
Para Malaikat menjawab:
“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
Para Malaikat menjawab:
“Belum, wahai Tuhan.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”
Malaikat berkata lagi:
“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”
Allah berfirman:
“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”
Malaikat menjawab:
“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
Malaikat menjawab:
“Belum.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”
Malaikat terus berkata:
“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
Allah berfirman:
“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”
Malaikat berkata lagi:
“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”
Allah berfirman:
“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”

      
rujukan; Fadilat  Zikir.

Kerana kelebihan Ayat 1000 Dinar. marilah sama-sama amalkan.





atas ini adalah ayat seribu dinar.
dah lama aku nak share tentang kelebihan ayat ni. cuma yelah, 
syaiton ni kalau kita nak buat menda baik memang dia hasut 
kita supaya lupa, kan? menda menda yang lagha cepat je dia
 hasut aku suruh up dalam blog. memang syaitonnirrajim
 betul lah syaiton ni.

baiklah.

tak payah buang masa.
mari tengok apakah kelebihan ayat seribu dinar ini.

1. membuka pintu rezeki. rezeki selain dari usaha fizikal
kita juga boleh mengamalkan ayat ini mudah-mudahan 
dengan restuNYA, rezeki kita murah dan diberkati :)

2. menjauhkan dari bala bencana, malapetaka dan perkara
 yang tak diingini.

3. melenyapkan perasaan resah gelisah.  dari dok meroyan 
dalam FB atau blog mengadu pada kengkawan 
dan akhirnya kengkawan tempelak kita semula, baiklah kau
 amalkan ayat ini sambil bermuhasabah diri. eceh, ngata
 orang pandai kau ye, reena. baiklah. baiklah kita amalkan
 ayat ini sesama mudah-mudahan beroleh ketenangan.

4. kalau mana yang sakit itu, boleh amalkan baca ayat ini
 sebanyak 3 kali, dan dihembuskan kepada pesakit ataupun
 dijampi air untuk minum. InsyaAllah. yang penting kena
 yakin, semuanya atas keizinan Allah.

5. menghindari orang yang zalim seperti musuh dalam
 selimut, bos bos yang sentiasa mencari salah kita
 padahal kita tak salah pun, serta pemimpin yang zalim.

6. memudahkan jalan penyelesaian jika ditimpa masalah
 dan musibah. tapi ianya mungkin membuat hati kita tenang dan memudahkan kita bertindak rasional dalam menghadapi musibah serta menyelesaikan masalah yang menimpa.

yang penting, jangan hanya baca. fahamkan maksudnya, 
solat 5 waktu serta meninggalkan larangan-NYA.
yang baiknya datang daripada Allah s.w.t
yang buruk itu datangnya daripada hamba jua :)
selamat beramal.

sekian