Thursday, June 7, 2012
Tuesday, June 5, 2012
Monday, June 4, 2012
Sembang-Sembang Guru2 Matematik
Assalamualaikum kepada semua, sudah hampir seminggu cg tak menulis, tapi blog cg dan email cg cikgu jengok juga, reply permintaan pelajar dan guru berkaitan.Seorang kawan cikgu dari Besut, singgah di Kuantan nama Cikgu Amran Ibrahim dia ni cikgu Matematik terkenal juga diTerengganu, so pagi sebelum bertolak balik cg ajak untuk belanja makan pagi, sorang kawan rapat dia di Kuantan cg Wan Ahmad, dia ni pulak terkenal sebagai guru tuisyen berpengaruh. kami pun sambil-sambil sembang tu terkeluar cerita pasal add mat, dia bagitau selalu dia juga buat group tuisyen untuk anak kawan-kawan kadang dari sbpi dari mrsm, sama juga bila ujian dapat markah sekitar 20 ke 25 je. so selepas dibedah siasat dan dibasuh pada cuti hujung tahun, bila ujian awal tahun masa t5 dah boleh dapat 78 markah..Nampaknya guru sekolah biasa ni lebih mengenali pelajar yang lemah agaknya....Satu hari lepas tu cg applykan dengan anak cg sebelum cg ajar cg suruh buat latihan soalan periksa sekolah cg ,dia dapat cuma 21 markah. cg ajarkan tips dan kaedah mcm mana nak tackle soalan. bila buat latihan guna soalan lain dah meningkat ke 71 markah.....
Wednesday, May 30, 2012
Bicara Hati Seorang Ayah Bergelar Cg Add Mat
Periksa kertas Pelajar sekolah biasa pun dapat 96% Paper 2, suruh anak sendiri buat kertas paper 1 add mat pun just dapat 21%. walaupun sekolah SBP — with Mahadzir Ibrahim and 2 others.
Penggunaan Kalkulator Dalam P & P Add Mat /Mat
Buku kecil sesuai untuk belajar tajuk tertentu dalam subjek add mat dan matematik menggunakan kalkulator saintifik..
Saturday, May 19, 2012
Cabaran Sebagai Guru Cemerlang
| Pendidik Berwibawa Tingkatkan Mutu |
| Antara tanggung jawab dan harapan disandarkan kepada pendidik berjawatan Guru Cemerlang adalah menerajui peningkatan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), melonjak kecemerlangan sekolah menerusi perkongsian pengalaman dan kemahiran serta membangunkan modal insan holistik di kalangan pelajar.
Justeru, tidak hairan Guru Cemerlang dikaitkan sebagai jawatan yang menagih pengorbanan, keikhlasan,
tanggungjawab dan komitmen tinggi hingga ada kalangan pendidik enggan memohon kerana tidak sanggup memikul amanah yang perlu dilaksanakan seiring pemilikan status itu. Namun bagi pendidik yang bersemangat memajukan diri dalam kerjaya, kewajipan sebagai Guru Cemerlang dilaksanakan sebaiknya lantas memberi kepuasan diri apatah lagi dengan insentif peluang menikmati kenaikan pangkat kepada gred tinggi secara pantas tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar kepada jawatan pentadbiran. Guru Cemerlang subjek Biologi di Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan, Mazinah Muda, berkata beliau berperanan sebagai Ketua Panitia Biologi dan dipertanggungjawab merancang kegiatan meningkatkan prestasi mata pelajaran itu mengikut sasaran sekolah. Katanya, antara inovasi P&P yang diperkenalkan adalah menghasilkan Modul Bio-Score bagi pelajar Tingkatan Empat dan Lima serta menjalankan kajian tindakan iaitu penyelidikan isu dalam dalam bilik darjah. “Walaupun berjaya meraih jawatan Guru Cemerlang, saya tetap menjalin hubungan baik sesama guru lain, membantu membuat perancangan P&P serta melaksanakan kegiatan panitia Biolog i bersama rakan,” katanya. Guru Cemerlang subjek Matematik Tambahan di sekolah sama, Zakiah Zaid, berkata modul P&P yang dihasilkannya bukan saja digunakan di SMS Tengku Muhammad Faris Petra, malah sekolah lain di negeri itu. “Saya bukan saja dijadikan pakar rujuk bagi mata pelajaran kepakaran saya iaitu Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat sekolah, malah oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya. Guru Cemerlang subjek Fizik, SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Abdul Wahid Basar, berkata beliau tidak teragak-agak memohon jawatan itu kerana percaya ia adalah peluang terbaik baginya meningkatkan tahap profesionalisme kerjaya sebagai pendidik. Katanya, antara kelebihan menyandang jawatan itu adalah pelajar dan ibu bapa lebih yakin dengan pengajarannya, menjadi pakar rujuk kepada guru lain terutama yang baru serta memperoleh gaji dan elaun lebih tinggi. “Saya melaksanakan pendekatan pengajaran mudah difahami pelajar termasuk menggubah nota fizik dalam bentuk lagu supaya mudah dihafal pelajar serta menghasilkan bahan P&P menggunakan bahan buangan dan permainan,” katanya. Sementara itu Guru Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur, Pekan, Pahang, Zolkifli Mahmood, berkata sebaik meraih jawatan itu pada 2004, beliau secara automatik menikmati kenaikan pangkat dari gred DG 41 kepada DG 48 yang mengambil tempoh empat tahun lagi perkhidmatan jika terus berkhidmat sebagai guru biasa. Beliau berpendapat, cabaran menjawat Guru Cemerlang perlu disambut baik guru sebagai peluang terbaik membangunkan modal insan di kalangan pelajar menerusi tugas seperti ketua panitia, menganggotai jawatan kuasa kurikulum serta jawatan kuasa perancangan strategik sekolah. “Persepsi negatif bahawa tugas Guru Cemerlang membebankan perlu dielakkan, sebaliknya guru berjawatan ini perlu menganggapnya sebagai kewajipan dan peluang menimba ilmu serta kemahiran bagi meningkatkan profesionalisme dan potensi diri,” katanya. Berita Harian Online: 20 Oktober 2008 |
Subscribe to:
Posts (Atom)

