Thursday, June 25, 2015

Kerja Projek Matematik Tambahan 2015

Kerja Projek Matematik Tambahan 2015 Pahang
Ingatkan tak ada kerja projek tahun ini. rupanya Jabatan Pendidikan Pahang lambat mengeluarkan soalan kerja projek... kepada yang berminat untuk dapatkan contoh tahun lepas... boleh follow cg ...


cuba pelajar cari sumber Kerja Projek Pahang 2012.....

Perak:

PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2015

Ditulis oleh Nor Hisham.
Kepada :
Semua Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak
(U/P : Guru yang mengajar Matematik Tambahan Tingkatan 5)
Tuan,
DOKUMEN BERKAITAN PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2015
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2015. Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak telah menyediakan soalan tugasan KPMT 2015 bagi seluruh sekolah menengah Negeri Perak.
3.    Sehubungan dengan itu, tugasan dan dokumen yang diperlukan bagi pelaksanaan KPMT 2015 ini boleh dimuat turun dengan klik senarai attachment di bawah yang mengandungi dokumen-dokumen berikut: (Untuk Muat Turun Dokumen, Sila Rujuk / klik Ruangan 'Attachments' Di bahagian Bawah Paparan Portal)

             3.1 Surat Makluman Kepada Sekolah
            3.2  Surat Makluman Kepada PPD
            3.3  Pelan Tindakan KPMT 2015 (Terkini_26.3.2015)  
             3.4 Garis Panduan KPMT 2015
             3.5 Item Soalan - Tugasan KPMT 2015 (dalam BM)
             3.6 Item Questions - Add Maths Project Work 2015 (dalam BI)
             3.7 Rubrik KPMT 2015 (dalam BM)
             3.8 Rubric KPMT 2015 (dalam BI)
             3.9 Borang Markah Murid KPMT 2015-Sekolah (untuk diisi oleh pihak sekolah)
             3.10 Borang Markah KPMT 2015-Daerah (untuk diisi oleh pihak PPD)
4.    Mohon kerjasama tuan untuk memastikan agar semua murid sekolah tuan yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan SPM 2015 melaksanakan tugasan tersebut dalam tempoh masa berdasarkan Pelan Tindakan (terkini) yang dilampirkan dan guru yang terlibat dapat membimbing murid sehingga mencapai markah sekurang-kurangnya Gred D. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Pen. PPD Sains & Matematik).
Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pendidikan Perak

Wednesday, July 9, 2014

Soalan KBAT Matematik SPM


SOALAN- SOALAN HOTS/KBAT MATEMATIK TAMBAHAN

Soalan HOTS yang saya rasa itu la contoh soalan HOTS bagi subjek Matematik Tambahan.. Mula tahun 2014, ada satu atau dua soalan yang akan keluar di peringkat SPM yang berbentuk soalan HOTS. Jika ada sesiapa yang ada contoh-contoh lain lagi soalan yang berbentuk aplikasi dengan kehidupan seharian, boleh la share dengan saya.Mengikut apa yang lembaga peperiksaan bagitau pada tahun 2014 SPM sekitar 20% soalan kbat akan keluar. contoh:

1.Wong membeli 4 batang pensil dan sebatang pen dengan jumlah bayaran RM6. Kupusamy membeli 6 batang pensil dan 2 batang pen yang sama dengan jumlah bayaran RM 10. Berapakah bilangan pensil dan pen yang sama mampu dibeli oleh Amin sekiranya dia mempunyai wang sebanyak RM 5.

  Jawapan:3 batang pensil dan 1 batang pen

Tajuk:Progression  (4m) Evaluate
Sub: Janjang Geometri

2.   Harga sebuah rumah kos sederhana di Bandar Kuantan adalah RM 120,000. Harganya menokok sebanyak 5% setiap tahun. Azmi mempunyai tempoh perkhidmatan selama 9 tahun yang mana bercadang membeli rumah secara tunai hasil duit ganjaran dari persaraannya nanti sebanyak RM 200,000. Mampukah Azmi membeli secara tunai?

  Jawapan:Tidak mampu, > 10 tahun

     n= 11 tahun

     >10.47

Differentiation (3m) Analyzing
Sub: Maksimun dan Minimum

3.   Ahmad telah membeli segulung dawai berduri yang panjangnya 80m. Dia ingin menggunakan kesemua dawai berduri itu untuk memagar suatu kawasan yang berbentuk segiempat tepat untuk penanaman tembikai. Cari luas kawasan terbesar yang boleh dipagari oleh Ahmad.
Jawapan:L= 400 m2

Proba­­bility (4m) Analyzing
Sub; Kebarangkalian Tak Bersandar

4.   Sebuah gerai makanan di kantin sebuah sekolah menjual nasi dan bihun sahaja. Kebarangkalian bahawa seorang pelajar memesan nasi ialah 3/5. Gerai itu menjual dua jenis nasi iaitu nasi lemak dan nasi minyak dan dua jenis bihun, iaitu bihun goreng dan bihun sup. 70% pelajar yang  memesan nasi akan memesan nasi lemak manakala 20% peratus yang memesan bihun akan memesan bihun sup. 3 daripada 4 orang memesan nasi lemak adalah lelaki dan 4 daripada 5 orang yang memesan bihun goreng itu ialah perempuan. Jika seorang pelajar dipilih secara rawak, tentukan kebarangkalian bahawa.

(i)                 Pelajar memesan nasi minyak­­­
(ii)               Pelajar itu memesan bihun goreng dan merupakan seorang lelaki.

jawapan:(a)  9/50  (b) 32/125




     Selamat Mencuba
                 

Thursday, June 19, 2014

Apa itu HOTS atau KBAT


HOTS (higher Order Thinking Skills)

Alhamdulillah menjengah kita semua ke tahun baru 2013. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah. Tahun ni saya dipertanggungjawabkan dengan 2 kelas matematik tambahan SPM ting 5, 2 kelas matematik PBS (satu kelas ting 1 dan satu kelas ting 2), dan 1 kelas matematik PMR ting 3. Masih lagi guru penasihat pengakap, dan guru penasihat kelab Bola Jaring.

Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah memberi taklimat HOTS kepada rakan-rakan guru Matematik dan Sains semasa mesyuarat bidang kali pertama.

Apa benda HOTS ni? HOTs adalah singkatan kepada Higher Order Thinking Skills. Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk HOTs dikalangan pelajar ketika sesi P&P. Soalan yang dikategorikan Hots adalah jenis-jenis soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam menjawab soalan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti BERFIKIR, untuk menjawab soalan-soalan HOTs.


Untuk menjelaskan lagi bagaimana yang dikatakan HOTs ini, kita boleh membezakannya melalui contoh dibawah. LOTs(Lower Order Thinking Skills) adalah soalan yang sering guru tanya, ubahsuai sedikit soalan dengan masukkan unsur-unsur berfikir, maka soalan tersebut sudah menjadi HOTs.



Soalan diubahsuai menjadi situasi harian, dengan ada unsur-unsur berfikir. Subjektif. Saiz apa? Bentuk mana yang terbaik? Budak kena lah bagi jawapan mengikut fikiran mereka masing-masing.



Tugasan 2 ni memang perlukan pelajar berfikir luar dari kotak pemikiran biasa. Takde formula tertentu lagi.



Eh kejap, kejap. Kenapa kita nak pelajar2 ni jawab soalan HOTs ni?


Generasi pelajar yang kita didik ini adalah generasi yang mempunyai persaingan yang mencabar dan sengit. Mereka perlu disediakan agar mampu bertahan dalam cabaran dunia akan datang. Salah satu caranya adalah membina masyarakat yangboleh  berfikir secara kreatif dan kritis.

Ini adalah sebab yang kedua. Malaysia menyertai dua peperiksaan diperingkat antarabangsa yang dinamakan TIMSS dan PISA . Soalan-soalan yang dikemukakan oleh peperiksaan ini memang berbentuk HOTs. Jadi, untuk membolehkan hasrat negara itu dicapai, kita mestilah ajar dan terapkan P&P berbentuk berfikir ini kepada mereka.


Peperiksaan ini akan diduduki oleh sesiapa saja pelajar tingkatan 2, mungkin anak murid/adik/kakak/abang/anak awak, mungkin anak murid/anak saya.




Jadi, selepas ini, guru-guru perlulah menjadi SHOTs pula ye. (Super Higher Order Thinking Skills). Kalau nak anak murid beri jawapan HOTs, tentulah guru perlu terlebih dahulu ada kemahiran membina soalan-soalan sedemikian. (Sebenarnya soalan HOTs inilah yang menjadi asas soalan band 6 saya dalam PBS tingkatan 1 yang lalu) Penerapan Kemahiran berfikir. Namun kekangannya adalah, saya sendiri kurang kreatif. Maka soalan saya tetap mempunyai satu jawapan akhir yang pasti.Kerana itulah matematik bagi saya. Tepat. dan Pasti. Hmmm...doakan saya boleh menjadi guru yang lebih kreatif tahun ini...dan tahun2 yang mendatang.amin..


Sumber : Taklimat HOTs di PPD Kuala Pilah pada 20 Nov 2012
               Bahan-bahan kursus HOTs diambil di web Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kerja Projek Matematik Tambahan 2014 Pahang

Ingatkan tak ada kerja projek tahun ini. rupanya Jabatan Pendidikan Pahang lambat mengeluarkan soalan kerja projek... kepada yang berminat untuk dapatkan contoh tahun lepas... boleh follow cg dan dapatkan softcopy dari saya...

cuba link ini:

1. Project Work Add Math 2013 Pahang - Scribd

www.scribd.com/doc/145795706/Project-Work-Add-Math-2013-Pahang

2. Form 5 Add Math Project Work Sample Answers for Perak ...

www.malaysia-students.com/.../form-5-add-math-project-sample-answers...
Jun 4, 2012 - Complete 2014 Add Maths Project Work (Johor) Sample Answer ... 

Sunday, May 4, 2014

Maahad Tahfiz Negeri Pahang Sekolah Terbaik SPM 2013

Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2013

Pada 20 Mac 2014 (Khamis) yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2013 dan Taklimat Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM 2013. Majlis ini telah diadakan di Dewan Auditorium Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).

Seawal jam 10.00 pagi, kelihatan para pelajar dan ibu bapa sudah memenuhi perkarangan sekolah. Seterusnya para ibu bapa dan pelajar SPM 2013 dijemput memenuhi dewan MTNP. Semua warga MTNP termasuk para guru, staf-staf, pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, dan pelajar diploma memenuhi dewan bagi meraikan majlis tersebut.

Tepat jam 11.30 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ustaz Mohd Sukri b Che Mat selaku pengacara majlis. Seterusnya para hadirin dijemput berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Pahang dan lagu MTNP. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa bagi memberkati majlis.

Pada pukul 11.45 pagi, Tuan Haji Abdullah b. Ismail selaku Pengurus Akademik MTNP telah memberikan ucapan sekaligus memberi semangat dan inspirasi kepada calon pelajar SPM 2014 yang bakal menduduki SPM pada tahun ini supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan.

Acara kemuncak program iaitu pengumuman keputusan SPM 2013 telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato’ Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz. Seramai 34 calon pelajar SPM 2013 telah mendapat keputusan yang membanggakan MTNP. MTNP juga muncul sebagai sekolah terbaik di Negeri Pahang dalam SPM 2013 dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.45.

Seterusnya para pelajar SPM 2013 diraikan dengan penyampaian sijil dan penyampaian hadiah oleh Dato’ Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz.

Pada pukul 12.30 tengah hari, majlis diteruskan dengan taklimat penajaan dan hala tuju selepas SPM oleh Puan Safwati Bt. Ahmad selaku Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang. Taklimat ini bertujuan supaya para pelajar lebih jelas dengan pemilihan bidang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Selepas itu para jemputan dijemput untuk menjamu selera sebelum majlis berakhir pada pukul 2.00 petang.
Coretan sepanjang program
Pembukaan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa
     
Ucapan oleh Pengurus Akademik, Tuan Haji Abdullah Ismail dan Pengumuman keputusan SPM oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz
  
Seterusnya penyampaian sijil oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz
  
Taklimat penajaan dan hala tuju selepas SPM oleh Puan Safwati Bt. Ahmad selaku Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang
Bergambar kenangan
  
Keratan akhbar

Tetamu Kepada Majlis Khatam Talaqqi Bersanad dan Penyampaian Sijil



28 April 2014, Isnin. Perhimpunan pagi hari ini dimeriahkan dengan adanya Majlis Khatam Bersanad dan Penyampaian sijil kepada para pelajar yang berjaya. Majlis bermula dengan perhimpunan pagi dan seterusnya bacaan ayat al-Quran oleh pelajar.

Bacaan khatam oleh pelajar dimulakan dan seterusnya bacaan doa khatam Tausiyah oleh Syeikh Abdul Rahman. Selesai bacaan doa penyampaian sijil penyertaan dan sanad bacaan diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YH Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz.

Pada sebelah petangnya, Pengurus Besar Yayasan Pahang telah mengunjungi MTNP untuk beramah mesra bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Syeikh Abdul Rahman memandangkan ini adalah hari terakhir bersama.

Coretan sepanjang program
 
Bacaan ayat al-Quran oleh pelajar dan ucapan oleh Syeikh Abdul Rahman
 
Antara tetamu yang hadir dan kakitangan yang turut serta
 

Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Kemasukan ke IPG

Assalamualaikum.

UKCG - IPG

Tarikh permohonan kemasukan ke Program Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Ambilan Jun 2014 berbaki kurang enam (6) hari sahaja lagi akan ditutup, iaitu pada 30 Mac 2014. 

Oleh itu, kepada calon lepasan SPM yang berminat untuk memohon masih mempunyai masa untuk berbuat demikian. 

Di sini juga, saya ingin membuat peringatan kepada calon bahawa permohonan program perguruan ini harus melalui beberapa tapisan sebelum ditawarkan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana M.uda Perguruan. 



UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 

A. Sesi Ujian Bertulis 
  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal
  •  Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. 
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .

SESI TEMU DUGA 
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 
  • Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.

PEMILIHAN 
  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan UKCG
Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

Rujuk juga entri ini:

1. SEMAKAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU 2014
2. CONTOH SOALAN INSAK UNTUK UKCG
3. ETIKA PAKAIAN MENGHADIRI UKCG 
4. 5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL