Macam mana nak cemerlang?? kalau anda tak baca tip nak jadi pelajar
cemerlang, baca di sini. Bila tanya pelajar yang cemerlang, “apa rahsia kejayaan
anda dalam matematik tambahan?” Jawapan: latihan.
Jawapan yang diberikan cukup ringkas, satu perkataan, enam huruf, tetapi
kenapa ramai yang tidak boleh buat? Kenapa sukar nak dilaksanakan. Hmm, jawapan yang diberikan pula memang cukup logik dan sangat mudah difahami oleh semua orang dan segenap
lapisan masyarakat. Tetapi adakah jawapan ini betul betul boleh di kategorikan
sebagai mudah? Adakah matematik tambahan nie betul-betul sesesemudah seperti yang diucapkan?
Dua perkataan yang membawa maksud berlainan, pada pendapat saya,
untuk belajar add.math (matematik tambahan) pelajar memerlukan asas matematik
yang tinggi dan pemikiran logik serta keupayaan penakulan yang tinggi. Masalah
akan timbul apabila pelajar mempunyai asas matematik yang lemah dan penakulan
yang sekadar cukup makan.
Apa pendapat anda dalam perenggan di atas?? adakah anda bersetuju dengan
pendapat saya tadi, jika anda menggangap add.math itu susah mesti anda berasa
selesa dengan kenyataan di atas. Sebenarnya jika anda bersetuju dgn pendapat
saya itu bermakna anda hanya mencari alasan.
Saya tidak pula akan menyatakan yang add.math ini senang untuk dikuasai.
Ya, memang ianya memerlukan usaha yang gigih dan berterusan, tetapi
ianya tidak mustahil untuk dikuasai.
Buang semua “mental block” jgn beranggapan susah, usaha untuk
menguasainya, belajar untuk meminatinya (boleh ke??) dan usaha berterusan.
Add.math tidak menjadi kegemaran pelajar kerana ramai pelajar
tidak berjaya menguasainya, seperti menaiki kuda liar?? susah, silap-silap
kena teranjang, jadi utk naik kuda tersebut kena lah menjinakkannya dahulu
baru lah menunggangnya pasti anda seronok.
Kesimpulannya, add.math nie tidak terlalu susah sehingga memerlukan syarat yang rumit.
Apa pandangan anda?? mampukah anda kuasainya?
No comments:
Post a Comment