Thursday, June 25, 2015

NOTA RINGKAS MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4

NOTA

SUMBER:http://addmathnhhs.blogspot.com/p/nota-nota.html

Bab 1 : Fungsi

1.   Fungsi ialah sejenis hubungan khas yang mana setiap objek dalam domain mempunyai hanya satu imej dalam kodomain.

clip_image001clip_image002




         


          Hubungan satu    dengan satu              Hubungan satu dengan satu
                         ialah fungsi                                                  ialah fungsi

2.   Fungsi nilai mutlak ditakrifkan oleh

clip_image003clip_image004
                                                                                 Graf fungsi nilai mutlak
                                                                            clip_image005

3.   Jika f ialah suatu fungsi yang memetakan set A kepada set B dan g ialah suatu fungsi yang memetakan set B kepada set C, maka gf ialah fungsi gubahan  f diikuti dengan g yang memetakan set A terus kepada set C.

clip_image006
4.   Jika   clip_image007 ialah suatu fungsi yang memetakan x kepada y, maka songsangannya ditandakan sebagai f-1. Fungsi songsang ialah suatu fungsi yag memetakan y kembali kepada x.

clip_image008
clip_image009

Bab 2 : Persamaan Kuadratik

           
1.   Bentuk am  persamaan kuadratik ialah                               
        clip_image002      yang mana:
        a, b dan c = pemalar
        a ≠ 0
        x = pembolehubah 

        2.   Suatu persamaan kuadratik ax2 + bx + c = 0 dapat diselesaikan dengan
               menggunakan kaedah:IMG_0003.jpg1


        3.  Persamaan kuadratik dapat dituliskan sebagai
        IMG_0003.jpg2


        4.   Bagi persamaan kuadratik ax2 + bx + c = 0,

        IMG_0003.jpg3


        5.   Syarat untuk jenis punca persamaan kuadratik ialahIMG_0003.jpg4

        6.    IMG_0003.jpg5




        Bab 3 : Fungsi Kuadratik



        IMG_0004.jpg1
        2.  Nilai maksimum atau minimum bagi suatu fungsi kuadratik f(x) = ax2  + bx + c dapat dicari dengan menggunakan kaedah penyempurnaan kuasa dua, iaitu dengan mengungkapkan ax2 + bx + c dalam bentuk a(x + p)2 + q.
        3.  Apabila a > 0, fungsi a(x + p)2 + q mempunyai nilai minimum. Nilai minimum itu ialah q dan ini berlaku apabila x = –p.
        IMG_0004.jpg2
        4.  Apabila a > 0, fungsi a(x + p)2 + q mempunyai nilai maksimum. Nilai maksimum itu ialah q dan ini berlaku apabila x = –p.
        IMG_0004.jpg3
        5.  Bagi fungsi kuadratik f(x) = ax2 + bx + c = a(x + p)2 + q, persamaan paksi simetri ialahIMG_0005.jpg1
        6. Ketaksamaan kuadratik dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah lakaran graf seperti berikut.IMG_0005.jpg2



        Bab 4 : Persamaan Serentak

        1. Langkah-langkah untuk menyelesaikan persamaan serentak ialah:IMG_0005.jpg3

        Bab 5 : Indeks dan Logaritma


        1.  Hukum-hukum indeks ialah:IMG_0005.jpg4
        2.  Indeks pecahan :                                                               3.  Indeks negatif :
        IMG_0005.jpg5                          IMG_0005.jpg6


        4. Jika ax = y dengan keadaan a > 0, a ≠ 1, maka x ialah logaritma bagi y kepada asas a, iaituIMG_0006.jpg1
        5.                                                                                                        6. IMG_0006.jpg3 IMG_0006.jpg2


        7.  Hukum-hukum logaritma ialah
        IMG_0006.jpg5
        8.
        IMG_0006.jpg6

        9.  Logaritma sesuatu nombor pada suatu asas tertentu boleh ditukarkan kepada asas yang lain dengan menggunakan rumus-rumus
        IMG_0006.jpg4
        10.  Persamaan indeks
               Jika an = bn, dengan keadaan a > 0, b > 0 atau a < 0, b < 0, makaIMG_0006.jpg7
        11.  Persamaan logaritma
              Jika   clip_image002 maka x = y.

        Bab 6 : Geometri Koordinat


        1.  Jarak =                                                                               2.  Titik tengah =IMG_0006.jpg9
        IMG_0006.jpg8



        3.  Koordinat titik yang membahagi secara dalam tembereng garis dengan nisbah m : n ialah
        IMG_0006.jpg10
        4.  Luas segitiga =IMG_0006.jpg11
        5.  Luas sisiempat =IMG_0006.jpg12
        6.  Kecerunan =IMG_0007.jpg1                                                                                            @IMG_0007.jpg2
        7.  Persamaan garis lurus ialah
        • jika kecerunan, m dan pintasan-y, c diberi,IMG_0007.jpg3
        • jika kecerunan, m dan satu titik, (x1, y1) diberi,
          IMG_0007.jpg4
        • jika dua titik, (x1, y1) dan (x2, y2) diberi,IMG_0007.jpg5
        • jika pintasan-x, a dan pintasan-y, b diberi,IMG_0007.jpg6
        8. IMG_0007.jpg7
        9.  Terdapat 3 jenis syarat yang menentukan persamaan lokus  satu titik bergerak P(x,y):
        (a)  Jaraknya dari satu titik tetap, Q(x1, y1) ialah satu pemalar (k).IMG_0007.jpg8
        (b)  Jaraknya dari dua titik tetap, Q(x1, y1) dan R(x2, y2) adalah sama.IMG_0007.jpg9
        (c)  Nisbah jaraknya dari dua titik tetap, Q(x1, y1) dan R(x2, y2) ialah m : n.IMG_0007.jpg10

        Bab 7 : Statistik


        1. IMG_0008.jpg1IMG_0009.jpg1
        2. Jika setiap cerapan dalam set data ditambah atau ditolak dengan satu nilai pemalar k, makaIMG_0009.jpg2
        3.  Jika setiap cerapan dalam set data didarab dengan satu pemalar k, makaIMG_0009.jpg3
        4. Jika setiap cerapan dalam set data ditambah atau ditolak dengan satu nilai pemalar k, makaIMG_0009.jpg4
        5.  Jika setiap cerapan dalam set data didarab dengan satu pemalar k, makaIMG_0009.jpg5
        6. Apabila dua set data, X dan Y digabungkan, makaIMG_0009.jpg6
        IMG_0009.jpg7

        Bab 8 : Sukatan Membulat


        1.  Rumus penukaran darjah kepada radian ialahIMG_0010.jpg1
        2. Rumus penukaran radian kepada darjah  ialahIMG_0010.jpg2
        3.IMG_0010.jpg3
        4.IMG_0010.jpg4
        5.IMG_0010.jpg5

        Bab 9 : Pembezaan


        1.  Terbitan pertama bagi suatu fungsi y terhadap x ialahIMG_0010.jpg6
        2,  Jika y = uv, makaIMG_0010.jpg7
        3.  Jika  clip_image002[4], makaIMG_0010.jpg8
        4. Jika y = k[f(x)]n, makaIMG_0011.jpg1
        5.  Jika y = f(u) dan u = g(x), maka
        IMG_0011.jpg2
        6.  Persamaan tangen  pada titik (x1, y1) ialah
        IMG_0011.jpg3
        yang manaIMG_0011.jpg4

        7.  Persamaan normal pada titik (x1, y1) ialahIMG_0011.jpg5

        yang mana
        IMG_0011.jpg6


        8.  Pada titik pusingan,
        IMG_0011.jpg7


        9.  Pada titik maksimum,                         10. Pada titik minimum,
        IMG_0011.jpg8
                                                                              IMG_0011.jpg10
                              dan tanda                                                                         dan tanda
        IMG_0011.jpg9
                                                                                    IMG_0011.jpg11                  adalah negatif.                                             adalah positif.
        11.  Masalah Maksimum dan Minimum  IMG_0011.jpg12
        12.  Kadar Perubahan yang TerhubungIMG_0011.jpg13
        13.  Perubahan KecilIMG_0012.jpg1
        14. PenghampiranIMG_0012.jpg2

        Bab 10 : Penyelesaian Segitiga


        1.IMG_0012.jpg3
        Petua sinus diberi olehIMG_0012.jpg4
                                                                                                  atau
        IMG_0012.jpg5

        2.   Petua Sinus melibatkan Kes Berambiguiti
        IMG_0012.jpg6
        3.  Petua Kosinus diberi oleh
        IMG_0012.jpg7
        4.  Luas segitiga ABC
        IMG_0012.jpg8
        5. Geometri Tiga Matra
            (a)IMG_0013.jpg1
                 IMG_0013.jpg5
              (b)
        IMG_0013.jpg2
        IMG_0013.jpg7

        Bab 11 : Nombor Indeks


        1. Indeks harga, I diberi oleh
        IMG_0013.jpg3
        2. Nombor indeks gubahan, I diberi oleh
        IMG_0013.jpg4

        Kerja Projek Matematik Tambahan 2015

        Kerja Projek Matematik Tambahan 2015 Pahang
        Ingatkan tak ada kerja projek tahun ini. rupanya Jabatan Pendidikan Pahang lambat mengeluarkan soalan kerja projek... kepada yang berminat untuk dapatkan contoh tahun lepas... boleh follow cg ...


        cuba pelajar cari sumber Kerja Projek Pahang 2012.....

        Perak:

        PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2015

        Ditulis oleh Nor Hisham.
        Kepada :
        Semua Pengetua
        Sekolah Menengah Negeri Perak
        (U/P : Guru yang mengajar Matematik Tambahan Tingkatan 5)
        Tuan,
        DOKUMEN BERKAITAN PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2015
        Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
        2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2015. Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak telah menyediakan soalan tugasan KPMT 2015 bagi seluruh sekolah menengah Negeri Perak.
        3.    Sehubungan dengan itu, tugasan dan dokumen yang diperlukan bagi pelaksanaan KPMT 2015 ini boleh dimuat turun dengan klik senarai attachment di bawah yang mengandungi dokumen-dokumen berikut: (Untuk Muat Turun Dokumen, Sila Rujuk / klik Ruangan 'Attachments' Di bahagian Bawah Paparan Portal)

                     3.1 Surat Makluman Kepada Sekolah
                    3.2  Surat Makluman Kepada PPD
                    3.3  Pelan Tindakan KPMT 2015 (Terkini_26.3.2015)  
                     3.4 Garis Panduan KPMT 2015
                     3.5 Item Soalan - Tugasan KPMT 2015 (dalam BM)
                     3.6 Item Questions - Add Maths Project Work 2015 (dalam BI)
                     3.7 Rubrik KPMT 2015 (dalam BM)
                     3.8 Rubric KPMT 2015 (dalam BI)
                     3.9 Borang Markah Murid KPMT 2015-Sekolah (untuk diisi oleh pihak sekolah)
                     3.10 Borang Markah KPMT 2015-Daerah (untuk diisi oleh pihak PPD)
        4.    Mohon kerjasama tuan untuk memastikan agar semua murid sekolah tuan yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan SPM 2015 melaksanakan tugasan tersebut dalam tempoh masa berdasarkan Pelan Tindakan (terkini) yang dilampirkan dan guru yang terlibat dapat membimbing murid sehingga mencapai markah sekurang-kurangnya Gred D. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Pen. PPD Sains & Matematik).
        Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
        Sekian.
        b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
        Jabatan Pendidikan Perak

        Wednesday, July 9, 2014

        Soalan KBAT Matematik SPM


        SOALAN- SOALAN HOTS/KBAT MATEMATIK TAMBAHAN

        Soalan HOTS yang saya rasa itu la contoh soalan HOTS bagi subjek Matematik Tambahan.. Mula tahun 2014, ada satu atau dua soalan yang akan keluar di peringkat SPM yang berbentuk soalan HOTS. Jika ada sesiapa yang ada contoh-contoh lain lagi soalan yang berbentuk aplikasi dengan kehidupan seharian, boleh la share dengan saya.Mengikut apa yang lembaga peperiksaan bagitau pada tahun 2014 SPM sekitar 20% soalan kbat akan keluar. contoh:

        1.Wong membeli 4 batang pensil dan sebatang pen dengan jumlah bayaran RM6. Kupusamy membeli 6 batang pensil dan 2 batang pen yang sama dengan jumlah bayaran RM 10. Berapakah bilangan pensil dan pen yang sama mampu dibeli oleh Amin sekiranya dia mempunyai wang sebanyak RM 5.

          Jawapan:3 batang pensil dan 1 batang pen

        Tajuk:Progression  (4m) Evaluate
        Sub: Janjang Geometri

        2.   Harga sebuah rumah kos sederhana di Bandar Kuantan adalah RM 120,000. Harganya menokok sebanyak 5% setiap tahun. Azmi mempunyai tempoh perkhidmatan selama 9 tahun yang mana bercadang membeli rumah secara tunai hasil duit ganjaran dari persaraannya nanti sebanyak RM 200,000. Mampukah Azmi membeli secara tunai?

          Jawapan:Tidak mampu, > 10 tahun

             n= 11 tahun

             >10.47

        Differentiation (3m) Analyzing
        Sub: Maksimun dan Minimum

        3.   Ahmad telah membeli segulung dawai berduri yang panjangnya 80m. Dia ingin menggunakan kesemua dawai berduri itu untuk memagar suatu kawasan yang berbentuk segiempat tepat untuk penanaman tembikai. Cari luas kawasan terbesar yang boleh dipagari oleh Ahmad.
        Jawapan:L= 400 m2

        Proba­­bility (4m) Analyzing
        Sub; Kebarangkalian Tak Bersandar

        4.   Sebuah gerai makanan di kantin sebuah sekolah menjual nasi dan bihun sahaja. Kebarangkalian bahawa seorang pelajar memesan nasi ialah 3/5. Gerai itu menjual dua jenis nasi iaitu nasi lemak dan nasi minyak dan dua jenis bihun, iaitu bihun goreng dan bihun sup. 70% pelajar yang  memesan nasi akan memesan nasi lemak manakala 20% peratus yang memesan bihun akan memesan bihun sup. 3 daripada 4 orang memesan nasi lemak adalah lelaki dan 4 daripada 5 orang yang memesan bihun goreng itu ialah perempuan. Jika seorang pelajar dipilih secara rawak, tentukan kebarangkalian bahawa.

        (i)                 Pelajar memesan nasi minyak­­­
        (ii)               Pelajar itu memesan bihun goreng dan merupakan seorang lelaki.

        jawapan:(a)  9/50  (b) 32/125




             Selamat Mencuba
                         

        Thursday, June 19, 2014

        Apa itu HOTS atau KBAT


        HOTS (higher Order Thinking Skills)

        Alhamdulillah menjengah kita semua ke tahun baru 2013. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah. Tahun ni saya dipertanggungjawabkan dengan 2 kelas matematik tambahan SPM ting 5, 2 kelas matematik PBS (satu kelas ting 1 dan satu kelas ting 2), dan 1 kelas matematik PMR ting 3. Masih lagi guru penasihat pengakap, dan guru penasihat kelab Bola Jaring.

        Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah memberi taklimat HOTS kepada rakan-rakan guru Matematik dan Sains semasa mesyuarat bidang kali pertama.

        Apa benda HOTS ni? HOTs adalah singkatan kepada Higher Order Thinking Skills. Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk HOTs dikalangan pelajar ketika sesi P&P. Soalan yang dikategorikan Hots adalah jenis-jenis soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam menjawab soalan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti BERFIKIR, untuk menjawab soalan-soalan HOTs.


        Untuk menjelaskan lagi bagaimana yang dikatakan HOTs ini, kita boleh membezakannya melalui contoh dibawah. LOTs(Lower Order Thinking Skills) adalah soalan yang sering guru tanya, ubahsuai sedikit soalan dengan masukkan unsur-unsur berfikir, maka soalan tersebut sudah menjadi HOTs.



        Soalan diubahsuai menjadi situasi harian, dengan ada unsur-unsur berfikir. Subjektif. Saiz apa? Bentuk mana yang terbaik? Budak kena lah bagi jawapan mengikut fikiran mereka masing-masing.



        Tugasan 2 ni memang perlukan pelajar berfikir luar dari kotak pemikiran biasa. Takde formula tertentu lagi.



        Eh kejap, kejap. Kenapa kita nak pelajar2 ni jawab soalan HOTs ni?


        Generasi pelajar yang kita didik ini adalah generasi yang mempunyai persaingan yang mencabar dan sengit. Mereka perlu disediakan agar mampu bertahan dalam cabaran dunia akan datang. Salah satu caranya adalah membina masyarakat yangboleh  berfikir secara kreatif dan kritis.

        Ini adalah sebab yang kedua. Malaysia menyertai dua peperiksaan diperingkat antarabangsa yang dinamakan TIMSS dan PISA . Soalan-soalan yang dikemukakan oleh peperiksaan ini memang berbentuk HOTs. Jadi, untuk membolehkan hasrat negara itu dicapai, kita mestilah ajar dan terapkan P&P berbentuk berfikir ini kepada mereka.


        Peperiksaan ini akan diduduki oleh sesiapa saja pelajar tingkatan 2, mungkin anak murid/adik/kakak/abang/anak awak, mungkin anak murid/anak saya.




        Jadi, selepas ini, guru-guru perlulah menjadi SHOTs pula ye. (Super Higher Order Thinking Skills). Kalau nak anak murid beri jawapan HOTs, tentulah guru perlu terlebih dahulu ada kemahiran membina soalan-soalan sedemikian. (Sebenarnya soalan HOTs inilah yang menjadi asas soalan band 6 saya dalam PBS tingkatan 1 yang lalu) Penerapan Kemahiran berfikir. Namun kekangannya adalah, saya sendiri kurang kreatif. Maka soalan saya tetap mempunyai satu jawapan akhir yang pasti.Kerana itulah matematik bagi saya. Tepat. dan Pasti. Hmmm...doakan saya boleh menjadi guru yang lebih kreatif tahun ini...dan tahun2 yang mendatang.amin..


        Sumber : Taklimat HOTs di PPD Kuala Pilah pada 20 Nov 2012
                       Bahan-bahan kursus HOTs diambil di web Bahagian Pembangunan Kurikulum


        Kerja Projek Matematik Tambahan 2014 Pahang

        Ingatkan tak ada kerja projek tahun ini. rupanya Jabatan Pendidikan Pahang lambat mengeluarkan soalan kerja projek... kepada yang berminat untuk dapatkan contoh tahun lepas... boleh follow cg dan dapatkan softcopy dari saya...

        cuba link ini:

        1. Project Work Add Math 2013 Pahang - Scribd

        www.scribd.com/doc/145795706/Project-Work-Add-Math-2013-Pahang

        2. Form 5 Add Math Project Work Sample Answers for Perak ...

        www.malaysia-students.com/.../form-5-add-math-project-sample-answers...
        Jun 4, 2012 - Complete 2014 Add Maths Project Work (Johor) Sample Answer ...