Friday, February 24, 2012

Jenazah melekat di Kubah Masjid


Kisah jenazah melekat di kubah masjid nabi s.a.w. ini adalah riwayat daripada syeikh waliullah Murtadha al-Zabidi (1790M) mengenai peristiwa orang-orang wahhabi pada zaman itu yang cuba merobohkan, tanda-tanda di kubur baqi' dan mahu meruntuhkan kubah nabi dengan tujuan menghalang umat Islam memuja-muja nabi dan sahabat berlebih-lebihan.
Dikatakan seorang hamba Allah cuba mendaki kubah hijau ini untuk menghancurkannya, lantas beliau disambar petir dan mati di situ serta mayatnya melekat tidak boleh ditarik. Ulama-ulama pada waktu itu bersepakat membiarkan mayat itu dikafan, dan dikerandakan diatas kubah itu dan ia masih kelihatan sehingga sekarang. Kata syeikh al-zabidi..Allah sengaja membiarkan mayat itu melekat dengan kubah sebagai pengajaran kepada umat Islam berikutnya.

Namun, terdapat beberapa golongan yang cuba menafikan kisah ini bagi menutup kesilapan golongan wahhabi yang mahu menghancurkan kubah Nabi s.a.w.

Ada pula golongan yang keliru bagaimanakan jenazah ini menerima seksaan atau nikmat di alam kubur sedang mayat dan kuburnya terpampang dikhalayak ramai. Ada pula golongan cendiakawan Islam mula menganggap seksaan dan nikmat kubur hanyalah dengan roh sahaja bukannya dengan jasad.



Thursday, February 23, 2012

UJIAN SATU 2012

Ohh Lama sungguh cikgu tak menulis dalam blog cikgu ni, rupanya sebab tahun 2012 , banyak sangat komitmen nya, di sekolah jadi Penyelaras MBMMBI, Setiausaha LADAP, Pengerusi Kelab Staf , dan juga cuba-cuba sambung Master, byk sungguh kerja. tik tok tik tok dah nah habis bulan februari. Anak buah cikgu kat Maahad Tahfiz dah mula ujian, dan kat Mat Kilau Minggu Depan. Sepatutnya sampai sekarang pelajar dah belajar 3 tajuk.
1. Progression
2.Linear Law
3. Integration

Selamat maju jaya.....