Friday, November 23, 2012

Gambar Rumah Nabi SAW



Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umat agama Islam ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana. Di bawah merupakan gambar eksklusif rumah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Siti Khadijah di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.


Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.


Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha


Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.


Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.

Monday, November 19, 2012

Entri Add Math Yang Patut Anda Baca

Cikgu sebenarnya tak pandai buat blog, jadi apa sahaja yang cikgu kongsikan
akan berada mengikut tarikh entri cikgu hasilkan.
Di sini cg ringkaskan entri cikgu yang mungkin bermanfaat dan bilangan entri setakat
hari ini.
Kenapa aku suka matematik berbanding sejarah 169 entri
Adakah anda takut dengan subjek add math 159 entri
Add Math senang rupenya.                              145 entri
SPM add math format                                         120 entri
Aku minat add math                                            109 entri
Tips lulus add math                                             108 entri

Dan lain-lain. semoga bermanfaat...

Debaran Add Math SPM Semakin Terasa


RAHSIA MENGHADAPI KERTAS ADDMATH SPM 


Assalamualaikum semua, Terima Kasih semua kerana mengunjugi blog cikgu in, nampaknya ramai juga peminat blog cikgu biasanya sekitar 100 pengunjung sehari diakhir-akhir ini dan paling tinggi 166 pengunjung pada 14 november lepas. Ini perkongsian guru lama dan cetusan rasa cikgu sebagai guru.

Cuti sekolah pun telah seminggu bermula,cuba kita tengok ayah kita bila kereta nak jalan jauh.Ayah kita akan periksa kenderaan. Sebelum perjalanan jauh Ayah akan  
1. Periksa  mana yang rosak atau yang longgar, 
2. Periksa rosak teruk ke sikit 
3. Baiki sehingga puas hati 
4. Bertawakkal dalam perjalanan..

Addmath tidak dapat dicapai dengan mudah kecuali jika anda rajin dan tabah serta sanggup berusaha semaksima mungkin. Dunia Addmath bukan dunia khayalan dan mitos.Bukan dengan hanya masuk kursus setengah hari sudah Pakar Add Math. Anda mesti berusaha sepenuh hati untuk mencapainya

Addmath juga bukan sesuatu yang payahn. Saya selalu memberi misalan begini kepada pelajar-pelajar saya.Ramai tak yang naik basikal. Anggap sahaja Addmath itu seperti belajar menunggang basikal.Permualaan belajar selalu jatuh dan luka. Tetapi bila sudah biasa naik satu tayar pun boleh, dan tanpa pegang handle pun boleh tunggang basikal.Maksudnya MUDAH SAJE KAN...

Friday, November 16, 2012

Keluhan Seorang Guru Add Math

Selepas percubaan SPM yang lalu masih ada beberapa pelajr yang mendapat keputusan bawah dari 20 markah, di kesempatan waktu senggang spm, pada 12 dan 14 november yang lalu, cikgu buat kelas dengan dia orang untuk memantapakn persediaan SPM, malangnya yang lemah tu pun masih ada yang tak datang...Cikgu cuma mampu membantu yang tak hendak tu cg tak tahu la...nak buat cam na...

Risau Seorang Ayah Sebagai Guru Add Math

Bermula cuti sekolah, anakku yang belajar di asrama sekolah tebilang di Klang Selangor pun balik. Uminya melihat keputusan peperiksaan akhir tahun. paling mengejutkan subjek add math paling teruk.
Jadi setiap hari terpaksa berguru dengan ayahnya sendiri sebagai sifu, Alhamdulillah setakat ada
perkembangan positif...

Senarai Blog Add Math Yang Patut Anda Lawati

http://additionalmathematic.blogspot.com/   Pn. Hjh. Noraini bt Mohamed Hussin, selaku Ketua Bidang Sains Matematik Guru Cemerlang Add Math SMA Tahap, Jerantut.
http://cikgurohanimn.blogspot.com/  Cikgu Rohani, guru matematik tambahan Sekolah Alam Shah
http://czain.blogspot.com/  Cikgu Zain SMK Hamzah 2
http://hidayah.smskb.edu.my/ Cikgu Hidayah SM Sains Kepala Batas
http://ppictl.blogspot.com/p/bahan-add-math_16.html Cikgu Mohd Riduan Othman SMKSK
http://wongsmtas.blogspot.com/ Cikgu Wong Kok Yin, seorang Guru Cemerlang Matematik Tambahan SMTAS
http://cikguhoneyza.blogspot.com Cikgu Haniza Guru Add Math di St John Institution
http://sforazzura.blogspot.com/ Sekolah Sultan Ibrahim Pasir Mas
http://ruzihan.wordpress.com Cikgu Ruzihan Guru add Math SMK Puteri Seremban
hayswizz.blogspot.comatimath cikgu hayati aini

Thursday, November 15, 2012

ANDA MAHU SKOR "A" ADDMATH



SPM 2012 hanya tinggal lebih kurang 3 hari lagi.  Timbul satu persoalan menarik tentang Addmath yang anda ambil?

Bolehkah aku skor “A” Addmath tahun ini?

Izinkan saya menjawab soalan anda di atas. Ya, anda mampu. Memang anda boleh skor “A” kalau anda mahu. Tetapi ada syarat-syaratnya.Ada 3 Syarat.

[1] Anda mesti bercita-cita besar untuk dapat gred “A”. Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, baik tak payah baca entri saya ni.

[2] Masa trial dulu, anda dah dapat A atau B atau C. Kalau dapat D atau E, boleh juga anda baca tetapi janganlah berlebih-lebihan sangat dalam mengimpikan gred A. Takut tak tercapai.

[3]. Anda berani katakan YA kepada apa yang saya suruh ni. Kalau anda berani kata YA, teruskan pembacaan entri ni. Kalau TIDAK, elok anda berhenti sahaja di sini.

MARI KITA MULAKAN KERTAS 1
[1] Elok anda beli buku Addmath Soalan Past Year. Beri tumpuan (fokus) kepada soalan-soalan Addmath yang lepas, terutama 2006, 2007 & 2008.(Saya hadiah kan setiap pelajar dengan buku hijau tersebut)

[2] Bagi setiap soalan yang anda jawab, buat 4 soalan (klon) tambahan setiap satunya. Anda buat sendiri la. Mudah je caranya. Anda sekadar tukar anu.

[3] Maka itu bererti, untuk Addmath soalan Past Year 2006, anda dah jawab 25 soalan sebenar dan 75 soalan klon. Jumlahnya 100 soalan.

[4] Jika anda mengulangi perkara yang sama untuk Soalan Past Year 2007 & 2008, anda telah menjawab 300 soalan Kertas 1.

[5] Sebagai tambahan dan sebagai penguat cita-cita anda, elok anda jawab soalan-soalan Trial 2012 dari MRSM, SBP & beberapa negeri lain. Ia bertujuan supaya anda tidak terlepas pandang dari sebarang perubahan BENTOK SOALAN

Selamat Berjaya  untuk Kertas Satu.

PANDUAN UNTUK KERTAS 2
Untuk menjawab Kertas Dua dengan baik, saya syorkan anda perkara-perkara berikut.

[1] Menjawab kesemua soalan-soalan Trial yang sampai kepada anda,lagi banyak lagi bagus.
[2] Kebiasaannya, soalan-soalan yang saya sebutkan di atas mempunyai banyak persamaan di antara mereka. Kalau wujud perbezaan, maka cuba jawab semua soalan yang berbeza itu.

Tetapi jangan pula anda lupa kepada soalan-soalan Past Year, seperti yang saya ceritakan kat atas.(2006 - 2008). Anda jawab semua soalan Kertas 2 pada tahun-tahun berkenaan serta membuat 3 soalan (klon) tambahan untuk memahirkan diri.

INGATAN 1 
Anda mempunyai masa 12.5 minit untuk setiap soalan Kertas 2. Jangan tergesa-gesa sehingga anda cuai atau lalai. Semak semua tanda + dan - , terutama dalam kurungan atau bila anda membuat pemfaktoran.

INGATAN 2
Sila buat semakan jawapan untuk bahagian (a). Contohnya, anda dikehendaki cari nilai sudut ABC dalam Penyelesaian Segitiga. Pastikan nilai sudut tersebut betul walau pun anda mesti melakukan kerja anda sampai 2X. Ia penting kerana nilai tersebut diperlukan pada soalan-soalan berikutnya.

[3] Bagi Bahagian A, soalan No 1 (Persamaan Serentak) semuanya hampir sama.. Anda mesti gunakan rumus untuk dapat nilai x dan y. Walau pun tajuk ini kelihatan mudah, namun ramai pelajar jarang mendapat markah penuh. Secara purata, mereka dapat 2 atau 3 markah sahaja. Untuk membantu anda faham 100% cara nak menjawab soalan ini, bandingkan teknik jawapan anda dengan jawapan dalam koleksi soalan Past Year mana-mana tahun sebagai rujukan.

Telitikan jawapan anda dan bandingkannya dari sudut penggunaan rumus, jumlah bilangan jawapan, teknik perletakan jawapan & bilangan titik perpuluhan yang digunakan. Buat beberapa soalan sehingga anda mahir mengenainya.

Kalau anda masih keliru, rujuk guru anda untuk kepastian..  . 

[4] Bagi kes soalan No 2 (Penyempurnaan Kuasa 2 atau Indeks dan log atau graf dalam Trigo), elok anda mahirkan diri anda dalam ketiga-tiga tajuk di atas. Semak semua soalan trial yang anda baca..                

Saya melihat trend terbaru No 2 terdiri daripada Indeks dan Log atau graph dalam Trigo. Kedua-dua soalan ini kelihatan agak payah. Sebelum SPM, anda mesti mahirkan diri anda secukupnya. Tetapi jangan pula lupa kepada Penyempurnaan Kuasa 2. Anda pun mesti menguasainya.

NASIHAT SAYA. Kalau anda rasa soalan  No 2 ini agak payah, KIV dulu. Teruskan kepada soalan berikutnya. Jangan habiskan masa kat situ.

[5] Bagi Bahagian A, soalan No 3 (Janjang),  perbezaan bentok soalan selalu berlaku pada setiap tahun.  Elok anda baca semua soalan Trial anda untuk melihat pembezaannya. Anda jangan panic tentang Janjang. Gunakan konsep 431. Sila baca entri saya tentang Janjang dalam blog ini. ANDA MESTI SKOR TAJUK INI.

[6] Bagi soalan No 4 (statistic), anda mesti mahir dalam 2 bentok. Bentok A khusus untuk cari kuartil pertama, median, kuartil ketiga dan julat antara kuartil. Atau Bentok B yang khusus untuk mencari min, varians & sisihan piawai. Dan jangan terkejut kalau soalan tahun ini mengabungkan bentok A & B. Salah satu contohnya Soalan Trial 2012 dari negeri Perak.

[7] Soalan 5 & 6 dalam bahagian A agak mudah. Insyaallah anda boleh jawab.

[8] Bagi Bahagian B, anda kena jawab 4 dari 5 soalan. Soalan No 7 (Hukum Linear) anda mesti mahir dan bijak menguruskannya. Anda mestikan mulakannya dengan melihat kepada kehendak soalan pada bahagian (a). Apa lawan apa? Kemudian tukarkan persamaan yang DIBERI kepada PERSAMAAN LINEAR supaya terbina seperti pada (a).   

Bila anda sudah mendapat persamaan linear anda, tentukan anu mana yang mewakili keserunan dan pintasan-y. Konsep ini sama macam Moden Matematik yang menekankan Y = mX + c. Kemudian cari nilai-nilai tadi pada graf anda.

Sebenarnya, tajuk ini mudah seperti tajuk STATISTIK. Ia cuma memerlukan kerja teknikal yang banyak jew. Tetapi kalau anda dah faham, dah mahir, it will be very easy for you, as easy as a,b,c.
[8] Bahagian B, Soalan 8 (Vektor). Hampir setiap tahun, bentok soalannya sama sahaja. Tetapi elok anda tengok soalan ini dalam soalan Trial MRSM, SBP & beberapa negeri di atas. Walau pun mereka sama, kadang-kadang berbeza pada bahagian ( c ) yang memperuntukkan 4 markah di situ.  ANDA MESTI SKOR TAJUK INI.

Dulu, ramai pelajar saya cukup takut dengan tajuk ini, Depa kata ia panjang, berbelit-belit & susah. Tetapi selepas  depa mahir dengan teknik SEGITIGA yang saya ajar, perjalanan jawapannya sangat mudah. Boleh kutip markah dengan selesa..

Saya cadangkan anda buat 5 soalan setiap hari untuk tajuk ini. Anda buat selama seminggu, pasti selepas itu anda menjadi sangat mahir. Saya dahulu pun lemah tajuk ini. Tetapi bila saya buat latihtubi (drilling), kefahaman saya meningkat. Penguasaan saya melonjak 99.9%.
 
[9].Bahagian B, Soalan 9 (Geometri Koordinat). Secara keseluruhannya soalan ini mudah dijawab. Tetapi kadang-kadang ia payah giler. Saya nasihatkan anda menyemak soalan ini pada keseluruhan kertas trial yang sampai kepada anda. Bentok soalannya macam-mana?  Kemudian cuba anda focus kepada bentok soalan yang kerap naik. Tetapi jangan overconfident. Yang lain-lain tu, mesti kena tengok juga.

INGATAN BERGUNA : Dalam tajuk ini, anda mesti berhati-hati cari m1. Kalau tersilap m1, m2 pun tersilap juga. Maka persamaan-persamaan berikutnya akan jadi salah. Rugi besar anda.

a) Berhati-hatilah cari m1.
b) Kemudian dengan tenang cari m2, menggunakan m1.m2 = -1
c) Kemudian membentok persamaan
    Persamaan garis lurus/tangen, guna  y - y1 = m1 (x - x1)
    Persamaan serenjang/normal, guna y - y1 = m2 (z - z1)

Secara asasnya, hanya 4 rumus di atas sahaja yang perlu anda gunakan. Walau bagaimana pun, soalan yang keluar kadang-kala melibatkan nisbah dalam dan luar, titik tengah, panjang dan sebagainya. Mahirkanlah diri anda dengan semua itu.

Paling utama, jangan lupa pada LOKUS. Tolong semak semua jenis lokus dalam buku teks Addmath T4 dan kaji semua soalan lokus yang pernah keluar sebelum ini.
 . 
[10]. Bahagian B, Soalan 10 (Taburan Binomial, Normal). Anda mesti mahirkan diri anda dalam tajuk ini untuk skor A Addmath. Semak semua bentok soalan yang ada dalam Trial MRSM, SBP & negeri-negeri di atas. Nasihat saya, ANDA MESTI SKOR TAJUK INI, by hook or by crook.

[11] Saya sengaja diamkan tajuk pengamiran (yang berkaitan luas & isipadu) kerana majority pelajar tak suka menjawabnya. Tetapi kadang-kadang timbul masalah bila mereka cuba juga menjawab soalan ini kerana merasa berat (takut kot?) untuk menjawab soalan No 10 (Taburan Binomial, Normal).

Sebenarnya, Soalan No 10 (Taburan Binomial, Normal) lebih mudah daripada soalan No 11 (Pengamiran). Hang lebih mudah skor A Addmath kalau jawab tajuk tu. Ia tak payah mana pun. Saya pun hairan ramai pelajar cukup takut soalan tajuk tersebut.

[11] Untuk Bahagian C, saya selalu cadangkan kepada pelajar saya supaya menjawab Penyelesaian Segitiga (Triangle Solution) & Penggunaan No Index (The Index Number). Kedua-duanya tidaklah susah sangat. Ia Cuma memerlukan latihtubi 5  soalan setiap hari untuk kemahiran jangka panjang.

Demikian beberapa tips yang dapat saya berikan kepada anda. Selamat Berjaya untuk Kertas Dua.

Akhir sekali, saya nasihatkan anda supaya sentiasa merujuk kepada guru anda untuk mengetahui JURUS-JURUS ADDMATH yang sangat berguna kepada anda. Apa yang saya beri hanya sekadar panduan semata-mata. Guru anda tentu lebih arif tentang ANDA.

Wednesday, November 14, 2012

Analisis Dan Tips Add Math SPM 2012


Paper 2 (Section A)(Analisis Trial 2012)
1)Simultaneous Equation
-3 decimal place  Perlis, Kdh,Slgr,SBP, PP
-2 Decimal place Terengganu
- 4 sig figure MRSM
-factorisation Melaka [SPM 2012]


2) Trigonometry Function
-graph Sin. Perlis [2 sin 2x], Kdh, SBP -3 sin2x, PP [3 sin3/2x]
 -Perak -3 cosx ,Trgn ,Slgr [2 cos2x], MRSM 2 cos 2x +1
 dan Mlk [2 tan2x] [SPM 2012  Y= COS2X + 1]

3) Statistic
- Histogram- Prls,Slgr,MRSM,PP dan Melaka
-Ogive- Kedah dan SBP
-Variance/std deviation –Perlis,Kdh,Prk.Trg,SBP
 [SPM 2012 Std Deviation and NEW mEAN]

4) Linear Law
- Majoriti menjangkakan graf log
-Prls y= k/xn  Kdh y =p/q x, Prk hy2=kx , Slgr y =pq -2x, dll
.[SPM 2012  x 2 Y MELAWAN X]

5) Coordinate Geometry
- y intercept,gradient, locus….
- Devision line segment,perpendicular,
-locus, equation of straight line
[SPM 2012 DEVISION LINE SEGMENT AND AREA]

6) Quadratic function and equations
- has root and the range
-using completing square,sketch graph
[SPM 2012  ROOT AND FORM QUADRATIC EQUATION]

7) Diffentiation
- equation of tangent, turning point
-rate of change and small change
-gradient function, max and min [SPM2012]

8)Index number
Bar chart-Perlis
Pai Chart-Kdh,Tgn, [SPM2012]
Percentage-Slgr, PP
Weightage-Prk,SBP,MRSM


9) Probability Disribution
- binomial and normal distribution [SPM 2012]


Additional Tips
1) You know doesn’t mean you can get correct, try to make less careless mistakes in each paper.
2) See through the questions word by word as there will be some tricky part in the questions,.
3) Don’t be sad if you do badly in trial SPM because the odd might come to you in SPM.
4) Be sure to study smart, not study hard. Hope this helps. 

Tips Ekonomi Asas SPM 2012

EKONOMI ASAS TIPS SPM 2012

Topic 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
- Faktor Pengeluaran
- Masalah Ekonomi (Isirumah)
- Masalah asas ekonomi (geangan sistem ekonomi)
- Sistem ekonomi
Topic 2: PENDAPATAN INDIVIDU DAN PENGGUNAAN
- Faktor pemilihan pekerjaan (situasi)
- Sumber pandapatan individu (Upah)
- Pendapatan Boleh Guna-Pengiraan
- Pinjaman, tabungan, pelaburan
- Cukai pendapatan & belanjawan peribadi
Topic 3: ISIRUMAH SEBAGAI PENGGUNA
- Lukis keluk DD & Hukum DD
- Faktor permintaan & keanjalan permintaan harga
- Keanjalan harga DD & strategi meningkatkan hasil & kiraan & tafsiran
TOPIC 4: FIRMA SEBAGAI PENGELUAR
- Pengeluaran (hubungan TP, AP, MP)
- Faktor penentuan Penawaran
- Beza IT & IB
- Hitung TC, TVC & TFC
- Lukis graf penawaran
- Keanjalan harga SS - maksud, kiraan Tafsiran
TOPIK 5: PASARAN
- Keseimbangan pasaran faktor buruh
- aliran pusingan pendapatan-label aliran wang & aliran fizikal
- aliran pusingan pendapatan-perbezaan pasaran barang & pasaran faktor
TOPIK 6: WANG DAN BANK
- wang - fungsi
- kawalan kemelesetan / masalah inflasi (bank pusat)
- perkhidmatan bank perdagangan
- sumbangan IKBB - BSN@KWSP@sykt Insurans
TOPIC 7: EKONOMI MALAYSIA
- sektor ekonomi
- cukai langsung & tidak langsung
- belanjawan - perbelanjaan pengurusan
- kawalan ekonomi (kemelesetan)
- cara membiayai belanjawan defisit
- sebab perubahan struktur ekonomi negara
- sumber hasil kerajaan & tujuan pinjaman dalam negara
- pinjaman kerajaan sumber dalam negeri
Topic 8: HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA
- Beza PDN & PAB
- butiran terhadap imbangan pembayaran
- akaun semasa & jenis bentuk Bentuk Sekatan PAB
- Tujuan perlukan matawang asing serta kesan perubahan kadar pertukaran matawang asing
- kiraan pertukaran asing
- kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap imbangan pembayaran


jangan lupa latih tubi kertas 1 sbyk-byknya...