Friday, April 20, 2012

Kerja Projek Matematik Tambahan



PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2012

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2012. Bagaimana pun, pengurusan pelaksanaan termasuk penyediaan soalan tugasan adalah menjadi tanggung jawab Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.  
3.            Sehubungan dengan itu, tugasan dan dokumen yang diperlukan bagi pelaksanaan KPMT 2012 ini boleh dimuat turun dengan klik : Kerja Projek Matematik Tambahan 2012 yang mengandungi dokumen-dokumen berikut:
                3.1   Soalan Tugasan KPMT 2012
                3.2   Garis Panduan KPMT 2012
                3.3   Rubrik KPMT 2012
                3.4   Borang Markah Pelajar KPMT 2012 Sekolah (untuk diisi oleh pihak sekolah)
                3.5   Borang Markah KPMT 2012 Daerah (untuk diisi oleh pihak PPD)

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Pen. PPD Sains & Matematik). Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.



PELAN TINDAKAN KERJA PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2012.

Bil.
Perkara
Tarikh
Tindakan
1.
Pengedaran Soalan Tugasan KPMT 
10 April 2012
JPN
2.
Pelaksanaan Tugasan KPMT di sekolah (Pelajar diberi 3 minggu untuk menyiapkan tugasan dari hari pertama tugasan diberikan)
Tempoh: 16 April hingga
18 Mei 2012
Sekolah
3.
Pengedaran rangka penyelesaian KPMT 2012 ke sekolah 
21 Mei 2012
JPN
4.
Penyemakan KPMT oleh guru
22 Mei – 15 Jun 2012
Sekolah
3.
Penghantaran Markah, Rumusan KPMT pelajar ke PPD (Sekolah dikehendaki mengisi Borang Markah Pelajar KPMT 2012 Sekolah)
22 Jun 2012
Sekolah
4.
Penghantaran Markah, Rumusan Markah KPMT Daerah ke JPN (PPD dikehendaki mengisi Borang Markah KPMT 2012 Daerah)
6 Julai 2012
PPD
5.
Penghantaran Markah, Rumusan Markah KPMT Negeri ke BPK KPM
20 Julai 2012
JPN