PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2012
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2012. Bagaimana pun, pengurusan pelaksanaan termasuk penyediaan soalan tugasan adalah menjadi tanggung jawab Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
3. Sehubungan dengan itu, tugasan dan dokumen yang diperlukan bagi pelaksanaan KPMT 2012 ini boleh dimuat turun dengan klik : Kerja Projek Matematik Tambahan 2012 yang mengandungi dokumen-dokumen berikut:
3.1 Soalan Tugasan KPMT 2012
3.2 Garis Panduan KPMT 2012
3.3 Rubrik KPMT 2012
3.4 Borang Markah Pelajar KPMT 2012 Sekolah (untuk diisi oleh pihak sekolah)
3.5 Borang Markah KPMT 2012 Daerah (untuk diisi oleh pihak PPD)
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Pen. PPD Sains & Matematik). Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
PELAN TINDAKAN KERJA PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2012.
Bil.
|
Perkara
|
Tarikh
|
Tindakan
|
1.
|
Pengedaran Soalan Tugasan KPMT
|
10 April 2012
|
JPN
|
2.
|
Pelaksanaan Tugasan KPMT di sekolah (Pelajar diberi 3 minggu untuk menyiapkan tugasan dari hari pertama tugasan diberikan)
|
Tempoh: 16 April hingga
18 Mei 2012
|
Sekolah
|
3.
|
Pengedaran rangka penyelesaian KPMT 2012 ke sekolah
|
21 Mei 2012
|
JPN
|
4.
|
Penyemakan KPMT oleh guru
|
22 Mei – 15 Jun 2012
|
Sekolah
|
3.
|
Penghantaran Markah, Rumusan KPMT pelajar ke PPD (Sekolah dikehendaki mengisi Borang Markah Pelajar KPMT 2012 Sekolah)
|
22 Jun 2012
|
Sekolah
|
4.
|
Penghantaran Markah, Rumusan Markah KPMT Daerah ke JPN (PPD dikehendaki mengisi Borang Markah KPMT 2012 Daerah)
|
6 Julai 2012
|
PPD
|
5.
|
Penghantaran Markah, Rumusan Markah KPMT Negeri ke BPK KPM
|
20 Julai 2012
|
JPN
|