Thursday, July 19, 2012

Tips lulus Add Math




Kertas 1

Kertas 1 ada 25 soalan yang wajib dijawab..
biasanya pattern soalan sama saja.

Soalan no.1 biasanya dari Chapter 1-Function

Soalan no.2 Chapter 2-Quadratic Equation

dan seterus-seterusnya lah.
..(ada juga satu chapter keluar lebih dari 2 soalan)




Empat Chapter ini
 (biasanya tak keluar dalam Paper 1 sebab chapter
 ni soalan pilihan Paper 2)

-Solution Of Triangle

-Index Number

-Motion Along A Straight Line

-Linear Programming



Cadangan

1. Jangan tinggalkan kosong- jawab semua 
soalan sehabis baik mengikut kemampuan anda

(sepatutnya tiada masalah untuk 10 soalan pertama 
kerana beberapa chapter telah diajar dalam matematik moden juga..)



2. Gunakan scientific calculator yang ada mode equation 
(dicadangkan Casio MS570)

- bertujuan untuk menyemak factorization dengan lebih
 mudah kerana factorization untuk quadratic equation

digunakan dalam banyak soalan(*tapi ingat-markah tidak 
diberikan sekiranya jalan kerja tidak ditunjukkan-

(calculator untuk tujuan penyemakkan)

- untuk mencari nilai binomial probability distribution 
-nilai X dengan lebih mudah tanpa menggunakan buku sifir

4 angka (walaubagaimanapun buku sifir disediakan semasa peperiksaan



3. Markah yang diperuntukkan ada dinyatakan dihujung 
setiap soalan..yang terdiri dari 2,3 dan 4 markah. Jawab soalan
 berpandukan markah yang diberi.



4. Formula telah diberikan di hadapan kertas soalan.
.(hampir semua formula)..walaubagaimanapun ia akan
 menjadi hiasan saja kelau anda tidak tahu menggunakan 
atau tidak tahu makna simbol..penting untuk anda "mesra"
 dengan formula-formula ini dengan membuat seberapa
 banyak latihan



5. Sekiranya ada dinyatakan dalam soalan contohnya :
 Without using scientific calculator..maksudnya anda
 diminta untuk menunjukkan jalan kerja penuh untuk
 menjawab soalan itu..walau bagaimanapun..anda boleh 
menggunakan mesin kira untuk tujuan semakan..



6. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 
25markah (30/80) untuk kertas 1

7. Secara amnya Kertas 1 sangat membantu anda untuk
 lulus Add Math..pelajar yang biasa mendapat markah
 (60/80 dan ke atas) biasanya boleh mendapat
 A1 atau A2 untuk Add Math, semasa SPM sebenar..(mengikut pengalaman)

Kertas 2

Terdapat 3 Bahagian soalan dalam Kertas 2
..Bahagian A, B dan C (semua sekali 15 soalan..wajib jawab 12)

Anda wajib menjawab semua soalan Bahagian A ((40 markah)
pilih 4 daripada 5 soalan Bahagian B (40 markah)
pilih 2 daripada 4 soalan Bahagian C (20 markah)

sekiranya anda sangat lemah dalam add math 
pastikan anda fokuskan kepada soalan-soalan berikut

* Bahagian A -silmultionous equation (biasanya 5 hingga 6 markah-semak factorization guna scintific calculator anda)

* Bahagian B- Linear Law (biasanya soalan no 7) 
(buat jadual (sekurang-kurang nya dua tempat perpuluhan )dan
plot graf-5markah..jawab soalan 5 markah)

* Trigonometric Functions (cuba buat graf trigo kerana 
graf trigo tidaklah sesusah yg selalu
digambarkan)

* Probability Distributions -pattern soalan biasanya sama saja

Bahagian C - bagi pelajar saya.. saya menyarankan
 mereka memilih tajuk Index Number dan Solution Of Triangle
untuk bahagian ini..kerana..Index Number adalah topik yg mudah.
.dan solution of triangle juga
tajuk yg tidak terlalu sukar..berbanding dengan 
Linear Programing(mengambil masa untuk
menjawab..mengintepretasi soalan kepada graf).
.Motion Along a Straight Line (perlu mahir tajuk
differentiation dan integration..dan pelajar 
selalu tidak dapat menafsir tajuk dengan baik untk topik
ini)

# PERHATIAN-Untuk Bahagian B soalan-soalan dari
 topik lain yang selalu diuji ialah Coordinate Geometry, 
Statistic, Circular Measures, Vector, Differentiation dan Integration

Daripada cadangan saya tadi anggaran markah untuk
 topik2 terpilih tersebut ialah 70/180 (jumlah kertas 1 dan 2)
 peluang untuk anda lulus adalah sangat cerah sekali..
jika anada dapat menambah 10 markah lagi.
.peluang untuk kredit berada di depan mata)

1.Segala cadangan di atas adalah atas pemerhatian
 dan pengalaman (kursus teknik menjawab) yang telah 
saya ikuti@alami sendiri..sekiranya anda mempunyai
 guru2 pakar yang dapat memberikan ilmu atau
 strategi menjawab yang lebih baik saya sangat
 mengalu-alukan anda berkongsi dengan saya

2. Sekiranya anda telah pun mempunyai strategi menjawab
 yang lebih baik...dan cadangan di atas tidak memberikan 
banyak input malah mengelirukan..ABAIKAN SAJA

3. Sekiranya anda rasa ia membantu dan memerlukan lebih 
dari yang ditulis diatas anda boleh bertanya - 
akan saya jawab sekiranya mampu...

SPM Form 5 Add Maths - Sketching Trigonometric Graph (Clone SPM Exam Question)

http://www.youtube.com/watch?v=-9frURcb_Yw&feature=relmfu

SPM Form 5 Add Maths - Sketching Trigonometric Graph

http://www.youtube.com/watch?v=YcUghCXC0DM&feature=relmfu

SPM Add Maths -Differentiation - Rate of Change Example 1

http://www.youtube.com/watch?v=c_lZ6tAq_Yk&feature=related

SPM Seminar Add Math Exam Strategy

http://www.youtube.com/watch?v=tAf0s46Zu3g

Astro Tutortv add math





http://www.astro.com.my/tutortv/articles/art_11031.html

Kajian Hubungan Cara Belajar Dan Pencapaian


HUBUNGAN ANTARA CARA PEMBELAJARAN
DAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4
SAINS DI SMK SULTAN ISMAIL
KEMAMAN TERENGGANU

http://images.dehewaraspak.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/RvGW0woKCtMAADTolM41/CARA%20PEMBELAJARAN.pdf?key=dehewaraspak:journal:22&nmid=58573525

Teknik Mudah Hafal Sifir


Teknik Mudah Dan Pantas Hafal/ Ingat Sifir E-Sifir

Kepada sesiapa yang nak ajar anak-anak ataupun belajar mengingatai sifir dengan cara yang agak mudah dan pantas, boleh lah guna kaedah e-sifir yang telah di cipta oleh seorang guru (tak ingat dah nama dia)..

kaedah ini agak menarik dan senang diajar tetapi ia memerlukan pelajar mengingati langkah-langkah tertentu...

dibawah ada sedikit snapshot daripada power point teknik-teknik hafal sifir cara mudah itu..




bila taktik e-sifir ini telah dikuasai, pesan kepada pelajar-pelajar supaya bila dapat je kertas soalan matematik, terus tulis sifir-sifir tersebut dia atas kertas soalan. senang nanti hanya rujuk je kepada sifir-sifir tersebut bila nak menjawab soalan yang memerlukan penggunaan sifir.

tapi kaedah ini terhad kepada sifir 5-9 sahaja. tak pasti sama ada untuk sifir-sifir yang lain atau tidak.


Apa kata pelajar saya Tentang Peretandingan Matematik UIA

Rata-rata bila jalankan ujian, susah sangat katanya..ada pasal kuasa 3. macam persamaan serentak tetapi kuasa 3. Saya kata cuba la, mencuba nasib walaupun soalan agak susah. selamat berjaya wahaianak-anak ku.

Friday, July 13, 2012

Pertandingan Matematik UIAM 2012

Pada 19 julai 2012(Khamis)
Masa: 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Sekolah yang mendaftar
 Pertandingan secara saringan pertandingan matematik uiam 2012 (IMC2012)
Selamat mencuba...semoga berjaya

National Scince Challenge

Pada 18 jun 2012 dulu , peserta sekolah cikgu terpilih ke peringkat akhir National Science Challenge peringkat Negeri Pahang. Sampai je kat dewan ramai penonton telah sedia menunggu, anak-anak buah cikgu dah kecut perut maklum la satu-satunya sekolah harian yang terpilih ke ppringkat akhir,. yang lain semua sekolah terkenal dan sekolah sbt. tercorotlah akhirnya. Syabas untuk anak-anak buah cikgu. cuba lgi ditahun hadapan.SBPI Kuantan Johan menwakili negeri