SOALAN- SOALAN HOTS/KBAT MATEMATIK TAMBAHAN
Soalan HOTS yang saya rasa itu la contoh soalan HOTS bagi subjek Matematik Tambahan.. Mula tahun 2014, ada satu atau dua soalan yang akan keluar di peringkat SPM yang berbentuk soalan HOTS. Jika ada sesiapa yang ada contoh-contoh lain lagi soalan yang berbentuk aplikasi dengan kehidupan seharian, boleh la share dengan saya.Mengikut apa yang lembaga peperiksaan bagitau pada tahun 2014 SPM sekitar 20% soalan kbat akan keluar. contoh:
1.Wong membeli 4 batang pensil dan
sebatang pen dengan jumlah bayaran RM6. Kupusamy membeli 6 batang pensil dan 2
batang pen yang sama dengan jumlah bayaran RM 10. Berapakah bilangan pensil dan
pen yang sama mampu dibeli oleh Amin sekiranya dia mempunyai wang sebanyak RM
5.
Jawapan:3 batang pensil dan 1 batang pen
Tajuk:Progression
(4m) Evaluate
Sub: Janjang Geometri
2. Harga
sebuah rumah kos sederhana di Bandar Kuantan adalah RM 120,000. Harganya
menokok sebanyak 5% setiap tahun. Azmi mempunyai tempoh perkhidmatan selama 9
tahun yang mana bercadang membeli rumah secara tunai hasil duit ganjaran dari
persaraannya nanti sebanyak RM 200,000. Mampukah Azmi membeli secara tunai?
n=
11 tahun
>10.47
Differentiation
(3m) Analyzing
Sub: Maksimun dan
Minimum
3. Ahmad
telah membeli segulung dawai berduri yang panjangnya 80m. Dia ingin menggunakan
kesemua dawai berduri itu untuk memagar suatu kawasan yang berbentuk segiempat
tepat untuk penanaman tembikai. Cari luas kawasan terbesar yang boleh dipagari
oleh Ahmad.
Jawapan:L= 400 m2
Probability (4m) Analyzing
Sub; Kebarangkalian Tak Bersandar
4. Sebuah
gerai makanan di kantin sebuah sekolah menjual nasi dan bihun sahaja.
Kebarangkalian bahawa seorang pelajar memesan nasi ialah 3/5. Gerai itu menjual
dua jenis nasi iaitu nasi lemak dan nasi minyak dan dua jenis bihun, iaitu bihun
goreng dan bihun sup. 70% pelajar yang
memesan nasi akan memesan nasi lemak manakala 20% peratus yang memesan bihun
akan memesan bihun sup. 3 daripada 4 orang memesan nasi lemak adalah lelaki dan
4 daripada 5 orang yang memesan bihun goreng itu ialah perempuan. Jika seorang
pelajar dipilih secara rawak, tentukan kebarangkalian bahawa.
(i)
Pelajar memesan nasi minyak
(ii)
Pelajar itu memesan bihun goreng
dan merupakan seorang lelaki.
jawapan:(a)
9/50 (b) 32/125