Sunday, June 6, 2021
TIPS PEMBELAJARAN ADD MATH WAKTU PDPR
Beberapa hari yang lepas Menteri Pendidikan Mengumumkan selepas
cuti Hari Raya Pertengahan Tahun, sesi pembelajaran murid sekolah
diteruskan hari ini dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Ini adalah 5 Tips mudah bagi pelajar-pelajar yang sedang PdPR.
1. Tempat Belajar Yang Kondusif
Ibu bapa perlu menyediakan satu ruang kondusif bagi kanak-kanak supaya
mereka dapat belajar tanpa sebarang gangguan. Sediakan ruang yang
mempunyai talian internet laju agar mereka dapat mendengar maklumat
yang disampaikan oleh guru yang teliti. Ruang senyap dengan
cahaya matahari, meja dan kerusi sesuai boleh meningkatkan tumpuan
Ketika sesi pembelajaran mereka.
2. Sediakan Jadual Waktu
Sesetengah keluarga mengalami masalah dari pengurusan masa kerana
terdapat lebih daripada satu anak yang belajar pada waktu untuk
menguruskan masa berdasarkan waktu pekerjaan anda dan waktu
pembelajaran anak-anak supaya tidak mengalami masalah pertembungan
masa.
3. Lakukan Aktiviti Pendek
Pengadaptasian norma baharu dalam system pembelajaran agak sukar
bagi kanak-kanak yang sudah terbiasa berada di secara fizikal
di sekolah. Oleh itu, mereka mudah hilang focus apabila duduk
di satu tempat bagi tempoh masa yang lama. Ibu bapa boleh
melakukan aktiviti pendek seperti bersenam, melukis, mewarna
dan lain-lain secara selang seli bagi memastikan mereka Kembali
cergas dan focus kepada pembelajaran.
4. Bersikap Fleksibel
Bersikap fleksible adalah penting dengan menyesuaikan masa
bekerja anda dengan anak-anak supaya dapat membantu mereka
melakukan tugasan sekolah. Ibu bapa perlu meluangkan masa
Bersama anak untuk menghabiskan tugasan mencabar dengan
membimbing mereka agar dapat menyiapkan tugusan dalam tempoh
masa yang diberi.
5. Berhubung Dengan Kawan-Kawan
Kanak-kanak pastinya merindui kawan-kawan yang telah beberapa bulan
tidak berjumpa. Ibu bapa boleh membantu menghubungkan mereka dengan
anak-anak agar mereka tidak melepaskan peluang membentuk hubungan
sosial Bersama kawan-kawan. Lakukan interaksi sosial menerus media
sosial secara berkala supaya membantu mereja kekal berhubung dengan
dunia luar.
dan jangan lupa untuk join aktiviti dari akademi youtuber, didik, youtube pembelajaran add math
selamat maju jaya
PERBANDINGAN FORMAT SPM 2020 VS 2021 ADD MATH
untuk penjelasan lanjut: sila tengok video Penerangan cikgu
jangan lupa subscribe laman youtube cikgu
Subscribe to:
Posts (Atom)