Wednesday, June 29, 2011

Kenapa Aku Suka Matematik Berbanding Sejarah?

Mar 28, 2011

Kenapa Aku suka Matematik berbanding Sejarah

Nasib ah sape kat sini pencinta Sejarah, oh aku memang cukup mencik subjek ni since form 1 lagi. Walaupon subjek sejarah ni mencatat rekod kerana sering kali bertukar guru, dan biasanya dapat guru pelatih yang cun, cantik sweet, gojes, tapi TETAP otak aku mantul nak belajar sejarah ni

Kebencian terus melanda bila muka aku yang sering jadi tumpuan untuk fail, biasa cikgu suka susun paper test ikut sapa yang highest mark, panggil dulu, yang last-last tu biasa markah tak ok, fail ke. OH aku cukup tak suka sistem ni, sebab ia menjatuhkan maruah aku. Dem!



Kenapa?

1) Buku teks Sejarah yang banyak ayat.

Dah nama pon Sejarah, so memang lah banyak ayat. Ayat pulak tu tak nak lawak, serius jek memanjang. Tension aku, cuba lah ada jenaka sikit. Nasib baik time aku study dulu, buku teks Sejarah tu berwarna-warni ada gambar. Aku perhatikan buku teks dulu-dulu punya, lagi membosankan

Benci pon tak guna gak, buku teks Sejarah ni lah peneman aku pagi-pagi time nak tunggu bas. See rajin kan aku. Haha. Tak buku Sejarah, buku Biologi yang aku asyik kepit bawak pegi sekolah

Siap kena perli lagi dengan Cikgu Add Math aku pasal habit wajib kitorang ni..

"NAK KEPIT, BUKU BIO, FIZIK...NAK TUNJUK BUDAK SAINS LA TU"

Haha. Sabar jela




2) Matematik senang dapat markah masa exam

Matematik banyak cara kalau nak dapat jawapan. Setiap step yang betol, even jawapan salah pon dikira markah. Dan masihku ingat, time trial Math, aku lupa camne nak guna formula, so aku tibai guna formula Add Math *aku sayang add math, so ingat formula add math jek*, dan dapat markah. Hehe

Sejarah? Kalau markah esei 15, then ko tak tau jawapan, gorenglah sampai 2 muka surat, kalau tak de jawapan yang kena, cikgu kasi 1-2 markah jek. Siap cikgu boleh perli..

"NI PON SAYA BAGI MARKAH SEBAB DAKWAT PEN!!"

Sangat kejam! Haha. Tapi disebabkan aku tak reti mengoreng sampai hangus, so kalau tak tau jawapan tu, goreng jela setengah muka surat, pastu dapatlah 1 markah ke. Hahaha


3) Matematik boleh pakai kalkulator

See, punyalah seronok jawab exam matematik ni, tekan-tekan jek kalkulator tu, tetiba dah dapat jawapan. Siap kalau rasa macam bebal semacam jek, nak kira congak pon terkial-kial pakai jek kalkulator. Haha


Tapi anti punya pasal kat Sejarah pon, aku dapat A gak dalam SPM *tak habis-habis cerita pasal result SPM dia*. So aku nak share tips camne nak dapat A dalam exam. Bermaksud, ko memang dah tak da ikhtiar lain, asyik fail jek. So nak dapat A semata-mata exam...ikut cara ni..huhu

  • Tetapkan yang paper 2 (esei) korang mesti skor! Sebab kat paper objektif tu tak leh bantu sangat. Salah jawapan, memang salah la. Tak de ko dapat separuh markah ke. So aim dekat paper 2 (esei)
  • Tengok balik past year question, sebab soalan tu kadang-kadang rotate jek. Ayat jek kasi lain sikit, tapi maksud sama. So baca skema jawapan yang betol tu. Baca POINT pon takpe, at least, dari point tu boleh kembangkan menjadi ayat gorengan yang sedap.
  • Ulang baca skema jawapan tu, disamping baca jugak buku rujukan especially tajuk yang suka benor kuar exam. Kalau rasa macam tak ingat tu, HAFAL jek. Habis cerita. Walaupon azab nak hafal, lagi-lagi ko ni bukan DEBATER ke, PUBLIC SPEAKER skolah ke yang dah biasa dengan text-text panjang ni. OH aku tak suka lawan hafal dengan budak DEBATER sebab mereka sangat cepat pick-up! Dem!
  • Jawablah exam. Haha


HAHAHAHA
Keji ini olang
Petikan dari:


**********

No comments:

Post a Comment