Monday, July 25, 2011

Falsafah Dari Cg

Perbezaan antara Falsafah Orang Berjaya??????? dan

Falsafah Orang Yang Gagal ??????

Orang berjaya akan membuat/melaksanakan
apa yang tidak disukai oleh orang yang gagal.

Orang yang berjaya membuahkan hasil manakala
orang yang gagal membuahkan alasan..

Cuba hayati betul-betul kata2 ringkas in..!!!!!


Kaedah Berusaha

Orang yang berjaya membuat persediaan seperti Kenduri Kahwin
berusaha mengatur aktiviti dan program selama
sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum.
Kerana dia tahu banyak kerja perlu dilakukan.


Orang yang gagal membuat persediaan seperti Kenduri Kematian,
buat secara tergesa-gesa dan perancangan secara last minute.

Tajuk Yang Perlu Kuasai Untuk Lulus Matematik

Di sini cg turunkan juga ilmu dalam bidang matematik,
cg mengajar matematik spm bermula tahun 2006,
pejam celik- pejam celik alih- alih dah 6 tahun
cg ajar matematik SPM rupanya.
Untuk lulus SPM sekurang-kurangnya pelajar mampu jawab

PART A
~inequalities 3m
~quadratic eqaution 1m
~ sim. equation 4m
~matrices 4m
~Matemathical reasoning 5m
~Gradient under the graph 2m
~solid geometry 3m
~Probability II 3m
~Line and plan 3d 1m

PART B

@ Graph Function 10m
@ Statistic 10m
@ Plan & Elovation 12m
@ Transformation 4m

Selamat mencuba,.....

Friday, July 22, 2011

Key towards Achieving A+

ramai yang tak dapat A + kerana tidak menjawab
dengan kaedah yang betul
Cadangan
# Baca soalan dengan teliti- jgn bertukar function dengan diffrentiation
# Ikut arahan soalan, titk perpuluhan, kaedah yang diminta dll..
#Mula dengan soalan mudah/ atau yg kita suka dahulu..
#Tunjukkan jalan kerja dengan jelas
# guna formula yang betul
# jawapan mesti dalam bentuk paing ringkas
# jawapan akhir should be correct to 4 .s.f

Cikgu Add Math Menulis

Assalamualaikum semua.. lama cg tak menulis, di sini
cg menurunkan tips step untuk beberapa tajuk
supaya mendapat markah yang tinggi/ score..

Pengaturcaraan Linear:
~ 3 ketaksamaan -2m
~ Melukis garis lurus sekurang-kurangnya saru betul k1
~ Jika ke 3, 3 betul j1
~ Rantau berlorek betul j1
~ cari keuntungan maksimum/minimum k1j1

Linear Law
~Jadual betul 2m
~ Plot graf dengan paksi yang betul (skala diberi) k1
~Plot titik 2 dengan betul j1
~Garis lurus penyuaian terbaik j1
~Mencari kecerunan k1
~ mencari pintasan k1
~ cari y apabila x/ mencari x apabila y j1

Monday, July 18, 2011

Nasihat Kak Husna Medic Alexandra Mesir

Tadi, cg berkesempatan chat bersama dengan bekas anak didik
cg di Maahad, cg minta dia perturunkan sedikit nasihat
kepada adik-adik di maahad

kejar redha Allah dengan ibadah kita and selalu ingat untuk niat everything because of Allah
ibadah kita xkan pernah cukup untuk nak balas apa Allah bg kt tp usaha kt tu menunjukkan pergantungan kt dekat Allah
:)

jaga hati cikgu2
slalu gembira nak happykan cikgu
huhu

so ini beberapa ungkapan yang sempat beliau tulis...

Saturday, July 16, 2011

Agihan Masa Menjawab Soalan Add Math

Setakat pemerhatian cg dan dari pengalaman cg mengajar
add math hampir 15 tahun

Kertas 1
Aras Rendah 15 soalan
Sederhana 7-8 soalan
Tinggi 3-2 soalan

Kertas 2
Aras Rendah 6 soalan
Sederhana 4/5 soalan
Tinggi 2/4 soalan

Agihan masa yang dicadangkan...

Kertas 1 : 1 soalan 3 -7 minit

Kertas 2
Bah A: 8 -10 minit
Bah B : 15 minit
Bah C ; 15 minit

Kaedah Penyoalan Soalan SPM

Cg pada mlm ni, ke udara dari Kb kebetulan duk saje-saje sambil tunggu wife lena, untuk sambung program ziarah family..

Paper 1:
Nisbah aras soalan
Rendah: Sederhana: Tinggi
6 : 3 : 1

Paper 2:
Nisbah aras soalan
Rendah: Sederhana: Tinggi
4 : 3 : 3


Maksudnya 10 bhg aras rendah dan 6 bhg aras sederhana..


Bagikan harapan kepada diri anda untuk lulus cemerlang...



Soalan Dibuat dalam 4 bentuk

~ Pengetahuan- jawapan ada pada soalan

~Kefahaman - tidak ada depan mata, perlu kira sikit sahaja

~ Kemahiran - menggunakan formula dalam topik itu sahaja
- membanding dan mengolah

~ Penyelesaian masalah - memerlukan kemahiran tajuk lain untuk menjawab..

Secara amnya:

untuk Lulus -dapat menjawab aras pengetahuan dan kefahaman

untuk Kredit - sama seperti atas tambah kemahiran

Untuk A - semua di atas + separuh peny. masalah.

selamat mencuba...

Thursday, July 14, 2011

Karenah Muridku

Cikgu nak menulis sikit dalam blog cg nie, Tahun ni cg mengajar add math form 4
, sebab dah lebih 10 tahun ajar form 5, tahun belajar form 4
cg dari budak yang result PMR bagus-bagus ,
budak 8A PMR pun 5 orang masih tunggu di sekolah lama,
Alhamdulillah source tahun ni bagus, tapi cikgu nak komplen sikit
,sbb cg tengok pelajar kurang serios belajar ,banyak main-main,

Cg cakap kat dia orang.
Time belajar , orang suruh belajar dia buat main-main
time orang suruh main pun dia buat main-main
bila nak bersungguh?
bila tengok result fail ?
bila blank tak tahu apa satu?
bila kata cg tak pernah ajar?

Wahai anak didik ku sedarlah!

Bila kita buat bersungguh-sungguh barulah
hasil yang bersungguh-sungguh kita daapat...

Man jadda wa jadaa,
Practice make perfect.

Sedarlah wahai anak2 ku.......

Tuesday, July 12, 2011

AlKhawarizmi Pengasas Ilmu Matematik


Al-Khawarizmi: Pengasas Ilmu Algebra




Selalunya kita mendengar tentang orang bukan islam yang mencipta macam-macam sampai dapat anugerah.


Kali ni nak berkongsi tentang Al Khawarizmi. Beliau merupakan antara tokoh ilmuwan terkenal dan karyanya menjadi rujukan para sarjana dan saintis di Barat. Semasa hidupnya, Al-Khawarizmi merupakan pakar matematik dan falak. Beliau merupakan pengasas ilmu algebra. Nak tau apa algebra, dalam mata pelajaran matematik.



Bukunya yang bertajuk “Hisab al Jabr Wal Muqabalah” telah diterjemahkan di barat dengan tajuk “Mathematics of Integration and Equation”. Melalui buku inilah lahir istilah algebra yang digunakan sehingga hari ini. Formula matematik yang dikemukakan Al-Khawarizmi masih digunakan sehingga hari ini. Sumbangan kepada perkembangan kedua-dua ilmu (formula matematik & astronomi) terlalu besar. Sehingga kalau tak silap, sarjana barat telah mencipta satu istilah matematik iaitu Logaritma bersempena dengan namanya.

Sifat Romantik Rasulullah s.a.w

Sifat Romantik Nabi Muhammad

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi”. Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, “Saya akan beritahu kamu kemudian~.
” Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing. Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini
Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka”. Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
“Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman….” Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal ‘Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~

Trip Langkawi Pusing Pulau


Sambungan hari kedua 27/5/2007

 Kat atas bot trip ke Tasik Dayang Bunting. .


Ni Keluarga kecilku semasa kitorang ke Langkawi.





Me and my wife dan dua anak..


Comey je adik ipar dan anak buah kat Tasik Dayang Bunting.


Oh cantiknya Pantai di langkawi nie kan.





Lepas balik dari Tasik Dayang Bunting kami dibawa untuk melihat 
Pulau apa saya tak ingat tapi kat sini banyak sangat burung helang
 yang terbang rendah. 


















Sunday, July 10, 2011

Trip Ke Langkawi 26-27 Mei 2007


Family Trip Langkawi : Day 1

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak update trip aku ke Langkawi bersama family isteriku. 

Seperti biasa sebelum travel aku akan estimated budget, cari aparment,
 buat tempahan kereta sewa, tiket feri dan tempat-tempat yang akan dilawati
. Percutian aku ke Langkawi adalah selama 3 Hari 2 Mlm . Aku bertolak ke
 Terminal Feri Kuala Kedah dengan menaiki kenderaan 3 kenderaan.
 dan kawasan tempat letak kereta yang selamat dan berpagar. Kadar 
bayaran yang dikenakan adalah RM10.00 sehari.

Pada hari pertama : 26/05/2007 - kami bertolak dari rumah dalam jam
 lebih kurang 7.00 pagi dan sampai di Terminal Feri Kuala Kedah 
dalam jam 8.30 pagi dan selepas urusan pembelian tiket selesai, 
aku membawa ahli keluarga untuk sarapan pagi di kedai makan 
yang berdekatan. Harga tiket feri LADA RM23.00 untuk DEWASA 
danRM17.00 untuk KANAK_KANAK dan masa bertolak terawal 
adalah jam 9.30 pagi dan masa perjalanan ke Jeti Kuah Langkawi 
mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. 


K sam. Aku mencadangkan jika sekiranya ingin mendapat sebarang info
 mengenai Langkawi, tempat menarik, kereta sewa dan hotel dengan 
harga berpatutan...sila layari website ni : http://www.langkawi-online.com. Jom layan gambar sekitar jeti K

Selepas 1 jam rehat dalam bilik  aparment dengan menunaikan kewajipan kepada
 yang maha ESA, pada jam 2.30 petang kami mula bertolak ke destinasi
 pertama iaitu ke Kereta Kabel Gunung Mat Cincang. Yerlah..masa yang
 ada perlu di uruskan dengan baik kan..baru semua tempat boleh 'cover' 
dalam masa yang singkat. Bagi aku kalau nak melancong ke Langkawi 
tak perlu lama-lama..3D2N just nice. Seperti biasa kalau sewa kereta 
kena isi minyak dahulu kerana minyak yang tersedia dalam tank 
tu nyawa-nyawa ikan. Kalau travel kat Langkawi tak perlu map bagai..
just follow jer signboard..memang tak akan sesat. Harga tiket yang dikenakan
 untuk menaiki kereta kabel adalah RM 15.00 bagi DEWASA 
dan RM 10.00 bagi KANAK-KANAK dengan syarat kena tunjuk
 MyKad di kaunter tiket.


Itu sahaja story aku untuk hari pertama...ada masa lagi..aku sambung untuk aktiviti hari ke -2..


Jumpa lagi..wasalam.

Tanda2 Ilmu Bermanfaat

TANDA-TANDA ILMU YANG BERMANFAAT

Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas


Ilmu yang bermanfaat dapat diketahui dengan melihat kepada pemilik ilmu tersebut. Di antara tanda-tandanya adalah:

[1]. Orang yang bermanfaat ilmunya tidak peduli terhadap keadaan dan kedudukan dirinya serta hati mereka membenci pujian dari manusia, tidak menganggap dirinya suci, dan tidak sombong terhadap orang lain dengan ilmu yang dimilikinya.

Imam al-Hasan al-Bashri (wafat th. 110 H) rahimahullaah mengatakan, “Orang yang faqih hanyalah orang yang zuhud terhadap dunia, sangat mengharapkan kehidupan akhirat, mengetahui agamanya, dan rajin dalam beribadah.” Dalam riwayat lain beliau berkata, “Ia tidak iri terhadap orang yang berada di atasnya, tidak sombong terhadap orang yang berada di bawahnya, dan tidak mengambil imbalan dari ilmu yang telah Allah Ta’ala ajarkan kepadanya.” [1]

[2]. Pemilik ilmu yang bermanfaat, apabila ilmunya bertambah, bertambah pula sikap tawadhu’, rasa takut, kehinaan, dan ketundukannya di hadapan Allah Ta’ala.

[3]. Ilmu yang bermanfaat mengajak pemiliknya lari dari dunia. Yang paling besar adalah kedudukan, ketenaran, dan pujian. Menjauhi hal itu dan bersungguh-sungguh dalam menjauhkannya, maka hal itu adalah tanda ilmu yang bermanfaat.

[4]. Pemilik ilmu ini tidak mengaku-ngaku memiliki ilmu dan tidak berbangga dengannya terhadap seorang pun. Ia tidak menisbatkan kebodohan kepada seorang pun, kecuali seseorang yang jelas-jelas menyalahi Sunnah dan Ahlus Sunnah. Ia marah kepadanya karena Allah Ta’ala semata, bukan karena pribadinya, tidak pula bermaksud meninggikan kedudukan dirinya sendiri di atas seorang pun. [2]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (wafat th. 728 H) rahimahullaah membagi ilmu yang bermanfaat ini -yang merupakan tiang dan asas dari hikmah- menjadi tiga bagian. Beliau rahimahullaah berkata, “Ilmu yang terpuji, yang ditunjukkan oleh Al-Kitab dan As-Sunnah adalah ilmu yang diwariskan dari para Nabi, sebagaimana disabdakan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

“Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan mereka tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham. Mereka hanyalah mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya, maka ia telah mengambil bagian yang banyak.” [3]

Ilmu Ini Ada Tiga Macam:

[1]. Ilmu tentang Allah, Nama-Nama, dan sifat-sifat-Nya serta hal-hal yang berkaitan dengannya. Contohnya adalah sebagaimana Allah menurunkan surat al-Ikhlaash, ayat Kursi, dan sebagainya.

[2]. Ilmu mengenai berita dari Allah tentang hal-hal yang telah terjadi dan akan terjadi di masa datang serta yang sedang terjadi. Contohnya adalah Allah menurunkan ayat-ayat tentang kisah, janji, ancaman, sifat Surga, sifat Neraka, dan sebagainya.

[3]. Ilmu mengenai perintah Allah yang berkaitan dengan hati dan perbuatan-perbuatan anggota tubuh, seperti beriman kepada Allah, ilmu pengetahuan tentang hati dan kondisinya, serta perkataan dan perbuatan anggota badan. Dan hal ini masuk di dalamnya ilmu tentang dasar-dasar keimanan dan tentang kaidah-kaidah Islam dan masuk di dalamnya ilmu yang membahas tentang perkataan dan perbuatan-perbuatan yang jelas, seperti ilmu-ilmu fiqih yang membahas tentang hukum amal perbuatan. Dan hal itu merupakan bagian dari ilmu agama. [4]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (wafat th. 728 H) rahimahullaah juga berkata, “Telah berkata Yahya bin ‘Ammar (wafat th. 422 H), ‘Ilmu itu ada lima:

(1). Ilmu yang merupakan kehidupan bagi agama, yaitu ilmu tauhid

(2). Ilmu yang merupakan santapan agama, yaitu ilmu tentang mempelajari makna-makna Al-Qur-an dan hadits

(3). Ilmu yang merupakan obat agama, yaitu ilmu fatwa. Apabila suatu musibah (malapetaka) datang kepada seorang hamba, ia membutuhkan orang yang mampu menyembuhkannya dari musibah itu, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu

(4). Ilmu yang merupakan penyakit agama, yaitu ilmu kalam dan bid’ah, dan

(5). Ilmu yang merupakan kebinasaan bagi agama, yaitu ilmu sihir dan yang sepertinya.’” [5]

Ciri2 Wanita Solehah

CIRI- CIRI WANITA SOLEHAH

1. Kecantikan Dalaman~

Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan~
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik~
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia~
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama~
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”

6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana~
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian~
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

10. Memahami lelaki~
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. Tidak terlampau cemburu~
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih~
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

16. Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. Seimbang~
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.

18. Berkeyakinan diri

19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.(Diulangi, body language ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran..:p)

Trip Ke Pulau Kapas 23-24/8/2008

Assalamualaikum semua..
Okeyh, kali ni baru dapat mencelah nk cerita ceriti pasal trip ke Pulau Kapas ritu..
Trip kali ni cuma aku 1 family kecil sahaja.
Bismillahhirrahmannirrahim.. Perjalanan pon bermula..


Day 1 - Sabtu

Dan kami sampai ke Marang dalam pukul 8.30 pagi..
Bersarapan dulu di tepi jalan sebelum naik bot..
Ok, kami sampai jeti terlalu awal..
Masih tak boleh Check Inn lagi..
Tup tap tup tap settlekan chalet kt opis jeti tu..
Tengahari jgk la kiteorang naik bot ke pulau..

Qaisara n fren yang masih berbaju tido..
Keterujaan nak main pasir.. 
Tak menyabar2 nak tunggu bot sampai..

Ok, gambo dalam bot tak sempat nak amik..
Dengan mengendong anak lagi..
Beg lagi..
Tak terpegang pon langsung camera..
Tapi feel betoi naik bot sbb ombak tak kuat..
Angin melempang2 pipi dengan manja sekali..
Nak libas2 rambut bajet diva tak bleh..
I pakai tudung hokeyh..
Kang apekejadahnyer pulak main libas2 tudung atas bot..
Buang tebit ke haper..
Dah la kawan2 suami i ade sekali..
Jgn smpai en suami kate "u drop my waterface baby!!!"..
"Balik kg u sekarang!!.."
Awwwwww...

Welcome to Makcik Gemuk Beach Resort

Permandangan dari luar chalet buat sejuk mate memandang..
Tapi dari dalam i tak amik pon gambo..
So-so hajer kekdahnyer..
Adehhh... mmg agak euuuwwww..
Rosak tumit kasut i hokeyh..
Hey.. hey..hey..hey.. 
Ko bayar pon sekeping dua je ade hati nk bilik mcm hotel 5 bintang?
Nak kapet2 merah bagai?
Ko sape????


Lepas dapat bilik memasing, kami makan tghari dulu..
Qaisara n the geng mmg dh menggelejat nk mandi n main pasir..
Start dari turun bot lagi..
Asik melalak nk main pasir jer..
Lepas makan, nah... main la korang sampai lebam..

Yang si kecit ni pon sama.. Ade hati nk buat istana pasir jugak..

Mase ni i berkire2 lagi nak mandi ke tak..
Badan masih penat sbb xtido krn setia menemani en suami drive malam tu..

Petang di Pulau Kapas...

Xtvt petang tu mandi sampai lebam melayan anak2 memasing..
Diorang layan bola tampar tepi laut..
Syiok je tgk..Sbb i kan tangan bangku..
Nak serve bola pon terkial2..
Tengok je la..
Sbb lepas marghib diorang dh start nk mencandat sotong..
Candat Sotong???
I jeless hokeyh.. 
I tak dapat pegi sbb harta yang 2 orang tu harussss dijaga baik2 di chalet sahaja..
Cantik je tgk laut malam tu..
Dah macam pesta lampu kelip2 je tgh laut tu..
Tgh musim die kan.. Of koz la meriah..
Okeyh, balik dgr cerita dri En. Suami hajer..
70% yang pergi mabuk dari yang tak mabuk..
Dan 70% tu jgk semuanya adalah lelaki..
Malu hokeyh... 
Ramai yang kalah awal..
Permintaan pulang awal sgt mencanak2 tinggi..
Tekong bot terpaksa akur dikala sotong2 tu tgh menari2 nk naik darat sama2..

Antara hasil tangkapan..

Day 2-Ahad

Pepagi lagi dah sarapan..
Lepas tu salin baju n gedebushhhhhhh...
Terjun laut lagi...
Mari hitamkan kulit lagi..
Pas mandi terus lapo..
Bilas2 badan n makan tengahari pulak..
Pastu memasing balik chalet n kite TIDO!!
Mari rehatkan badan..
Bangun tido tukar baju n gedebushhhhhhh dalam laut lagi...
Haaa..
Ko ader????
Tido ..Makan.. Mandi.. Tido.. Makan.. Mandi..
Sampai jadi kaler Ungu..
Lepas tu memasing dh bertukar kaler metalic..
Ngeriiiii i tengok..

Sebelah chalet kiteorang ade Camp Site..
Ntah ape name die ntah.. lupe..
Sesape nk tido pulau lagi xtreme leh arr tido dalam khemah kat sini..
Petang tu sempat la berkayak jugak..
Tu pon lepas buat muke seposen nak naik..
Anak2 tinggal kt kawan jap..

Rege pakej2 yang ade..

Ha tgk2... ni bukti die...
Kemain suke bapak2 ni...
Bini2 asik dok pgg anak je tepi pantai..
Ni percutian family ke percutian apak2 ni??
Musyikil..musyikil...

Snorkeling time...
Sbbkan air jernih, tak yah pakai google pon dh nampak ikan2 dlm tu..

Tu pulak yang kecik2 tu kaum bapak2 tgh memancing..
Bersemangat waja kate ko..
Padahal ikannyer ade la besar 3 jari dapat..
Tu pon ikan mcm cite Finding Nemo tu..
Lepas dah menjelajahi persisir lautan ptg tu balik chalet mandi2 n makan malam..
Menu makan malam ni special sikit sbb kiteorang makan sotong yang dicandat malam semalam..
Suh makcik cafe tu bako..
Tak sempat nak amik gambo sbb semuanya rakus kelaparan gaya tak makan seminggu..

Day 3 - Isnin

Hari ni last day dok ngadap laut kat sini..
So pagi2 dah tukar uniform utk berendam di jam2 terakhir..

Si Dugong lebam..

I celup2 kejap jer sbb nk memeking beg lagi..
Pastu siap cepat2 supaya tak kelam kabut..
Si adik tak berani nk celup die lelama..
Takut demam..

Haaaa.. kan dah tukar kaler...
Dah macam anak nepal dah...

Bersedia nak naik bot utk pulang..

Rasa enggak mahu pulang dengan ketenangan kt sini..

Ok, perjalanan kami tak berhenti kt situ..
Sebelum balik singgah di Pasar Payang dulu cari Ole2 dari Terengganu..

Haa.. ko tgk.. ko tgk.. 
Sape kate pompuan je suke shopping...

Harga batik yang mencanak2 naiknyer di kala cuti sekolah..

Keropok Lekor adalah wajib.. Singgah sini dulu..

Sumbat selagi bolehhhh..
Dengan beg bajunyer.. keropok kepingnyer..keropok lekornyer.. tong ikannyer.. pancingnyer..
Semput tgk kete tu...
Dah mcm minta tolong jer die..

Ok, kami tak meneruskan perjalanan bersama mereka pulang ke rumah masing-masing..
Sbb kami masih bercuti dan menyinggah ke rumah mertua dahulu..
Dah alang2 sampai terengganu, wajib balik kampung..
Ok, tamat cerite Pulau kapas...
Huh.. sesak napas nak abiskan... K babai..


Saturday, July 9, 2011

Video I Believe

I Believe


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum warahmatullah..

Saya ingin kongsikan sebuah lagu yang berjaya mencuri hati saya sejak beberapa hari ini =p. Rasanya tidak asing lagi lagu ini "I Believe" by Irfan Makki feat Maher Zain. Great song.. =). Selamat menghayati.. (^_~)



I Believe (LYRICS)

When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe


Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Video Directed by: Lena Khan

50 Tips Ransang Anak Bijak


50 Tips Ransangan Anak Bijak

Oleh: raffizmy@yahoo.com

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermenfaat!

Sumber: IdhamLim