Family Trip Langkawi : Day 1
Assalamualaikum...
Kali ini aku nak update trip aku ke Langkawi bersama family isteriku.
Seperti biasa sebelum travel aku akan estimated budget, cari aparment,
buat tempahan kereta sewa, tiket feri dan tempat-tempat yang akan dilawati
. Percutian aku ke Langkawi adalah selama 3 Hari 2 Mlm . Aku bertolak ke
Terminal Feri Kuala Kedah dengan menaiki kenderaan 3 kenderaan.
dan kawasan tempat letak kereta yang selamat dan berpagar. Kadar
bayaran yang dikenakan adalah RM10.00 sehari.
Pada hari pertama : 26/05/2007 - kami bertolak dari rumah dalam jam
lebih kurang 7.00 pagi dan sampai di Terminal Feri Kuala Kedah
dalam jam 8.30 pagi dan selepas urusan pembelian tiket selesai,
aku membawa ahli keluarga untuk sarapan pagi di kedai makan
yang berdekatan. Harga tiket feri LADA RM23.00 untuk DEWASA
danRM17.00 untuk KANAK_KANAK dan masa bertolak terawal
adalah jam 9.30 pagi dan masa perjalanan ke Jeti Kuah Langkawi
mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.
K sam. Aku mencadangkan jika sekiranya ingin mendapat sebarang info
mengenai Langkawi, tempat menarik, kereta sewa dan hotel dengan
harga berpatutan...sila layari website ni : http://www.langkawi-online.com. Jom layan gambar sekitar jeti K
Selepas 1 jam rehat dalam bilik aparment dengan menunaikan kewajipan kepada
yang maha ESA, pada jam 2.30 petang kami mula bertolak ke destinasi
pertama iaitu ke Kereta Kabel Gunung Mat Cincang. Yerlah..masa yang
ada perlu di uruskan dengan baik kan..baru semua tempat boleh 'cover'
dalam masa yang singkat. Bagi aku kalau nak melancong ke Langkawi
tak perlu lama-lama..3D2N just nice. Seperti biasa kalau sewa kereta
kena isi minyak dahulu kerana minyak yang tersedia dalam tank
tu nyawa-nyawa ikan. Kalau travel kat Langkawi tak perlu map bagai..
just follow jer signboard..memang tak akan sesat. Harga tiket yang dikenakan
untuk menaiki kereta kabel adalah RM 15.00 bagi DEWASA
dan RM 10.00 bagi KANAK-KANAK dengan syarat kena tunjuk
MyKad di kaunter tiket.
Itu sahaja story aku untuk hari pertama...ada masa lagi..aku sambung untuk aktiviti hari ke -2..
Jumpa lagi..wasalam.
No comments:
Post a Comment