Friday, July 8, 2011

Perempuan Suka Sains & Matematik


BERBANDING kepercayaan popular, kajian menunjukkan
perempuan juga meminati subjek sains dan matematik.


PEREMPUAN suka menulis dan membaca manakala lelaki suka matematik dan sains. Sekurang-kurangnya inilah persepsi stereotaip yang diberikan ramai. Tetapi, mengejutkan, satu tinjauan baru menunjukkan bahawa murid perempuan di sekolah sebenarnya menyukai subjek matematik dan sains lebih daripada seni bahasa.

Para pengkaji di Miami University di Ohio, Amerika Syarikat mengkaji hampir 2,000 kanak-kanak perempuan gred 4 dan gred 8 di sekolah-sekolah awam berhubung minat mereka dalam empat subjek pembelajaran iaitu sains, matematik, seni bahasa (membaca dan mengarang) serta kajian sosiol. Mereka diminta menskalakan keempat-empatnya pada kedudukan 1 (sangat tidak minat) sehingga 5 (sangat minat).

Kajian tersebut menunjukkan murid-murid perempuan gred 4 menunjukkan minat yang ketara terhadap mata pelajaran sains dan matematik. Purata mereka dalam menikmati sesebuah subjek ialah seperti berikut:

* 4.11 bagi sains
* 3.85 bagi matematik
* 3.50 bagi seni bahasa
* 3.49 bagi kajian sosiol

Bagaimanapun, kajian juga menunjukkan, semakin kanak-kanak perempuan itu membesar, mereka menjadi kurang berminat dengan sains dan matematik. Tahap minat jatuh kepada 3.29 seperti mana yang dicatatkan bagi murid perempuan gred 8.
Tetapi, subjek-subjek itu tidak bersendirian kerana murid-murid ini juga kelihatan kurang berminat pada semua subjek. Subjek kajian sosiol juga jatuh kepada 2.91 sahaja.

"Ia masih menunjukkan murid perempuan lebih menyukai subjek sains dan matematik lebih daripada subjek yang lain," kata seorang daripada kumpulan pengkaji, Jennifer Blue, seorang profesor fizik.

Bagaimanapun, saintis masih tidak tahu kenapa minat murid perempuan terhadap subjek sains dan matematik semakin berkurangan apabila usia mereka meningkat.

Namun, kajian itu mendapati, golongan perempuan masih menunjukkan minat dalam sains walaupun ketika berada di kolej. Sebagai contoh, terdapat lebih ramai perempuan yang mengambil major dalam jurusan botani, mikrobiologi dan zoologi berbanding lelaki di kolej.

No comments:

Post a Comment