Periksa kertas Pelajar sekolah biasa pun dapat 96% Paper 2, suruh anak sendiri buat kertas paper 1 add mat pun just dapat 21%. walaupun sekolah SBP — with Mahadzir Ibrahim and 2 others.
Wednesday, May 30, 2012
Penggunaan Kalkulator Dalam P & P Add Mat /Mat
Buku kecil sesuai untuk belajar tajuk tertentu dalam subjek add mat dan matematik menggunakan kalkulator saintifik..
Saturday, May 19, 2012
Cabaran Sebagai Guru Cemerlang
Pendidik Berwibawa Tingkatkan Mutu |
Antara tanggung jawab dan harapan disandarkan kepada pendidik berjawatan Guru Cemerlang adalah menerajui peningkatan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), melonjak kecemerlangan sekolah menerusi perkongsian pengalaman dan kemahiran serta membangunkan modal insan holistik di kalangan pelajar.
Justeru, tidak hairan Guru Cemerlang dikaitkan sebagai jawatan yang menagih pengorbanan, keikhlasan,
tanggungjawab dan komitmen tinggi hingga ada kalangan pendidik enggan memohon kerana tidak sanggup memikul amanah yang perlu dilaksanakan seiring pemilikan status itu. Namun bagi pendidik yang bersemangat memajukan diri dalam kerjaya, kewajipan sebagai Guru Cemerlang dilaksanakan sebaiknya lantas memberi kepuasan diri apatah lagi dengan insentif peluang menikmati kenaikan pangkat kepada gred tinggi secara pantas tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar kepada jawatan pentadbiran. Guru Cemerlang subjek Biologi di Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan, Mazinah Muda, berkata beliau berperanan sebagai Ketua Panitia Biologi dan dipertanggungjawab merancang kegiatan meningkatkan prestasi mata pelajaran itu mengikut sasaran sekolah. Katanya, antara inovasi P&P yang diperkenalkan adalah menghasilkan Modul Bio-Score bagi pelajar Tingkatan Empat dan Lima serta menjalankan kajian tindakan iaitu penyelidikan isu dalam dalam bilik darjah. “Walaupun berjaya meraih jawatan Guru Cemerlang, saya tetap menjalin hubungan baik sesama guru lain, membantu membuat perancangan P&P serta melaksanakan kegiatan panitia Biolog i bersama rakan,” katanya. Guru Cemerlang subjek Matematik Tambahan di sekolah sama, Zakiah Zaid, berkata modul P&P yang dihasilkannya bukan saja digunakan di SMS Tengku Muhammad Faris Petra, malah sekolah lain di negeri itu. “Saya bukan saja dijadikan pakar rujuk bagi mata pelajaran kepakaran saya iaitu Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat sekolah, malah oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya. Guru Cemerlang subjek Fizik, SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Abdul Wahid Basar, berkata beliau tidak teragak-agak memohon jawatan itu kerana percaya ia adalah peluang terbaik baginya meningkatkan tahap profesionalisme kerjaya sebagai pendidik. Katanya, antara kelebihan menyandang jawatan itu adalah pelajar dan ibu bapa lebih yakin dengan pengajarannya, menjadi pakar rujuk kepada guru lain terutama yang baru serta memperoleh gaji dan elaun lebih tinggi. “Saya melaksanakan pendekatan pengajaran mudah difahami pelajar termasuk menggubah nota fizik dalam bentuk lagu supaya mudah dihafal pelajar serta menghasilkan bahan P&P menggunakan bahan buangan dan permainan,” katanya. Sementara itu Guru Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur, Pekan, Pahang, Zolkifli Mahmood, berkata sebaik meraih jawatan itu pada 2004, beliau secara automatik menikmati kenaikan pangkat dari gred DG 41 kepada DG 48 yang mengambil tempoh empat tahun lagi perkhidmatan jika terus berkhidmat sebagai guru biasa. Beliau berpendapat, cabaran menjawat Guru Cemerlang perlu disambut baik guru sebagai peluang terbaik membangunkan modal insan di kalangan pelajar menerusi tugas seperti ketua panitia, menganggotai jawatan kuasa kurikulum serta jawatan kuasa perancangan strategik sekolah. “Persepsi negatif bahawa tugas Guru Cemerlang membebankan perlu dielakkan, sebaliknya guru berjawatan ini perlu menganggapnya sebagai kewajipan dan peluang menimba ilmu serta kemahiran bagi meningkatkan profesionalisme dan potensi diri,” katanya. Berita Harian Online: 20 Oktober 2008 |
Laman Matematik Menarik Cadangan GC
Berikut adalah beberapa buah laman web Matematik yang menarik yang telah dipilih oleh Puan Khor Gut Hun, Guru Cemerlang Matematik dari SMK Saint Thomas:
http://www.mathplayground.com/
http://www.mathwire.com/
http://mathforum.org/library/drmath/sets/select/
http://www.dynamicgeometry.com/
http://www.arcademicskillbuilders.com/wiilist.htm
http://www.mathmotivation.com/videos.html
www.NSDL.org/
http://www.mathplayground.com/
http://www.mathwire.com/
http://mathforum.org/library/drmath/sets/select/
http://www.dynamicgeometry.com/
http://www.arcademicskillbuilders.com/wiilist.htm
http://www.mathmotivation.com/videos.html
www.NSDL.org/
Fokus untuk bukan setakat lulus
Fokus Components dan Topics Add Math
Topic
|
Berdasar
tahun 2011 lepas
|
|
P1
|
P2
|
|
Function
|
9
|
-
|
Quadratic
Equation
|
3
|
-
|
Quadratic Function
|
6
|
-
|
Simultaneous
Equation
|
-
|
5
|
Indices
& Logarithm
|
7
|
6
|
Progressions
|
9
|
7
|
Linear Law
|
4
|
10
|
Index
Number
|
-
|
10
|
Linear
Programming
|
-
|
10
|
TOTAL
|
38
|
48
|
47
|
Mengenal Aras Soalan
1.Aras Pengetahuan- jawapan ada dalam soalan
2. Kefahaman- tak nampak tapi perlu buat pengiraan sikit
3.Kemahiran- menggunakan formula dalam topik itu sahaja
4. Penyelesaian masalah- perlu menggunakan formula dari topik lain.
2. Kefahaman- tak nampak tapi perlu buat pengiraan sikit
3.Kemahiran- menggunakan formula dalam topik itu sahaja
4. Penyelesaian masalah- perlu menggunakan formula dari topik lain.
Profil Panitia Matematik Tambahan
HC1-TOV, OTI, ETR
HC2- Senarai nama pelajar ikut kelompok
HC4- borang ETR
HC5- Penentuan GPS bagi ETR semasa
HC6- Target murid cemerlang
banyaknya kerja ketua panitia rupanya...
HC2- Senarai nama pelajar ikut kelompok
HC4- borang ETR
HC5- Penentuan GPS bagi ETR semasa
HC6- Target murid cemerlang
banyaknya kerja ketua panitia rupanya...
Friday, May 18, 2012
Penggunaan GSP dalam Subjek
Pertandingan Geometer's Sketchpad 2012
Sempena EMaS Fest 2012
" Chemistry Drives Sustainability"
Anjuran bersama : Panitia Matematik SMK St Thomas, PPD Kuantan dan BASF PETRONAS Chemicals
Tarikh : 28 April 2012
Pemenang-pemenang :
1. Tei Yuan Keat (SMK Sultan Abu Bakar)
2. Ko Zhi Yi (SMK St Thomas)
3.Chang Kah Jiun (SMK Tengku Afzan)
Saguhati:
1. Denieall Joenethen ( SMK St Thomas)
2. Mohd Ner Hanif Bin Muner (SBP Integrasi Kuantan)
3.Mohd Raief Nifaiel (SMK Sungai Soi)
4.Muhammad Nur Haziq Bin Nor Azman (SBP Integrasi Kuantan)
5.Kua Xian Tong (SMK Teluk Chempedak)
6.Muhammad Faiz ( SMK Mat Kilau)
7.Wan Mohd Akmal Bin Wan Mohd Jafri (SMK Bukit Rangin)
| |
|
Subscribe to:
Posts (Atom)