Wednesday, May 2, 2012


Penanda Aras Markah Dalam SPM?



Markah Gred SPM Pemarkahan Sistem Pendidikan Malaysia. Adakah Ini Penanda Aras Markah Dalam SPM?
Jikalau di peringkat universiti contohnya, biasanya ada kalangan pensyarah mereka mempunyai sasaran mereka yang tersendiri. Contohnya ada satu subjek ini mereka mensasarkan seramai 5 orang pelajar dapat A, tetapi akhirnya yang dapat A hanya seorang sahaja yang mencapai markah 80markah (80-100 A). Jadi apa penyelesaiannya?  
Jadi untuk mencapai KPI, mereka akan turunkan gred markah A. Itu di universiti. Bagaimana mana pula di situasi sebenar peringkat persekolahan. Dalam laporan kali ini, ia menyentuh soal penilaian bagi keputusan SPM yang ada sekarang ini. Biasanya setiap tahun, peratusan markah akan disemak semula.
Setiap tahun, penanda aras markah A adalah berubah-ubah mengikut kehebatan calon-calon dan corak soalan yang disediakan pada tahun tersebut.
  • Markah ini mengikut graf
  • Jikalau soalan peperiksaan tahun tersebut sukar, dan calon tidak dapat menjawabnya dengan baik, maka graf akan menjadi rendah
  • Jadi, semuanya akan mengikut kesesuaiannya
Biasanya, sistem markah di peringkat kebangsaan adalah berdasarkan statistik. Sistem Cambridge pun menggunapakai untuk IGCSE dan A-Level. Mereka perlu selaraskan taburan gred untuk setiap tahun. Ini disebabkan setiap tahun tahap soalan ada sedikit perbezaannya.
  1. mungkin tahun A, soalannya terlampau susah, maka tak ramai yang mampu mendapat markah yang tinggi
  2. mungkin juga pada tahun B soalan menjadi lebih senang, jadi sistem “normal distribution” perlu dilaksanakan
  3. inilah yang dikatakan adil kepada semua pelajar setiap tahun mengikut sistem yang digunapakai kerajaan selama ini
Walaupun isi pembelajaran tetap sama, tetapi biasanya pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu meneliti kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) :
  1. Persoalan, berapa banyak soalan KBKK?
  2. Persoalan, disebalik berapa banyak soalan H.O.T yang keluar setiap tahun dan berada pada aras berapa?
  3. Dan satu lagi, yang menggubal soalan bukan orang yang sama setiap tahun
  4. Itu itu antara kriteria yang telah diambil kira
  5. Sebab itulah wujud taburan normal setiap tahun.
  6. Bukan setakat Malaysia sahaja yang menggunapakai sistem ini, termasuklah UK juga menggunapakai sistem yang sebegini rupa
Pemarkahan sistem pendidikan Malaysia juga dibuat berdasarkan sistem loceng. Jika mana-mana daripada anda yang belajar subjek Matematik Tambahan sebelum ini, memang akan belajar bab ini.
Sistem loceng begini mekanismenya :
  • Katakan ada seratus orang, 20 orang akan dapat keputusan cemerlang, 60 orang akan dapat markah yang serdahana/pertengahan manakala 20 orang lagi akan dapat keputusan paling rendah
  • Jadi, apa yang berlaku? Kalau dalam 20 orang tertinggi itu markah tertingginya adalah sekitar 60++ maka 60++markah adalah A/A+
  • Kalau 20 teratas itu mendapat lingkungan markah 90++markah, maka A/A+ akan menjadi >90 markah dan begitulah seterusnya
Ingat, ini namanya sistem loceng. Sebab itulah negara luar tidak mengiktiraf sistem pendidikan di Malaysia, berbanding Australia atau negara maju lain. Hakikatnya, sistem pendidikan kita masih ketinggalan 10-15 tahun kebelakang.
Jadi, untuk keputusan SPM/PMR yang dekat dengan tarikh pilihanraya, suka atau tidak memang ada “memberikan sedikit pengaruh” dan calon pada yang bakal menerima keputusan pada tahun tersebut akan sedikit bernasib baik. Faktor “tuah” pada tempoh tersebut memang tidak boleh dipertikaikan.
Kami sentiasa menantikan satu sistem pendidikan di mana, pada pendapat kami tidak perlu terlalu berteraskan kepada peperiksaan semata. Kecuali untuk subjek-subjek tertentu. Mungkin boleh dilaksanakan peperiksaan secara menyeluruh apabila pelajar tersebut ingin memasuki universiti sahaja? Mungkin? Itu pun subjek bergantung kepada kursus pilihan di universiti.
“self education, learn by practicing”
Oleh itu :
  • Guru atau ibu bapa boleh ajar anak apa sahaja mengikut kecenderungan pelajar dan anak-anak
  • Belajar ini terlalu luas maksudnya. Pembelajaran ketika melawat muzium dianggap seperti di dalam kelas
  • Seorang bapa membawa anaknya pergi ke tempat kerja (firma kejuruteraan misalnya) sudah boleh dikirakan sebagai sebagai salah satu corak pendidikan dan pembelajaran yang sama tahapnya seperti yang diajar di sekolah
  • Mengikut ayah pergi kebun kelapa sawit juga salah satu juga daripada corak pendidikan
  • Sekadar cadangan daripada kami
P/S : Persoalan ini berbangkit apabila ada dakwaan mengatakan paparan dia atas merupakan sistem pemarkahan untuk penilaian SPM sebelum ini? Benarkah? Respon guru-guru di sini?

No comments:

Post a Comment