Friday, March 29, 2013

CITREX Pamer Penyelidikan UMP


  


Kuantan, 28 Mac - Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempamerkan sebanyak 179 projek penyelidikan yang dihasilkan pelajar dan pensyarah UMP dalam  memupuk kreativiti dan inovasi serta membudayakan penyelidikan yang mampu menyumbang kepada teknologi masa depan negara.
Pertandingan penyelidikan sempena Pameran Kreativiti, Inovasi, Teknologi & Penyelidikan (CITREX 2013) ini anjuran anjuran Jabatan Penyelidikan & Inovasi dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (Saffad) yang berlangsung selama tiga hari di di Kompleks Sukan UMP hari ini.
Seramai 87 pelajar dan 92 orang staf akademik mewakili lapan fakulti di UMP  menampilkan hasil penyelidikan UMP yang dinilai berdasarkan di samping memberi suntikan dalam membudayakan kajian dan menghasilkan penyelidikan.
Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, program ini merupakan platform terbaik dalam menilai kreativiti penyelidik dan keupayaan mahasiswa UMP untuk terus menyumbang terhadap pembangunan teknologi negara.
"Peningkatan dalam bilangan penyertaan tahun ini daripada 130 kepada 179 projek menyediakan telah membuktikan bahawa penyelidik UMP mempunyai semangat dan komitmen untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan penyelidikan yang berinovasi bukan hanya untuk kepentingan universiti, tetapi juga untuk negara.
"Program ini juga berjaya menyahut seruan kerajaan bertepatan dengan pengistiharan tahun 2013 sebagai Tahun Sains dan Inovasi," katanya semasa menyampaikan ucapan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah  CITREX 2013 yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato Dr Rosli Mohd. Yunus.
  
Katanya, kemampuan penyelidik menghasilkan penemuan baru dan teknologi berteraskan pengetahuan dan penyelidikan ini akan bakal melonjakkan nama UMP ke peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau mengharapkan UMP akan menjadi salah satu nama besar dalam  bidang penyelidikan pada suatu hari nanti.
Pengerusi CITREX, Profesor Madya Dr. Zularisam Abd. Wahid berkata, penyelidikan pelajar dan  staf akademik mewakili lapan fakulti di UMP menampilkan hasil penyelidikan UMP yang dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam memberi suntikan di kalangan warga universiti untuk menjalankan penyelidikan.
"Daripada jumlah yang dipertandingkan sebanyak 32 produk berjaya dianugerahkan  pingat emas, 67 projek dianugerahkan pingat perak dan 65 projek lagi menerima pingat gangsa," katanya.
 Majlis menyaksikan Profesor Madya Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) dinobatkan penerima Anugerah Best Of The Best bagi kategori staf.  Projek penyelidikan beliau bertajuk `Xymas' ini menghasilkan iaitu produk pemanis `Xylitol' daripada serbuk kayu dengan menggunakan kaedah asid hidrolisis dan tindakbalas enzim. Produk yang menang pingat emas ini biasanya digunakan bagi mengelakkan karies dan mencegah kerosakan gigi.

 
Bagi pemenang Best Of The Best Award kategori pelajar dimenangi pelajar kelainan upaya, Siti Hawa Apandi dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP) dengan tajuk `Smart Attendence' yang turut memenangi pingat emas. Beliau yang mengidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) iaitu sejenis penyakit yang melemahkan urat sarafnya sejak kecil diiringi ibunya, Zaidah Tamjis. Siti Hawa berjaya mencipta perisian bagi menyelesaikan masalah dalam membantu pihak sekolah memantau  kehadiran pelajar di kelas dengan lebih berkesan.
Sementara itu Anugerah Khas (Teknologi Hijau) sumbangan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) dimenangi Mohd. Najib Razali dari FKKSA dengan tajuk projek `Innovative Green Technology Waste Emulsion Treatment System` yang turut memenangi pingat emas. Penyelidikannya mampu menyelesaikan masalah alam sekitar hasil daripada sisa industri dengan kos yang rendah.
Sebanyak  32 pingat emas iaitu 10 daripadanya adalah penyelidikan pelajar dan kemenangan  merupakan daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (12), Fakulti Sains dan Teknologi Industi (8), Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (5),  Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (2),  Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (2), Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (1), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (1) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (1).
Lebih 500 warga universiti dan pelajar UMP serta IPT sekitar Kuantan hadir menyaksikan pameran termasuklah dari Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Kolej Komuniti Kuantan dan Kolej Matrikulasi Pahang.
  

Disediakan Oleh Unit Perhubungan Awam & Media Bahagian Komunikasi Korporat PNC


Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 29-03-2013, 16:12:20

No comments:

Post a Comment