Thursday, March 7, 2013


MENGAPA SAYA GAGAL ADD MATH

ASAS MATEMATIK YANG LEMAH

Kebanyakan pelajar yang mendapat keputusan matematik yang lemah atau
 mendapat A sekalipun Matematik semasa peperiksaan PMR (atas dasar nasib)
 akan menghadapi masalah dalam subjek ini. Matematik Tambahan itu sendiri
 membawa maksud kepada tambahan ilmu matematik yang sedia ada.
.sekiranya perkara asas seperti teknik mencari “unknown” dalam algebraic
..teknik tambah tolak pecahan ….pemfaktoran ..nombor bercampur.
.mencari kecerunan..dan banyak lagi konsep asas ..tidak dikuasai
 dengan baik…guru akan menghadapi masalah untuk mengajar semula 
konsep asas ini setiap kali proses pengiraan..sedangkan silibus yang
 harus diselesaikan oleh guru sangat banyak dalam subjek ini..

TIDAK BIASA DENGAN RUMUS

Seperti diketahui…pelajar dibekalkan dengan rumus atau formula dalam peperiksaan
…tetapi malangnya..pelajar kerap tersilap memilih formula atau rumus 
yang sesuai..sehingga kini saya sendiri menghadapi masalah pelajar yang sering
 tersilap menggunakan formula Arithmetic Progression untuk Geometric Progression
…dalam masa yang sama pelajar perlu ingat..ada sesetengah formula
 mudah tidak dibekalkan semasa peperiksaan..jadi pelajar seharusnya
 peka formula mana yang biasa digunakan tetapi tidak diberikan semasa 
peperiksaan. Sekiranya pelajar sudah biasa melihat formula-formula yang
 diberikan semasa peperiksaan ..pelajar tidak akan panic sekiranya mendapat
 soalan yang formulanya tiada kerana sudah sedia maklum tentangnya lebih awal.

SALAH TEKAN KALKULATOR

Bunyinya macam lucu..tetapi itulah yang sering berlaku…maklumat dimasukkan
 salah dalam kalkulator..tanda kurungan tidak digunakan dengan betul
..nilai jawapan yang diperolehi tidak diambil dengan tepat…belajar menggunakan
 kalkulator anda dengan betul..ketahui fungsi setiap butang pada kalkulator anda
…kemudahan yang diberikan semasa peperiksaan..tidak digunakan dengan baik
…adalah sangat rugi…

MENJAWAB SOALAN DENGAN TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH

Sekiranya anda seorang guru dan mendapat kertas jawapan yang bersih
 dan kosong…apakah perasaan anda…kecewa bukan? Anda berusaha mengajar
 bersungguh-sungguh di kelas..tetapi pelajar mengembalikan kertas kosong 
pada anda semasa peperiksaan ..sangatlah mengecewakan..kebanyakan pelajar
 tidak berusaha langsung untuk cuba menjawab…untuk kertas 1 ..soalan yang 
bernilai 2 markah biasanya soalan aras rendah yang sepatutnya boleh dijawab 
oleh pelajar walaupun pelajar itu bukan dari kategori pelajar bijak..tetapi pelajar  
langsung tidak berusaha memahamkan soalan. Saya berpengalaman dengan seorang
 pelajar yang sangat lemah asas matematiknya…tetapi sangat rajin berusaha…
 dia membuat latih tubi untuk soalan yang sama berkali-kali..mengumpul
 semua tajuk yang dia rasa dia boleh buat…dan datang bertanya
 berkali-kali tanpa jemu..akhirnya pelajar tersebut lulus dengan kredit agak baik 
untuk membolehkan dia memasuki ke pusat pengajian tinggi.
Satu lagi sikap yang perlu diubah semasa menjawab soalan ialah menjawab 
sambil lewa sahaja..tidak menyusun atur soalan dengan kemas..buat graf
 tak guna pembaris..tulisan yang tidak kemas…sehingga menyusah pemeriksa 
untuk memeriksa kertas anda. Saya mewajibkan pelajar saya menjawab soalan 
kertas dua menggunakan sekurang-kurangnya 6 helai kertas jawapan (12 muka surat) 
kerana pelajar perlu menjawab 12 soalan untuk kertas 2…satu soalan satu muka surat
…mulakan muka surat yang baru untuk soalan baru…tuliskan nombor soalan dengan jelas…
sekiranya anda berbuat demikian mudah untuk anda menyusun kertas jawapan anda. 

TIDAK FOKUS TIDAK MINAT

Sekiranya anda telah menetapkan Add Math sebagai subjek pilihan anda .
.berilah focus dan rasa tanggungjawab terhadap subjek tersebut..sekiranya
 anda tidak berminat sedari awal..anda boleh memikirkan semula untuk membuat
 pilihan subjek yang lain..anda tidak boleh bersikap mencuba separuh jalan…
berilah focus yang sepenuhnya ketika di kelas..buat latihan sebanyak mungkin.
.sekurang-kurangnya 10 soalan mudah sehari..dan 2 soalan aras sederhana
. Latihan akan meyakinkan kan anda…tunjukkan kesungguhan yang jitu
…bawa semua peralatan semasa belajar..kalkulator..pembaris..pen ..pensel
..benda yang mudah tetapi sering diabaikan…kelengkapan belajar matematik 
yang cukup..lebih menyelesakan anda belajar…SEMOGA BERJAYA


No comments:

Post a Comment