Cita-Cita dan Hakikat
Seorang manusia yang normal, cita-cita dan minat memang suatu yang telah ditanamkan dalam diri. Cita-cita setiap manusia pelbagai. Cita-cita memang suatu perkara yang diidamkan merupakan suatu yang indah dan membahagiakan. Ada sesetengah orang bercita-cita untuk menjadi petani yang berjaya walaupun bidang itu sudah ditinggalkan. Itulah dikatakan cita-cita manusia ni pelbagai dan bermula dengan minat.
Minat yang mendalam terhadap sesuatu memungkinkan kita untuk mencapai cita-cita yang diinginkan tetapi adakah semua cita-cita itu berjaya tercapai? Bukankah semuanya sudah ditentukan Allah? Itulah hakikat yang perlu kita terima. Semua cita-cita kita itu tidak akan tercapai tanpa izin Allah. Kita boleh menanamkan cita-cita yang diidamkan dan berazam untuk bersungguh-sungguh memperolehnya tetapi yang menentukannya ialah Allah. Hakikat yang harus diterima iaitu cita-cita yang diidamkan tidak semestinya kita miliki. Jadi hendaklah kita terima dengan hati yang redha.
Aku tak nak cerita mengenai halo rang lain. Apa yang aku ingin ceritakan ialah mengenai pengalamanku. Aku macam orang biasa yang mempunyai cita-cita. Pada mulanya aku bercita-cita ingin menjadi akauntan atau pakar ekonomi. Minat yang mendalam terhadap nombor membuatkan aku berkobar-kobar dalam bidang ekonomi dan matematik. Aku gemar dengan nombor dan sememangnya aku mahir dalam bidang itu. Aku cuba yang terbaik dan sememangnya aku boleh capainya. Kalau dulu cikgu selalu tanya cita-cita yang diidamkan. Aku dengan bangga menjawab ingin menjadi ‘pakar ekonomi’. Sememangnya aku di sekolah dulu memang top.
Apakah aku berjaya mencapai cita-cita aku yang diidamkan dulu? Tanpa aku sedari semuanya hancur sekarang. Pengalaman mengajarku erti kehidupan. Beringatlah sebelum merana tapi ini semua ketentuan Allah. Allah mengetahui mana yang terbaik untuk hambanya. Disebabkan sikap aku yang lagha dan merugikan dulu menyebabkan aku kecundang. Aku terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat sehingga aku dibenci oleh guru aku sendiri. Apa yang aku buat ni bukanlah benda yang salah di sisi Islam dan haram. Aku Cuma suka ponteng kelas dulu. Disebabkan aku tidak suka denga cikgu ‘add math’ aku dulu menyebabkan aku ponteng kelasnya. Keputusannya tahu-tahu sendirilah ye….
Bukan ‘add math’ saja kecundang tetapi subjek yang lain disebabkan perbuatan aku sendiri yang semakin malas dan terikut kawan dulu. Apa yang aku cerita ni sebagai pengajaran. Pengalaman mengajarku erti kehidupan. Ni semua berlaku masa aku tingkatan lima. Semasa tingkatan tiga dan empat aku ni memang seorang yang rajin dan berkelakuan elok. Aku menjadi tempat rujukan pelajar lain untuk belajar. Pernah aku mendapat markah metematik 98% semasa tingkatan empat dan aku ‘maintain’ mendapat A dalam subjek akaun. Semuanya berubah apabila aku berpindah sekolah dan menerima kejutan budaya. Aku terikut kawanku sehingga aku mensia-siakan masa depan aku sendiri.
Kesannya aku ketinggalan. Aku tidak dapat melanjutkan dalam bidang aku minat dulu. Aku mula memikirkan masa depanku setelah mendapat pengalaman yang buruk dalam hidupku. Aku masih menanamkan cita-cita aku yang dulu. Aku memasuki tingkatan enam yang menawarkan aku dalam bidang itu. Kejayaan demi kejayaan aku ciptakan di sekolah itu. Aku berjaya buktikan yang aku ni boleh. Aku ingin menjadi pakar ekonomi. Di sekolah aku selalu mendapat gred A dalam subjek ekonomi. Aku dinobatkan sebagai pelajar terbaik. Aku berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan kuiz dengan johan peringkat negeri dan naib johan peringkat kebangsaan. Semangat aku kian berkobar-kobar.
Hampa jugalah sebab impian yang aku tanam sejak dulu terhenti. Kini aku melanjutkan pelajaran sebagai bakal pendidik dan bukannya dalam bidang aku. Aku mendapat tawaran dalam pendidikan Bahasa Melayu. Aku terima dengan redha sebab bagiku semuanya ini ada hikmah yang tersembunyi dan hanya Allah yang mengetahui. Inilah hakikat yang aku herus terima dan redha. Disebabkan minat aku dalam ekonomi, aku mengambil bidang minor aku dalam bidang ekonomi. Walaupun tidak sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya aku minat. Aku redha dengan ketentuan Illahi. Aku sekarang merupakan pendidik masa hadapan. Akan aku berjuanglah sebagai pendidik. Kini, aku dah mula minat dalam bidangku. Syukur tidak terhingga…Allah maha mengetahui..
No comments:
Post a Comment