Saturday, November 23, 2013


Soalan Matematik SPM Bocor, Ini Dalangnya

Semalam kecoh apabila dikatakan Soalan Matematik Moden dan Matematik Tambahan SPM tahun ini dikatakan bocor. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kemudiannya tampil membuat laporan polis, setelah mengemukakan aduan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dah tentu dakwaan ini merupakan satu dakwaan serius, kerana melibatkan krediliti guru tersebut dan juga nasib pelajar-pelajar lain. Sumber


"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Peperiksaan diadakan pada 18 November, namun bukti kesalahan tersebut hanya diperolehi pada 21 November melalui kiriman gambar menggunakan aplikasi Whatsapp.

Mohd Husaini berkata bukti kebocoran soalan hanya diperoleh pada 21 November apabila seorang pelajar menghantar gambar Kertas 2 Matematik Tambahan berserta jawapan, yang didakwa soalan bocor, melalui aplikasi 'WhatsApp'.

Rentetan daripada pendedahan itu juga, hari ini timbul berita yang lebih jelas dan lebih panas. Semuanya berpunca daripada kegiatan seorang guru yang juga tenaga pengajar di pusat tuisyen yang telah disyaki bertanggungjawab atas kebocoran soalan tersebut. Malah, lebih dahsyat, soalan tersebut telah dibocorkan dalam beberapa siri khas seminar yang diadakan, dan kegiatan tersebut juga sebenarnya telah berlaku sejak dari tahun 2007 tanpa sebarang tindakan sehingga kini!Sumber

Seorang guru yang juga tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di ibu kota didakwa bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013.

Soalan-soalan berkenaan didakwa ‘dibocorkan’ melalui beberapa siri seminar khas yang dijalankan di sebuah masjid, menjelang hari-hari akhir tarikh peperiksaan berlangsung.
 
Malah aktiviti berkenaan dikatakan berlaku sejak 2007 lagi dan telah ada laporan yang dibuat namun tiada sebarang tindakan ke atas individu berkenaan sehingga kini.
“Soalan dan susunannya sama bagi Matematik kertas II tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan,” katanya.

Hari ini, menjawab kepada isu tersebut, pihak KPM juga telah  mengambil langkah pantas dengan mewujudkan jawatankuasa khas bagi menyiasat aduan tersebut. Kita tunggu hasil siasatan tersebut yer. Sumber

Jika diteliti kepada isu ini, banyak respon yang berbeza kita boleh dapat dan boleh pertikaikan. Ada yang mengatakan bahawa kebanyakan soalan Matematik dan Matematik Tambahan adalah hampir serupa. Jadi tak perlu nak dipersoalkan. Dah tu, kalau sebijik-sebijik sama, nilai pun sama, acaner?


Tak kurang juga ada yang mengatakan itu adalah nasib bagi pelajar tersebut kerana soalan yang dibina oleh guru tersebut telah menjadi pilihan Lembaga Peperiksaan untuk dikeluarkan sebagai soalan peperiksaan SPM. Tapi, sangat kebetulan juga jika difikirkan ianya adalah daripada guru yang sama sejak 2007! 

Saya sendiri merasakan ini adalah tidak adil. Anak murid saya (dan lain-lain) terpaksa bersusah payah belajar dan bertungkus lumus mengulangkaji di rumah. Sedangkan ada sebilangan kecil pelajar yang mendapat soalan bocor, hanya perlu menghafal dan tersenyum gembira sebaik keluar dewan dengan keyakinan 100% akan mendapat A+! 

Perkara seperti ini patut disiasat dan dipastikan kebenarannya. Malah tindakan tegas dan  berat patut diberikan kepada guru tersebut jika didapati bersalah kerana telah 'mengkhianati' kepercayaan seluruh rakyat Malaysia yang inginkan peperiksaan yang adil. Lagi-lagi jika aktiviti bocor soalan nih bersangkut paut dengan tindakan untuk melariskan seminarnya, maka saya percaya, hukuman berat untuknya adalah layak dan semoga menjadi pengajaran kepada yang lain juga.


p/s: Saya harap tak ada yang terkeliru dengan istilah "Soalan Bocor" dan "Soalan Ramalan / Spot / atau yang sewaktu dengannya".

Sumber:http://www.cikguhailmi.com/2013/11/soalan-matematik-spm-bocor-ini-dalangnya.html

No comments:

Post a Comment