Wednesday, January 6, 2016

Ciri-ciri Soalan Item Kbat

Ciri-Ciri Soalan Item KBAT
Penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau juga dikenali sebagai HOTS melihatkan pembinaan soalan dan item-item yang bercirikan KBAT. Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita tengok dulu apa ciri-ciri yang perlu ada dalam soalan berbentuk KBAT.


Ciri-Ciri Soalan Item HOTS KBAT


01. Skop Yang Luas
Item-item KBAT adalah menggunakan skop yang jauh lebih luas daripada pemahaman daripada buku teks. Pengetahuan asas adalah sebagai satu keperluan bagi membolehkan KBAT dipraktikkan dalam cara pembelajaran.


02. Fakta
Fakta kini tidak lagi bersifat spesifik sahaja, malah perlu merentasi masa


03. Bermakna
Soalan KBAT adalah bersifat boleh ditaksir dan juga mempunyai tahap penyoalan yang mencabar pemikiran pelajar


04. Stimulus
Stimulus yang diberikan pada setiap soalan merupakan stimulus pada situasi yang baharu. Dan ini juga bermakna ianya adalah situasi yang bukan lazim bagi murid. 


05. Respon Murid
Respon murid (jawapan) dapat memperlihatkan kepelbagaian dan tidak terhad dengan hanya satu jawapan tertentu. Maka jawapan pelajar adalah mungkin boleh lebih daripada satu jawapan.


sumber:http://www.cikguhailmi.com/2015/05/teknik-penyoalan-kbat.html?m=1

2 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu.. Bagaimana saya boleh contact cikgu ya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu.. Bagaimana saya boleh contact cikgu ya?

    ReplyDelete