Ketika Saidina Ali berhijrah ke Basrah,
Terlihat olehnya manusia mengadap seorang pemuda,
Tampan dan segak nampaknya si dia.
Oh...sang doktor rupanya,
Hebat mengesan penyakit zahir,
Derita batin berkeupayaan dia.
Dirapatinyalah si doktor muda,
Lalu terjadilah dialog di antara mereka.
Assalamualaikum tuan doktor,
Salam dijawab penuh mesra,
Boleh tuan tunjukkan ubat penyakit dosa?
Pertanyaan ditanya beberapa kali.
Sang doktor akhirnya berkata,
Jika ingin mengubat dosa,
Tinggallah di kebun iman,
Ambillah akar-akar niat dan bijirin penyesalan,
Petiklah daun membaiki diri dan azam,
Taburlah bijirin warak,
Semailah buah feqah,
Dahan-dahannya adalah yakin,
Saripatinya adalah ikhlas,
Dan kulitnya adalah ijtihad.
Ambillah akar-akar tawakkal,
Sempurnakannya dengan iktibar,
Minumannya air taubat,
Dan ubatnya tawadhuk.
Ubat diambil dengan hati yang hadir,
waspada dan faham,
Peganglah taufik,
basahlah selalu dengan airmata,
Nyalakan api-api rindu sehingga kedapatan buih-buih hikmat.
Setelah masak,
tuangkanlah ke dulang redha,
Kipaslah dengan kipasan istighfar,
Lalu kau akan dapati minuman yang sangat jernih,
asli dan sedap rasanya.
Minumlah air itu di tempat yang sunyi tanpa manusia,
Hanya Allah Taala semata-mata,
Itulah dia pengubat dosa yang mustajab.
Selesai memberi ubat maka terdengarlah,
Madah-madah dari doktor tentang Yang Maha Esa,
Tiba-tiba terdengar teriakan dari doktor budiman,
Jatuh ia rebah lalu kaku.
Sesungguhnya engkau ini doktor dunia dan akhirat,
Itulah ungkapan Saidina Ali kepadanya,
Lalu jasad doktor disemadikan dengan aman.
Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Tahun 1430H / 2010 M |
Ditulis oleh Administrator |
Isnin, 22 Mac 2010 01:59 |
Jabatan Agama Islam telah meganjurkan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur pada 18 Mac 2010. Majlis ini berlansung di Dewan Utama, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan. Berikut adalah Keputusan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Tahun 1430H / 2010 M a) Kategori 10 Juzuk (Lelaki) 1. Ibrahim bin Hamdan ( Maahad Tahfiz Negeri Pahang Jln Tg. Lumpur ) 2. Faris Fazrin bin Zainal Abidin ( Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan ) 3. Muhammad Hilmy bin Muhammad Khalil ( Sek Islam Al Irsyad ) b) Kategori 10 Juzuk (Perempuan) 1. Nurul Fakhriah bt Khairuddin ( Maahad Tahfiz Negeri Pahang Jln Tg. Lumpur ) 2. Nur Amalina bt Mohd Rosli ( Maahad Tahfiz Negeri Pahang Jln Tg. Lumpur ) |
No comments:
Post a Comment