Thursday, April 21, 2011

Saranan Kepada Calon Add Math

SARANAN KEPADA CALON

  1. Kuasai dan perkukuhkan lagi kemahiran asas matematik seperti operasi asas yang melibatkan nombor negatif, kemahiran algebra, penyelesaian persamaan serentak, penyelesaian persamaan kuadratik , pembundaran nombor kepada tempat perpuluhan atau nilai bererti yang diperlukan.

  1. Kenali simbol/tatatanda matematik, ketahui maksud istilah, fahami konsep dalam setiap tajuk, berlatih menggunakan rumus, mantapkan kemahiran mengenalpasti strategi sesuai untuk penyelesaian masalah matematik.

  1. Calon digalakkan menulis rumus bagi soalan yang memerlukan rumus sebelum menggantikan nilai ke dalam rumus.

  1. Jawapan akhir mestilah sekurang-kurangnya dua tempat perpuluhan dan elakkan pembundaran pada peringkat awal.

  1. Gunakan kalkulator saintifik secara maksimum untuk membantu pengiraan, jika perlu gunakan mod ‘FIX’ dan ‘SCI’ untuk membantu dan menyemak pembundaran nilai yang didapati daripada kalkulator.

  1. Memberi tumpuan penuh semasa guru mengajar , sentiasa bertanya dan berbincang dengan guru atau rakan-rakan.

  1. Memahami dan menguasai semua kemahiran yang ada dalam setiap topik yang ada dalam sukatan ..

  1. Melakukan latihtubi dan teknik ulangkaji berkesan untuk pemulihan, pengukuhan atau pengayaan. Banyakkan latihan luar daripada buku-buku rujukan tambahan. Tidak bergantung atau terhad kepada buku teks sahaja.

  1. Mencuba pelbagai bentuk soalan dan membiasakan diri menjawab soalan berformat SPM supaya mudah mengintepretasi kehendak soalan semasa peperiksaan.

  1. Kenalpasti tajuk-tajuk yang belum dikuasai sepenuhnya tetapi penting; buat atau beri tumpuan yang lebih kepada tajuk-tajuk tersebut.

  1. Sentiasa cuba melakar rajah untuk memudahkan mengenalpasti kehendak soalan.

  1. Sediakan jadual sebelum melukis graf. Jawab mengikut kehendak soalan seperti mematuhi skala yang diberi.

  1. Mementingkan pemahaman langkah penyelesaian bukan hanya jawapan betul.

  1. Gunakan kedua-dua belah muka surat. Elakkan daripada menulis jawapan dalam dua lajur. Sebaik-baiknya gunakan muka surat baru untuk menjawab setiap soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C.

  1. Sentiasa bersikap positif, yakin usaha akan membuahkan kejayaan , belajar dari awal dan konsisten, tidak meninggalkan sesuatu tajuk terlalu lama.

  1. Adakan kumpulan perbincangan (Study Group)

  1. Latih diri menjawab soalan mengikut kadar masa yang ditetapkan dalam peperiksaan.

  1. Semasa peperiksaan, perlu bersikap tenang, menjawab soalan mudah dahulu, pandai mengurus masa, menyemak jawapan, memastikan semua bahagian soalan telah dicuba dan mematuhi arahan soalan.

1 comment:

  1. Cikgu..boleh sy re-post post ni?

    ReplyDelete