MENGAPA SAYA GAGAL ADD MATH
ASAS MATEMATIK YANG LEMAH
Kebanyakan pelajar yang mendapat keputusan matematik yang lemah atau mendapat A sekalipun Matematik semasa peperiksaan PMR (atas dasar nasib) akan menghadapi masalah dalam subjek ini. Matematik Tambahan itu sendiri membawa maksud kepada tambahan ilmu matematik yang sedia ada..sekiranya perkara asas seperti teknik mencari “unknown” dalam algebraic..teknik tambah tolak pecahan ….pemfaktoran ..nombor bercampur..mencari kecerunan..dan banyak lagi konsep asas ..tidak dikuasai dengan baik…secara ringkasnya asas algebra tidak kukuh..
TIDAK BIASA DENGAN RUMUS
Seperti diketahui…pelajar dibekalkan dengan rumus atau formula dalam peperiksaan…tetapi malangnya..pelajar kerap tersilap memilih formula atau rumus yang sesuai..sehingga kini saya sendiri menghadapi masalah pelajar yang sering tersilap menggunakan formula Arithmetic Progression untuk Geometric Progression…dalam masa yang sama pelajar perlu ingat..ada sesetengah formula mudah tidak dibekalkan semasa peperiksaan..jadi pelajar seharusnya peka formula mana yang biasa digunakan tetapi tidak diberikan semasa peperiksaan. Sekiranya pelajar sudah biasa melihat formula-formula yang diberikan semasa peperiksaan ..pelajar tidak akan panic sekiranya mendapat soalan yang formulanya tiada kerana sudah sedia maklum tentangnya lebih awal.
TIDAK DAPAT TERJEMAH KAN AYAT MATEMATIK
Malang sekali soalan yang pjg2 Cuma tengok tapi tak tahu nak guna formula mana dank dg topic mana pun tak tahu,soalan function dianggap topic differentiation.
SALAH TEKAN KALKULATOR
Bunyinya macam lucu..tetapi itulah yang sering berlaku…maklumat dimasukkan salah dalam kalkulator..tanda kurungan tidak digunakan dengan betul..nilai jawapan yang diperolehi tidak diambil dengan tepat…belajar menggunakan kalkulator anda dengan betul..ketahui fungsi setiap butang pada kalkulator anda…kemudahan yang diberikan semasa peperiksaan..tidak digunakan dengan baik…adalah sangat rugi…
MENJAWAB SOALAN DENGAN SAMBIL LEWA
Sekiranya anda seorang guru dan mendapat kertas jawapan yang bersih dan kosong…apakah perasaan anda…kecewa bukan? Anda berusaha mengajar bersungguh-sungguh di kelas..tetapi pelajar mengembalikan kertas kosong pada anda semasa peperiksaan ..sangatlah mengecewakan..kebanyakan pelajar tidak berusaha langsung untuk cuba menjawab…untuk kertas 1 ..soalan yang bernilai 2 markah biasanya soalan aras rendah yang sepatutnya boleh dijawab oleh pelajar walaupun pelajar itu bukan dari kategori pelajar bijak..tetapi pelajar langsung tidak berusaha memahamkan soalan. Saya berpengalaman dengan seorang pelajar yang sangat lemah asas matematiknya…tetapi sangat rajin berusaha… dia membuat latih tubi untuk soalan yang sama berkali-kali..mengumpul semua tajuk yang dia rasa dia boleh buat…dan datang bertanya berkali-kali tanpa jemu..akhirnya pelajar tersebut lulus dengan kredit agak baik untuk membolehkan dia memasuki ke pusat pengajian tinggi.
Satu lagi sikap yang perlu diubah semasa menjawab soalan ialah menjawab sambil lewa sahaja..tidak menyusun atur soalan dengan kemas..buat graf tak guna pembaris..tulisan yang tidak kemas…sehingga menyusah pemeriksa untuk memeriksa kertas anda. Saya mewajibkan pelajar saya menjawab soalan kertas dua menggunakan sekurang-kurangnya 6 helai kertas jawapan (12 muka surat) kerana pelajar perlu menjawab 12 soalan untuk kertas 2…satu soalan satu muka surat…mulakan muka surat yang baru untuk soalan baru…tuliskan nombor soalan dengan jelas…sekiranya anda berbuat demikian mudah untuk anda menyusun kertas jawapan anda.
BANYAK EXAMPLE BEFBANDING LATIHAN
Seperti diketahui…pelajar lebih suka bagi contoh yang banyak dan mereka dengar dan salin…tetapi malangnya..pelajar tak suka cikgu bagi banyak latihan. Sikap pelajar cina example sikit latihan byk tetapi pelajar melayu example byk ,latihan sikt.Ada yang tak buat latihan selepas seminggu ..pelajar kata macam tidak belajar lagi..
TIDAK FOKUS TIDAK MINAT
Sekiranya anda telah menetapkan Add Math sebagai subjek pilihan anda ..berilah focus dan rasa tanggungjawab terhadap subjek tersebut..sekiranya anda tidak berminat sedari awal..anda boleh memikirkan semula untuk membuat pilihan subjek yang lain..anda tidak boleh bersikap mencuba separuh jalan…berilah focus yang sepenuhnya ketika di kelas..buat latihan sebanyak mungkin..sekurang-kurangnya 10 soalan mudah sehari..dan 2 soalan aras sederhana. Latihan akan meyakinkan kan anda…tunjukkan kesungguhan yang jitu…bawa semua peralatan semasa belajar..kalkulator..pembaris..pen ..pensel..benda yang mudah tetapi sering diabaikan…kelengkapan belajar matematik yang cukup..lebih menyelesakan anda belajar…SEMOGA BERJAYA
No comments:
Post a Comment