Tuesday, June 21, 2011

Sembang-sembang Cg Aza GC AddMath

My PhotoBIODATA

NAMA: TN HJ AHMAD ZAMRI BIN AZIZ

JAWATAN: GURU CEMERLANG MATEMATIK DG54

TEMPAT BERTUGAS: SMK TUMPAT, 16200 TUMPAT, KELANTAN.


Pagi ni (20/06/2011) saya ingin berkongsi sedikit maklumat.
Pada sabtu baru ini 18/06/2011 saya ada memberi seminar teknik menjawab matematik tambahan di sebuah sekolah Agama di Besut Terengganu. Apa yang menarik perhatian saya ada di kalangan mereka ini amat berpotensi dalam bidang matematik. Mereka menunjukkan penguasaan matematik yang tinggi dan minat yang mendalam walaupun mereka di sekolah agama. Ini merupakan cabaran kepada pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan. Mereka ini pula datangnya dari jenis Hawa, ini juga merupakan cabaran kepada kaum Adam. Renung-renungkan
.....

Ragam Pelajar 0 comments

Assalamualaikum,

Bila tiba musim mendapat markah peperiksaan maka ramailah pelajar yang ingin markah tinggi. Masa belajar tak begitu serius sangat...cikgu dok mengajar dia dok bercakap (banyak le modal dia) mengalahkan tok peraih. Masa jawab soalan pula apa-apa le yang ditulis, macam tak pernah datang ke sekolah atau tak pernah masuk kelas. Serasa macam tak mengajar bebudak ni. Salah darab, salah tambah, salah tukar tanda.....careless le katakan. Perlu ingat semua benda perlu diberi perhatian khusus (perlu fokus). Nanti esok-esok boleh tertinggal gunting dalam perut pesakit, atau boleh runtuh stadium atau jambatan yang dibina (macam stadium Terengganu).

Nak markah banyak boleh bagi cakap je nak berapa 100, 200 atau 1000. Markah banyak pun kalu tak pandai tak guna gak. Nak pandai Add Maths kena tahu konsep asas dengan jelas, sejelas-jelasnya. Nanti bila masuk IPT tak lah gelabah sangat....tenang je.

Dinasihatkan: Beri perhatian sepenuh semasa guru mengajar. Banyakkan buat latihan. Rajin bertanya dan berbincang. Hormati guru. Bayakkan beribadat. Bayakkan melakukan perkara yang baik-baik. Jadilah insan yang bernilai tinggi.

Wassalam.

Pengajaran Piala FA 0 comments

Assalamualaikum.

Di sana sini ramai pelajar cik gu memperkatakan tentang piala FA.....Kelantan tewas 1 - 2 di tangan Terengganu. Ramai yang mempersalahkan Daud Su yang menyumbat bola ke jaring sendiri, ada juga yang mempersalahkan shahrul Idlan yang mempermain-mainkan permainan sehingga Terengganu boleh bertindakbalas di saat-saat akhir. Apapun alasan Kelantan telah tewas, tapi itu tak bermakna kelantan tak boleh meneruskan perjuangan, banyak lagi peluang dan ruang yang ada di hadapan.
Itulah perkara yang harus pelajar teliti dan ambil perhatian dan pengajaran darinya. Belajarlah bersungguh-sungguh dan teruskan perjuangan sehingga ke saat terakhir, jangan cepat leka. Elakkan sebarang kesilapan yang kecil-kecil...beri perhatian dan fokus sepenuhnya.

Selamat belajar semuga berjaya.

Pelajar Kita 0 comments

Assalamualaikum wbt.

Ramai pelajar lepasan SPM sudah melaporkan diri di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada di IPTA mahupun di IPTS.
Tak kesahlah di mana mereka belajar yang penting mereka mencapai matlamat dan cita-cita masing-masing bagi memenuhi keperluan negara dalam mencapai status negara maju.
Apa yang ingin dikongsi di sini, ada mereka yang hanya mendapat kelulusan yang paling minimum dengan asas Matematik Tambahan yang amat lemah atau tidak mengambil Matematik Tambahan pun di terima masuk untuk meneruskan pengajian di IPT. Ini telah menimbulkan keresahan dikalangan pendidik di peringkat IPT. Persoalannya adakah mereka ini mampu meneruskan pengajian mereka sebagaimana yang diharapkan atau kita hanya sengaja mengisi ruang yang ada semata-mata. Apa pandangan anda?
walau apapun alasan kita, kita berharap mereka yang diberi peluang ini akan berusaha bersungguh-sungguh dalam merealisasikan harapan yang disandarkan.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment