Tuesday, July 5, 2011

Ciri- Ciri Usahawan Muslim

Ciri Usahawan Muslim


Assalamualaikum,

Dialah yang menundukkan lautan untuk mu supaya darinya kami dapat memakan daging yang segar dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai. Kamu melihat bahtera belayar di atasnya supaya kamu mencari keuntungan daripada kurnianya dan supaya kamu bersyukur” – An-Nahl 14

Islam menggalakkanya umatnya memanfaatkan apa yang terdapat disekeliling mereka selagi mana ia halal dan harus disisi ajaran Islam. Islam sama sekali tidak menyarankan Umat Islam berada di dalam keadaan miskin dan papa kedana, apatah lagi jika kita mengaitkannya dengan nasib semata-mata. Kita perlu memperbetulkan pemahaman kita mengenai apa yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w di dalam sunnnahnya sebagai pedoman dan panduan untuk mencapai kesenangan di dunia dan kebahagian di akhirat – namun kita jangan lupa bahawa akhirat jua “sebaik-baik tempat dan kekal abadi“.

Agama Islam melarang sama sekali umatnya menjadi malas dan jahil serta mencela sifat kemalasan dan kebodohan ini dan kita diperintahkan oleh Allah s.w.t dan Rasul untuk berusaha dan menjadi umat yang rajin. Salah satu dari usaha yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika di usia remaja ialah berniaga untuk mencari rezeki Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w merupakan usahawan yang berjaya yang sepatutnya kita jadikan contoh agar perniagaan kita lebih berkat. Rasulullah s.a.w mempunyai beberapa ciri sebagai usahawan dan sewaktu menjalankan perniagaannya iaitu :

  1. Sentiasa berfikiran positif
  2. Sentiasa bertindak secara efektif dan efisien
  3. Kreatif
  4. Sentiasa bersyukur
  5. Sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t

Ikhlas – Seseorang perlu mengikhlaskan diri mereka dalam segenap aspek termasuklah perniagaan kerana segala amal perbuatan kita adalah bergantung pada niat sebagaimana saranan hadis Rasulullah s.a.w. Kita perlu ikhlaskan diri dalam visi, misi dan komitmen kita agar kejayaan mampu dicapai dengan keberkatan.

Ikhtiar – Umat Islam seharusnya berikhtiar bersungguh-sungguh di dalam proses untuk mencapai kejayaan di dalam Perniagaan dan jangan cepat putus asa atau memudah menyalahkan orang lain apabila gagal. Jika kita berikhtiar ala kadar atau mudah menyalahkan orang lain di atas kegagalan maka ini bukanlah sifat usahawan yang sebenar!

Tawakal – Apabila usaha kita sudah sampai ke tahap maksimun maka penyerahan bulat-bulat kepada Allah s.w.t di atas segala usaha kita itu adalah penting kerana penentu keuntungan, kejayaan, kebahagian ialah Allah s.w.t. Kita hanya mampu berusaha dan merancang yang menentukannya adalah Allah s.w.t. Apabila sifat tawakal ini ada dalam seseorang usahawan maka ia mampu untuk menerima kegagalan dan kerugian dengan lebih tabah dan sabar. Malah kegagalan dan kerugian itu menyemarakkan lagi semangat dan rasa ingin berusaha yang terdapat di dalam dirinya.

Usahawan sejati mampu menerima apa sahaja situasi dan natijah dan mengambil pedoman dan hikmat di sebalik hasil yang diterima itu

No comments:

Post a Comment