Tuesday, July 5, 2011

Warta Pendidik

Siswa Dot Com: Penghasilan pendidik


2010/04/22

BERAPA banyak falsafah pendidikan Islam diguna pakai dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di negara ini.
BERAPA banyak falsafah pendidikan Islam diguna pakai dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di negara ini.
Pembelajaran banyak berdasarkan falsafah Barat

MENDIDIK adalah satu tugas yang membawa erti yang cukup besar dan bermakna bagi seorang guru di sekolah atau pensyarah di universiti. Tugas yang cukup besar itu perlu dipikul dengan rasa penuh keikhlasan dan tanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.
Persoalannya, adakah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kita mampu melahirkan guru yang cemerlang peribadi, minda dan fizikalnya? Adakah sistem pengajaran dan pembelajaran di IPTA dan IPG kita sudah cukup baik dan berkesan untuk melahirkan guru-guru yang cemerlang?
Kita mahu melahirkan guru yang bertanggungjawab, ikhlas, dinamik dan profesional, pada masa yang sama sedar akan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak bangsa, supaya berjaya di dunia dan akhirat.

Saya ingin mengemukakan syarat yang digariskan Imam Al-Ghazali, bagaimana mahu menjadi seorang guru cemerlang seperti mana yang ditulis oleh H.M As’ad Al Hafiz (Abdul Salam Yusoff, 2003). Antara syaratnya ialah :-

  • Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik.

  • Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih.
  • Jika guru duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk serta tidak riak.

  • Tidak takbur (sombong) kecuali terhadap orang zalim.

  • Bersifat tawaduk dalam perbincangan.

  • Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap semua pelajarnya.

  • Bersabar dan tidak mengherdik pelajar bodoh.

  • Membimbing dan mendidik pelajar yang bodoh dengan cara terbaik.

  • Menampilkan hujah yang benar apabila berada di pihak yang salah.

    Saya dapati sistem yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran di fakulti pendidikan IPTA dan IPGM banyak mengambil sukatan dan falsafah barat. Iaitu mengguna tokoh falsafah pendidikan barat sebagai pujaan, contohnya, tokoh falsafah pendidikan dan kemoralan barat, Lawrence Kohlberg.

    Adakah tokoh pendidikan seperti Kohlberg harus kita puja? Di mana Kholberg sendiri mati membunuh diri di pantai Atlantik kerana tidak sanggup hidup kerana penyakit yang dihidapi. Apa falsafah pendidikan yang Kolberg bawa? Apa falsafah moral yang Kollberg boleh beri kepada guru di Malaysia?

    Sebagai pelajar bidang pendidikan, kita perlu membantu universiti untuk melahirkan pendidik yang berkualiti dan cemerlang. Oleh itu marilah sama-sama kita menjadi pendidik yang cemerlang dan hebat serta dapat melahirkan produk yang berkualiti dan cemerlang.

    NOR AWIN TASMIAN
    Bacelor Pendidikan Moral Universiti Putra Malaysia
    Alumni Jurusan Syariah Universiti Malaya
  • No comments:

    Post a Comment