Hari Keluarga Mohd Juhan 2010
12-13/6/2010
Saya perlu berterima kasih kepada semua keluarga saya yang tercinta kerana telah menjayakan Hari Keluarga kali ini dengan meriah. Jutaan terima kasih. Bertempat di A’Famosa Melaka, kami telah menempah 1 banglo untuk percutian kali ini.
. Ini merupakan kali pertama kedua-dua adik biras saya mengikuti Hari Keluarga kami. Oh, sangat gembira. Boleh masuk rupanya biras saya ini. Haha. Saya sepatutnya menyediakan sandwhich untuk minum petang kali ini. Kami mahu mereka dan kami bercuti. Wee~~. . Tetapi, tiada panggilan telefon dari sesiapa meminta kami datang awal kerana mereka mahu makan. Saya diamkan sahaja. Rupa-rupanya sesampai kami di banglo, pergh.. makanan banyak gila kot. Tok Ma sudah membawa makanan dari KL. kuih kaswi dan banyak lagilah makanan. Patutlah tidak bertanyakan hal sandwhich. Jadi, kita reserved sandwhich untuk sarapan esok. Aktiviti bebas di situ sebelum kami solat Maghrib berjemaah. Saya berborak-borak dengan saudara. Masa inilah saya habiskan dengan mengikuti perkembangan saudara masing-masing dan bergosip-gosip bersama adik-adik saya.
Kami pulang ke rumah masing-masing hampir jam satu tengahari. Saya menemani Gembira dan bersyukur dengan semua nikmat ALLAH ini. Alhamdulillah. Apa-apa pun, saya sayang mak ayah saya.
No comments:
Post a Comment