Perlukah manusia diajar cara belajar. Bukankah cukup jika mereka hanya pergi ke sekolah di mana mereka diajar oleh sistem persekolahan yang dianggotai oleh guru yang terlatih? Salah satu dorongan saya menulis buku ini ialah atas kesedaran bahawa ramai pelajar gagal menghidupkan janji yang dibayangkan oleh kebolehan dan keupayaan mereka. Bukankah satu hakikat yang menyedihkan bahawa ramai pelajar yang dapat gred A matematik diperingkat PMR tidak dapat belajar mata pelejaran matematik tambahan (add math)? Daripada pengalaman peribadi sendiri, saya yakin jika pelajar tersebut mengamalkan pembelajaran berkesan mereka akan mendapat keputusan yang lebih baik.
Malangnya banyak pendapat mengenai pembelajaran yang tidak dapat disahkan kesahihannya. Contohnya ialah mengenai satu kajian mengenai keberkesanan cara belajar yang dijalankan oleh satu syarikat Socony (telah dibeli oleh ESSO, sekarang sebahagian syarikat gergasi EXXON MOBIL Inc.). Terdapat statistik yang disebut sebagai hasil kajian tersebut yang sebenarnya tidak boleh dikesan bagaimana ianya muncul. Tidak ada tulisan dalam simpanan umum mengenai kajian itu. Tetapi ini tidak menghalang ramai penulis menyatakan statistik tersebut sebagai satu fakta, malahan ada yang merujuknya dalam tulisan yang diterbitkan dalam jurnal akademik yang bertaraf tinggi!
Apa yang diutarakan oleh saya, ialah cara belajar yang terbukti keberkesanannya dari segi kajian penyelidikan dan pengalaman saya sendiri sebagai pelajar disemua peringkat peperiksaan dan pensyarah universiti. Kertas kajian dan penyelidikan mengenai pembelajaran rata‑rata ditujukan kepada para sarjana dan penyelidik semata‑mata. Oleh itu bahan tersebut sukar untuk difahami oleh pelajar biasa. Di samping itu jika seseorang itu ingin mendapatkan gambaran sepenuhnya ia terpaksa merujuk kepada bahan yang banyak sekali. Terdapat banyak buku yang membincangkan mengenai kaedah pembelajaran bagi pelajar, terutamanya yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Halaman ini saya bangunkan dan buku yang saya telah tulis bertujuan untuk kegunaan semua pelajar dari sekolah menengah hingga ke peringkat Universiti tanpa mengira kebolehan dan juga kepada ibu bapa yang memerlukan panduan untuk membimbing anak-anak mereka.

Khalid Mohamed Nor
http://ac.utm.my/web/khalidmn
Universiti Teknologi Malaysia
No comments:
Post a Comment