Friday, September 7, 2012

Layak Kah Aku Bergelar Guru Cemerlang ?

Semalam, 7 september 2012, jemaah nazir melakukan pencerapan
 dan verifikasi tentang profil permohonan guru cemerlang add mat
.Ini adalah saringan kedua setelah melepasi pencalonan saringan 1.
Mungkin ini pun kerana keikhlasan cikgu membantu rakan-rakan
guru dan pelajar berhampiran /sekeliling cikgu terutama sekolah
Tahfiz dan Agama.? Mungkin juga kerana peningkatan GPS subjek add math
sekolah biasa cikgu selama 5 tahun berturut-turut?

SPM 2007      GPS   8.68
SPM 2008      GPS   8.27
SPM 2009      GPS   6.31
SPM 2010      GPS  6.13
SPM 2011      GPS   4.44

Mungkin juga kerana beberapa modul, blog dan nota kecil cikgu?

Blog cg ni  (akusukaaddmat.blogspot) semasa cikgu mohon
guru cemerlang pada
bulan mei lalu baru 5600 visitor
tetapi semalam sudah mencapai 14,320 visitor.

modul/Program
Modul Untuk Lulus (MULUS)
Mudahnya dapat A (MUDA)
Muridku TanggungjawabKU
Kerjasama Dengan UMP- motivasi kecemerlangan pelajar
Kajian Tingkah Laku pelajar bermasalh untuk cenderung bljr
Penggunaan Kalkulator Saintifik Dalam P & P

Ataupun kerana sudah tua? 16 tahun mengajar add math

namun yang penting adalah doa dari semua yang pernah cikgu
curahkan ilmu, kerana Allah s.w.t adalah sangat adil, Semakin banyak kita
tolong orang semakin banyak orang akan menolong kita..

Doakan semoga ada rezeki cikgu.

Aamin Ya Rabbal Aa lamin..


No comments:

Post a Comment