Wednesday, September 5, 2012


PAKAR ADDMATH?

 
Adakah anda berminat menjadi pakar Addmath?.. 

Soalan ini saya tujukan kepada sesiapa sahaja, tak kira samada anda pelajar T3 yang sedang menunggu keputusan PMR atau anda pelajar T4 atau anda pelajar T5 yang akan mengambil subjek ini di dalam SPM.

Saya juga menujukan soalan ini kepada pelajar2 Matrikulasi dan pelajar2 jurusan Matematik di Universiti. Kenapa saya berkata demikian??? Sebab perbicaraan saya kali lebih berkait dengan metod belajar (cara) sahaja dan tidak sama sekali berkaitan dengan contents.

Kepada pelajar-pelajar T4 & T5, soalan ini tentu mendorong anda berfikir sejenak. 

Bolehkah aku menjadi pakar Addmath??? . Aku tak pandaipun. Tak pernah luluspun. Dapat 5 markah sahaja di dalam setiap kali ujian atau peperiksaan. Paling tinggipun, aku pernah dapat 18 markah jew. Hu2.

Saya selalu mencabar pelajar-pelajar saya, terutama di SMK Paloh atau SMK Hamzah 2. Adakah kamu semua mahu menjadi pakar Addmath???

Semuanya mengangguk kepala macam burung belatuk. Sanggup terima apa sahaja syarat yang saya beri. Ya ke budak-budak ni???

Sanggup buat latihan serajin ini?

Atau sekuat ini?
 Saya terfikir mereka ini hanya kuat semangat sahaja, tetapi kurang daya tahan. Semangat sahaja tak cukup. Anda juga memerlukan daya tahan yang tinggi. Ibarat nak mendaki ke gunung everest, tak ukup dngan angan-angan sahaja. Mesti ada keazaman yang kuat, peralatan-peralatan yang canggih, doa yang kental, kerja berpasukan yang tinggi dan sebagainya.

SYARAT SAYA CUMA SATU SAHAJA. ONLY ONE & ONE

Semua mereka mengangguk kepala. Bagus budak-budak ni. Memang mereka nak jadi pakar Addmath. Nak jadi sifu matematik yang tersohor.

Pengalaman saya sendiri, semenjak saya menguasai subjek ini semasa di Tingkatan 4 & 5, saya terus melonjak naik sebagai sifu di kalangan rakan-rakan. Bila masuk U, rakan-rakan sekursus pulak meminta saya menjadi sifu untuk mereka. Sayapun tidak kedekut. Hasilnya saya bertambah pandai, pandai & pandai.

SO, HOW TO BE THE SIFU OF ADDMATH???

Saya cuma boleh beri caranya sahaja. Selebihnya anda mesti mendisiplinkan diri anda sendiri. Saya cuba juga untuk mengaplikasikan cara ini di kelas, tetapi hampir kesemua pelajar (almost 80%) tak sanggup menerimanya. Berat sangat cikgu. Takut saya cikgu. Demikianlah runggutan mereka terhadap saya. Habiss itu macam mana???

Saya tiru kaedah ini daripada seorang guru Addmath berbangsa Cina. Dia memberikan 100 soalan kepada semua pelajarnya untuk disiapkan di dalam masa 3 hari. Sesiapa yang tak siap 100%, dia akan dikenakan hukuman  rotan tangan sebanyak soalan yang tak siap. Apa macam??? Mahu???

 
Pelajar-pelajar saya menjerit ketakutan. Berat sangat cikgu. Takut la. Sakit la. Saya memerlukan komitmem mereka yang tinggi untuk berjaya. Kalau saya setakat memaksa, hasilnya tentu tidak memuaskan sebab rata-rata mereka akan copy-paste sahaja.

Saya tidak suka kepada jenis pelajar yang copy paste. Saya mahukan yang betul-betul berdisiplin di dalam tugas mereka menyiapkan drilling (latihtubi) yang saya berikan.

Anda sebenarnya perlu berani mendisiplinkan diri anda pada setiap masa, setiap ketika & setiap hari.

Saya selalu menceritakan cara saya belajar Matematik semasa di Tingkatan 3 & Matematik Tambahan semasa di Tingkatan 5 kepada pelajar-pelajar saya.untuk dijadikan dorongan dan panduan kepada mereka. Saya mahu mereka berjiwa kental seperti saya juga.

Setiap kali balik sekolah, lebih kurang pukul 2.00 pm, saya akan mengunci diri saya di dalam bilik dengan tidak membenarkan sesiapapun menganggu saya. Kata orang sekarang, DON'T DISTURB ME. Saya buat latihtubi Mamtematik/Matematik Tambahan sebanyak 10 soalan sebelum saya keluar makan, minum dan solat.


Pada peringkat permulaan, saya terkial-kial juga. Tetapi akhirnya, ia menjadi seakan-akan sebuah rutin yang biasa bagi saya. Hasilnya, saya berjaya membuat litar pintas untuk banyak soalan yang saya belum terokai.

Bayangkan begini, 10 soalan sehari. Dalam sebulan 10 X 30 = 300 soalan. Dalam setahun, 300 X 10 = 3000 soalan. Saya guna 10 bulan sahaja setahun. Baki 2 bulan tu untuk main air musim banjir. He2. Kalau 2 tahun, dah 6000 soalan Addmath yang berjaya saya litarpintaskan. Dan kerana itu, saya rasa saya pandai disebabkan kekuatan semangat & disiplin saya yang tinggi itu.          .    

SUMBER:http://czain.blogspot.com/

1 comment:

  1. terharu.. terima kasih.. saya ske juga addmath walaupun x brapa pandai saya tetap usaha sampai dapat

    ReplyDelete