Tuesday, January 22, 2013

Kajian Mengenai Matematik Tambahan



Matematik Tambahan ialah satu mata pelajaran elektif di peringkat sekolah
menengah. Mata pelajaran ini bertujuan meningkatkan keterampilan matematik
pelajar supaya mereka mempunyai persediaan mencukupi untuk menghadapi atau
menanggani perubahan dan cabaran masa depan, seterusnya dapat merealisasikan
kerjaya yang cemerlang untuk diri, masyarakat dan negara. Fokus Matematik
Tambahan adalah kearah memenuhi keperluan matematik pelajar yang cenderung
kepada bidang sains dan teknologi serta pelajar yang cenderung kepada sains sosial.
Oleh itu kandungan Matematik Tambahan telah diolah supaya mencapai kehendak ini
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000).


Tajuk-tajuk dalam Matematik Tambahan disusun dalam dua pakej iaitu pakej
teras dan pakej pilihan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Pakej teras adalah
pakej yang wajib dipelajari oleh semua murid. Ia mengandungi lima komponen iaitu
komponen geometri, algebra,  kalkulus, trigonometri dan statistik. Manakala pakej
pilihan terdiri daripada dua pakej iaitu pakej aplikasi sains sosial dan teknologi, pakej
aplikasi sains sosial. Pakej aplikasi sains dan teknologi terdiri daripada penyelesaian
segi tiga dan gerakan pada garis lurus. Manakala pakej aplikasi sains sosial pula
terdiri daripada tajuk penggunaan nombor indeks dan pengaturcaraan linear.



Kegagalan Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar adalah disebabkan
oleh tahap penguasaan pelajar yang rendah (Arsaythamby,2011). Tahap penguasaan
pelajar yang rendah terhadap konsep-konsep asas dalam Matematik Tambahan
menyebabkan mereka menjadi kurang berminat untuk mempelajari subjek tersebut
dengan lebih lanjut. Sedangkan setiap tajuk dalam matapelajaran Matematik
Tambahan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Jadi apabila pelajar tidak
menguasai sesuatu tajuk, ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada
penguasaan tajuk-tajuk yang lain


Menurut Khadijah Daud & Ahmad Nadzri (2009),
kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam matapelajaran v
Matematik Tambahan adalah menganggap bahawa matapelajaran tersebut adalah
sukar dan membosankan.


Sehubungan dengan itu, penggunaan bahan bantu mengajar seperti
penggunaan modul dalam pengajaran dan pembelajaran diharapkan dapat
meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik Tambahan.
Penggunaan modul ini dapat meningkatkan penguasaan dan asas matematik para
pelajar. Menurut Sow Lee Sun (2007), penggunaan modul menjadi semakin popular
di kalangan guru-guru kerana ia dapat memberikan penekanan yang lebih mendalam
kepada pelajar berkaitan dengan isi-isi pengajaran guru jika dibandingkan dengan
hanya mengajar melalui buku teks atau bantuan alat-alat teknologi seperti projektor
dan transparensi (Sow Lee Sun, 2007).







Berdasarkan kajian,  menunjukkan minat pelajar mempelajari
mata pelajaran Matematik Tambahan adalah di tahap sederhana.  Kajian yang
dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993) (dalam Norsuriani, 2008), mendapati bahawa
kebanyakkan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam mata pelajaran
Matematik Tambahan adalah di kalangan mereka yang menggangap mata pelajaran
matematik tambahan adalah suatu mata pelajaran yang sukar dan membosankan.
Anggapan tersebut sebenarnya telah menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk
mempelajari Matematik Tambahan dan seterusnya menyebabkan pencapaian mereka
dalam mata pelajaran tersebut adalah rendah.


Faktor-faktor yang menggalakkan pelajar berminat mempelajari mata
pelajaran Matematik Tambahan ini ditinjau dari segi guru (penyampaian), rakan
sebaya dan ibu bapa, persekitaran serta ibu bapa.  Keempat-empat faktor ini diambil
kira sebagai aspek utama pelajar-pelajar berminat mempelajari mata pelajaran
Matematik Tambahan.

2 comments:

  1. maaf menggangu, saya nak tanya satu soalan. Boleh anda kongsikan kepada saya sumber anda? adakah ini sekadar pada pandangan anda saja ?

    ReplyDelete
  2. maaf bertanya,boleh ke kami tahu sumbernya...hihihiih,terima kasih

    ReplyDelete