Kerana kelebihan Ayat 1000 Dinar. marilah sama-sama amalkan.
atas ini adalah ayat seribu dinar.
dah lama aku nak share tentang kelebihan ayat ni. cuma yelah,
syaiton ni kalau kita nak buat menda baik memang dia hasut
kita supaya lupa, kan? menda menda yang lagha cepat je dia
hasut aku suruh up dalam blog. memang syaitonnirrajim
betul lah syaiton ni.
baiklah.
tak payah buang masa.
mari tengok apakah kelebihan ayat seribu dinar ini.
1. membuka pintu rezeki. rezeki selain dari usaha fizikal
kita juga boleh mengamalkan ayat ini mudah-mudahan
dengan restuNYA, rezeki kita murah dan diberkati :)
2. menjauhkan dari bala bencana, malapetaka dan perkara
yang tak diingini.
3. melenyapkan perasaan resah gelisah. dari dok meroyan
dalam FB atau blog mengadu pada kengkawan
dan akhirnya kengkawan tempelak kita semula, baiklah kau
amalkan ayat ini sambil bermuhasabah diri. eceh, ngata
orang pandai kau ye, reena. baiklah. baiklah kita amalkan
ayat ini sesama mudah-mudahan beroleh ketenangan.
4. kalau mana yang sakit itu, boleh amalkan baca ayat ini
sebanyak 3 kali, dan dihembuskan kepada pesakit ataupun
dijampi air untuk minum. InsyaAllah. yang penting kena
yakin, semuanya atas keizinan Allah.
5. menghindari orang yang zalim seperti musuh dalam
selimut, bos bos yang sentiasa mencari salah kita
padahal kita tak salah pun, serta pemimpin yang zalim.
6. memudahkan jalan penyelesaian jika ditimpa masalah
dan musibah. tapi ianya mungkin membuat hati kita tenang dan memudahkan kita bertindak rasional dalam menghadapi musibah serta menyelesaikan masalah yang menimpa.
yang penting, jangan hanya baca. fahamkan maksudnya,
solat 5 waktu serta meninggalkan larangan-NYA.
yang baiknya datang daripada Allah s.w.t
yang buruk itu datangnya daripada hamba jua :)
selamat beramal.
sekian
No comments:
Post a Comment