Friday, April 19, 2013

Pelajar Sarjana Humanities UMP Raih “Best Paper Award” IGCESH2013 di UTM


UTM Skudai, 17 April - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mencipta kejayaan di persada pendidikan di Negara apabila meraih “Best Paper Award” dalam  4Th International Graduate Conference on Engineering ,Science and Humanities (IGCESH2013) yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai  baru-baru ini.
Kemenangan diraih pelajar sarjana dari Pusat Bahasa  Moden Dan Sains Kemanusiaan (PBMSKA), Tn Hj Mohd Rozali Bin Senik  di bawah seliaan Profesor Madya Dr. Muhammad Nubli bin Abdul Wahab dengan kertas pembentangan bertajuk “A Pilot study of The Effect of Zikir on the Performance Psychology Using Heart Rate Variability (HRV)”
Pada IGCESH2013 ini terdapat 300 kertas pembentangan dari pelbagai penyelidik dari berbagai disiplin seperti kejuruteraan, sains, teknologi maklumat,alam sekitar ,pendidikan,kemanusiaan,perniagaan dan pengurusan. Peserta dari  UMP telah dianugerahkan “Best Paper Award”.dalam kategori  Sains Sosial dan Kemanusiaan.



"Panel juri turut memberi maklumbalas positif terhadap perkembangan inovasi dan projek penyelidikan dari UMP yang mendapat perhatian peserta IGCESH2013," kerana ianya lain dari yang lain pemilihan berdasarkan beberapa criteria.
# Penyelidikan Berkualiti
    Penerokaan suatu yang baru, visi kreatif, menggunakan metodologi yang sesuai
# Penulisan Berkualiti
    Penulisan yang logik, jelas, gaya penulisan yang jelas dan ringkas
# Keaslian
    Kesalian kepada sumbangan ilmi pengetahuan,dengan penekanan kepada inovasi dari segi i) pembangunan teori ii) keputusan empirical iii) pembangunan polisi
# Kualiti Hujah
    Termasuklah i) analisis konsep ,teori dan dapatan ii)konsisten dan ada kesinambungan




No comments:

Post a Comment