Sunday, May 12, 2013



ITEX - SJK Chung Hua
ITEX - SJK Chung Hua
ITEX - SJK Chung Hua
Hari ini, acara dua hari yang memperlihatkan pelbagai inovasi daripada Malaysia dan seluruh dunia – ITEX 2013 berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center, dan kami telah berpeluang untuk melihat beberapa daripadanya, dimana antaranya adalah ciptaan daripada anak-anak muda tempatan.
SJK Chung Hua, Miri – Fly Terminator
Tiga orang pelajar daripada SJK Chung Hua Miri memperlihatkan ciptaan mereka dinamakan sebagai Fly Terminator. Seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada untuk memerangkap dan membunuh lalat.
Daripada apa yang diperlihatkan, Fly Terminator dibangunkan menggunakan bahan kitar semula, sekaligus menjadikan kos pembuatannya amat rendah, disamping pada masa yang sama tidak memerlukan ia menggunakan sebarang tenaga untuk beroperasi.
Fly Terminator hanya memerlukan pengguna meletakkan umpan untuk lalat, dan sebaik sahaja ia memasukinya, ia akan terperangkap didalam dan mati didalamnya. Ia dikatakan mereka telah mengujinya banyak kali, dan berjaya memerangkap banyak lalat menggunakannya.
SJK Chung Hua – Bulb Fixer
Pelajar daripada SJK Chung Hua, Kuching juga turut hadir dengan ciptaan mereka tersendiri, dinamakan sebagai Bulb Fixer.
Untuk memasang lampu yang mana biasanya di siling, ia akan memerlukan pengguna untuk naik di atas tangga atau kerusi sebelum dapat menggantikannya. Perkara ini mungkin agak sukar dan tidak disukai ramai orang. Untuk mengatasinya, pelajar ini hadir dengan Bulb Fixer.
ITEX - SJK Chung Hua
ITEX - SJK Chung Hua
Melalui Bulb Fixer, sebuah alat khas disediakan, membolehkan pengguna untuk memasukkan mentol didalamnya, dan mengantikannya dengan mudah menggunakan ia. Daripada demonstrasi yang diperlihatkan, ia nampak mudah untuk digunakan, malah mentol yang dipasang juga berfungsi tanpa sebarang masalah.
SMK Kangkar Pulai – Pelindung Jari Fleksibel
Pelajar daripada SMK Kangkar Pulai pula hadir dengan ciptaan mereka, dinamakan sebagai Pelindung Jari Fleksibel.
ITEX - SMK Kangkar Pulai
Ia ditujukan khas untuk suri rumah dan beberapa pengguna lain, dimana antara kegunaannya adalah untuk melindungi jari daripada tercedera ketika menggunakan pisau (untuk memotong sesuatu), dan sebagainya.
Pelindung Jari Fleksibel ini dibangunkan menggunakan bahan-bahan ringkas, termasuk gelang getah, keluli, velkro dan juga sebuah fabrik kulit campuran.
ITEX - SMK Kangkar Pulai

No comments:

Post a Comment