Sangat lemah dalam subjek Matematik Tambahan?
· Pelajar sudah mempunyai mind set yang mengatakan subjek ini susah kerana terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Maka, mereka tidak berminat umtuk belajar
· Takut dengan formula-formula yang banyak dan kompleks
· Malas untuk membuat latihan bagi memahirkan diri
· Tidak memahami konsep dalam matematik sejak peringkat awal
· Tiada asas yang kukuh dalam matematik
Bagaimana Nur Amalina menerobos fobia ini?
· Saya berminat dengan Matematik Tambahan kerana berpendapat subjek ini senang sekiranya memahami konsep sebenarnya
· Suka dengan aktiviti pengiraan dan penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran berfikir
· Saya suka cabaran terutama cabaran yang susah
· Tidak dinafikan saya membuat banyak latihan dan latih-tubi. Saya membuat hampir semua soalan tahun-tahun lepas.
· Saya dapati setiap tahun soalan yang keluar mengikut pattern (corak) yang sama, Cuma angkanya sahaja yang berubah. Ini memudahkan saya mendapat 100%.
Apa Nur Amalina buat apabila ‘stuck’ ketika menyelesaikan masalah dalam Matematik Tambahan?
· Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri dan merujuk buku-buku bagi mencari maklumat.
· Check jalan, mungkin ada yang tersilap
· Rujuk masalah lepas yang telah diselesaikan, mungkin ada persamaan
· Pastikan formula yang digunakan betul
· Sekiranya masih tidak dapat, berbincang bersama rakan- rakan di dalam study group tentang soalan tersebut dan menyelesaikannya secara bersama.
No comments:
Post a Comment