Sunday, March 25, 2012
Luahan Hati Cikgu
Thursday, March 22, 2012
All States Paper SPM 2011
here are a few good links where you can download all the states papers.
1. http://chngtuition.blogspot.com/
2. http://koleksisoalan.blogspot.com/
3. http://jaarsmtd.blogspot.com/
Pengumuman keputusan SPM 2011 telah dibuat secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Menurut beliau, seramai 559 calon SPM 2011 telah memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.
Daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon adalah dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan. Gred Purata Nasional (GPN) juga bertambah baik kepada 5.04 berbanding 5.19 pada tahun 2010 iaitu yang terbaik dalam tempoh lima tahun.
Tuesday, March 13, 2012
Tips Belajar Matematik
Salam semua..
Hari nie Cikgu ingin berkongsi dengan anda tentang Tips Belajar Matematik.
Seperti mana yang kita sedia maklum, Matematik adalah suatu subjek yang penting. Setiap hari kita mengaplikasikan ilmu matematik. Sewaktu kita berbelanja(membeli belah) kita mengaplikasikan pengetahuan matematik. Apabila kita membuat temu janji, kita akan mengira masa yang ada. Apabila kita melihat harga sesuatu barang, kita membuat perbandingan harga, ilmu matematik turut diaplikasikan. Pendek kata ilmu matematik berkaitan dengan kehidupan seharian.
Namun, apabila kita berada di alam persekolahan, kita mempelajari suatu ilmu matematik, minat tersebut berkurang. Mengapa ini berlaku? Adakah kerana kita gagal subjek matematik, maka kita tidak berminat untuk mempelajarinya? Mengapa GAGAL MATEMATIK ini berlaku?
Salah satu sebab kegagalan matematik adalah TIDAK MEMAHAMI matematik. Terdapat banyak faktor lain, tapi dalam hal ini, kita mengulas tentang tidak memahami matematik. Jika anda tidak memahami matematik, adakah anda bertanya dengan cikgu? atau hanya berdiam diri? Tunggu sehingga ketidak fahaman yang sedikit menjadi ketidak-fahaman yang besar. Adakah anda membuat rujukan atau perbincangan dengan rakan-rakan jika tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik yang tidak jelas atau tidak faham? Adakah anda membuat latihan yang diberikan oleh cikgu? adakah anda membuat latihan tambahan? Berapa lama masa yang anda luangkan untuk belajar matematik? Persoalan-persoalan ini mampu memberikan jawapan kepada ketidakfahaman anda terhadap matematik.
Berikut adalah garis panduan (pengalaman sendiri saya) untuk lebih faham mengenai matematik.
1. Memberikan TUMPUAN yang sepenuhnya ketika pengajaran di dalam kelas. Ini kerana otak manusia biasanya dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya sehingga 30 minit yang pertama. Jadi, cuba untuk menggunakan tumpuan ini sebaik-baiknya untuk memahami konsep matematik yang disampaikan oleh cikgu.
2. BERTANYA. Jika anda tidak jelas, atau tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik, sila bertanya. Jika terlepas atau tidak faham suatu konsep yang mungkin asas atau mudah, ini mungkin akan menjejaskan kefahaman keseluruhan konsep matematik. Jika malu bertanya di dalam kelas, anda boleh bertanya di luar kelas. Cikgu sentiasa membantu untuk menjelaskan ketidak jelasan anda. Harus diingat, jika kita menyimpan ketidak fahaman anda, lama kelamaan ia akan menjadi ketidak fahaman yang besar dan hal ini mampu membunuh kefahaman anda.
3. BUAT LATIHAN. Seperti sukan, untuk memahirkan diri dengan sesuatu bidang, anda haruslah meluangkan masa, tenaga dan fikiran untuk menguasainya. Jadi LATIHAN adalah aspek yang penting. Dengan latihan, ia akan memberikan pengalaman menyelesaikan bentuk-bentuk soalan. Hal ini memberikan idea dan konsep yang berbeza-beza dalam penyelesaian. Dengan latihan juga, ia menjana pemikiran anda untuk melihat suatu konsep itu pada sudut yang lain. Latihan yang berterusan mampu memberi kemahiran -kemahiran menyelesaikan soalan pada sudut yang berlainan. Disamping itu, otak anda akan membina skema penyelesaian kepada latiha yang dibuat. Pengalaman penyelesaian ini memberikan kefahaman yang lebih dalam lagi. Dengan bertambahnya pengalaman, kemahiran turut dapat digilap dan dimurnikan. Latihan boleh dilakukan dengan belajar sendiri, belajar berkumpulan atau pun secara online. Banyak sumber matematik boleh diperolehi melalui internet. Terdapat juga pembelajaran secara online menerusi internet.
4. Aspek lain adalah, jangan menganggap matematik ini SUSAH. Anggaplah ia sebagai sesuatu yang mencabar dan penting. Tanggapan ini amat mempengaruhi semangat anda untuk mempelajari matematik. Jika tanggapan anda negatif, secara langsung timbul sikap untuk tidak minat, malah yang lebih teruk adalah membenci matematik.
Apabila semua ini telah anda lakukan, jangan lupa memohon berkat daripada Tuhan.
Hari Keluarga A Famosa Resort
Hari Keluarga Mohd Juhan 2010
Perkongsian dari Prof Khalid UTM
Malangnya banyak pendapat mengenai pembelajaran yang tidak dapat disahkan kesahihannya. Contohnya ialah mengenai satu kajian mengenai keberkesanan cara belajar yang dijalankan oleh satu syarikat Socony (telah dibeli oleh ESSO, sekarang sebahagian syarikat gergasi EXXON MOBIL Inc.). Terdapat statistik yang disebut sebagai hasil kajian tersebut yang sebenarnya tidak boleh dikesan bagaimana ianya muncul. Tidak ada tulisan dalam simpanan umum mengenai kajian itu. Tetapi ini tidak menghalang ramai penulis menyatakan statistik tersebut sebagai satu fakta, malahan ada yang merujuknya dalam tulisan yang diterbitkan dalam jurnal akademik yang bertaraf tinggi!
Apa yang diutarakan oleh saya, ialah cara belajar yang terbukti keberkesanannya dari segi kajian penyelidikan dan pengalaman saya sendiri sebagai pelajar disemua peringkat peperiksaan dan pensyarah universiti. Kertas kajian dan penyelidikan mengenai pembelajaran rata‑rata ditujukan kepada para sarjana dan penyelidik semata‑mata. Oleh itu bahan tersebut sukar untuk difahami oleh pelajar biasa. Di samping itu jika seseorang itu ingin mendapatkan gambaran sepenuhnya ia terpaksa merujuk kepada bahan yang banyak sekali. Terdapat banyak buku yang membincangkan mengenai kaedah pembelajaran bagi pelajar, terutamanya yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Halaman ini saya bangunkan dan buku yang saya telah tulis bertujuan untuk kegunaan semua pelajar dari sekolah menengah hingga ke peringkat Universiti tanpa mengira kebolehan dan juga kepada ibu bapa yang memerlukan panduan untuk membimbing anak-anak mereka.
Khalid Mohamed Nor
http://ac.utm.my/web/khalidmn
Universiti Teknologi Malaysia
Hari Keluarga Di Janda Baik
Hari Keluarga di Janda Baik 13/6/2009a
Sunday, March 4, 2012
Selamat Tinggal PPSMI
Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)
Kajian "Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid" mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik.[10]
Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008. Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.[11]
Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.
Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:
- menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
- PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.
Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.