Thursday, February 14, 2013

Trip Ke Krabi Sambil Meninjau Kebesaran Allah


Masjid ini berada di tepi jalan besar menuju ke Ao Nang Beach. Sejak tiba Krabi, hati teringin benar nak singgah berhenti meninjau masjid ini namun masa tak mengizinkan. Aktiviti merayap bermula pagi hingga petang. Balik, mandi, solat di hotel then keluar lagi . Gembiranya hati bila akhirnya berkesempatan singgah pagi selepas check out .. Hajat asal nak ambil gambar masjid yang masih dalam pembinaan ini (khabarnya lama dah pembinaannya bermula...masih belum siap-siap lagi)

Rupa-rupanya walaupun di luar masih nampak belum siap...tapi di dalamnya sudah digunakan untuk bersolat. Mana mungkin dilepaskan peluang bersolat di sini. Tok Siak masjid cam dah orang Melayu Malaysia.."Malay...Malay" katanya. Masjidnya berlantai marmar tanpa karpet. Daun-daun pintu dan tingkapnya dari kayu jati .Sejuk suasana dalamnya.

Airmata tertumpah  di masjid yang dibina atas wang sumbangan penduduk Muslim Krabi tanpa bantuan kerajaan Thailand. Menurutnya ada dermawan yang sanggup menjual tanah untuk pembiayaan masjid ini. Berasa diri ini begitu kerdil atas pengorbanan mereka menyerahkan harta benda kerana Allah. Dalam pada itu terasa beruntungnya kita kerana negara kita negara Islam..kebanyakan masjid dibantu oleh kerajaan. 

Mereka menggunakan air bumi (ground water) dari telaga yang kemudiannya dipam naik ke tangki.

Mudah-mudahan berpeluang solat di masjid baru Ban Ao Nang, Krabi di lain waktu Dan selama tiga hari di Krabi saya sempat solat Subuh di Masjid Berdekatan Sekolah Rendah Ao Nang, Solat Magrib di Masjid Ban Ao Nammoe dan Melalui masjid Ban Limphao dan kesesokannya sempat solat subuh di Masjid Nurul Jannah Ban ao Chong Phi (sempat berjumpa jemaah Dakwah dari Trang, yang mana sedang menziarahi saudara islam untuk ijtimak Islam di Cawat Krabi pada 15-17/mac 2013.
...insya-Allah


Kedai pencetak T-Shirt bermutu tinggu , ada yang bersulam dan kainnya 100% cotton di  Phuket 


 
 Pelayannya bertudung dan berkopiah...

Menu Thai lagi. ..kepedasan tahap semua boleh makan....

 Masjid Jabal Nur Puket . Lantai marmarnya juga tak berkarpet.... Nampak kelibat jemaah tabligh dari India..


No comments:

Post a Comment