Friday, January 25, 2013

Coretan Seorang Gadis Tentang Add Math


Saturday, 3 March 2012

♥ Aku jatuh cinta dengan Add Math ♥ - Al-Khwarizmi Sumber Inspirasi

Hasil nukilan Gadis yang bakal menduduki SPM ...


Tak sangka harapkan salji tengah krismas , namun salji keluar masa hari panas . haha .
Fine , takde kena mengena pun dgn entri nih .

I already fall in love in you ...
 
OMG , Fall in love with Add Math ? Did you get a fever , Seri Najwa ?
Nope ....

Seriously , even kalau orang lain nak kata aku gyler sebab statement nih . But i've made a greatest ever and ever decision . Just like precision right ? Instead of Math and physics , sekarang ni aku beralih untuk menjatuhkan perasaan minat aku terhadap Add Math . Bila teringat tentang sejarah Al-Khwarizmi yang memperkenalkan tentang sejarah Matematik , aku merasakan Matematik ini bukan sesuatu subjek yang biasa , tetapi LUAR BIASA .
Siapa setuju ?

Al-Khawrizmi bijak pandai Algebra !

Beliau menjadi pencetus semangat untuk aku melakukan research tentang Add Math ni . Tambahan lagi aku akan menghadapi SPM hujung tahun ini . SPM yang bakal menentukan masa depan aku ! Ke mana arah perjalanan yang bakal di hadapi semasa di hari muka . Ini membuat kan aku bertambah semangat untuk mencari formula2 yang boleh meningkatkan kemahiran Matematik aku yang sedia ada ni .

Hasil daripada research yang dilakukan , Alhamdulillah . Aku telah berjaya menemui beberapa formula Math dan juga Add Math melalui rangkaian sosial yang telah dicipta oleh manusia2 yang brilliant di dalam 'pembinaan' laman web serta website .

Apakah formula2 nya ?

InsyaAllah di lain entry , saya akan meletakkan formula2 Matematik yang telah saya jumpai .
Keep in touch with my coming soon updates !

Khususnya untuk rakan2 yang tak lama lagi menghadapi SPM , tak salah untuk berkongsi ilmu sesama sendiri . Ilmu dapat , pahala pun dapat . InsyaAllah perjalanan hidup kita akan lebih di berkatiNya ...

Maaf kepada penggunaan kata 'AKU' kepada yang lebih berusia ... :)



Coretan hati , dari gadis yang
bakal menghadapi SPM 2012 ...

Rahsia Zikir Dari Sudut Sains



FAKTA SAINS SEBENAR 

 
"Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks. 

Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan tumbuh dan berkembang secara unik. Neuron adalah merupakan unit asas sel otak yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit."

Kepentingan Penjagaan Otak

Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan , sikap dan fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang.
 
Otak juga bertanggungjawab keatas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan).

DARI SUDUT ISLAM PULA
Didalam "Al-Wabil" yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
  • Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir 
  • Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.
  • Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.
  • Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya.
  • Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.
  • Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.
  • Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.
  • Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.
  • Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.
  • Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.
  • Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.

Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra'd Ayat 28 yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang"

Thursday, January 24, 2013

Solat Dari Sudut Sains


Solat dari sudut sains

Solat

Solat fardhu adalah merupakan kewajiban yang perlu dilakukan oleh setiap
 umat Islam lima kali sehari pada waktu yang berbeza yang telah 
ditetapkan oleh Allah Taala dan membantu keupayaan tubuh 
terutamanya sistem darah dan jantung. Solat juga merupakan
 terapi psikologi yang membantu jiwa menjadi lebih tenang dan
 menghilangkan tekanan perasaan yang disebabkan oleh pelbagai 
masalah dalam kehidupan; yang paling signifikan adalah manusia
 merasakan semua masalahnya sangat kecil di hadapan Pencipta
 yang Maha Agung. Solat juga menghilangkan semua sumber
 tekanan pada diri manusia apabila berlakunya perubahan pergerakan
 dalam solat secara konstan. Ini dikenali sebagai perubahan yang
 membawa kepada kerehatan fisiologi yang sangat penting.
 Fakta Ini adalah bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w.
 yang memerintahkan umatnya bersolat ketika menghadapi 
kemarahan dan telah terbukti bahawa solat memberikan kesan
 yang pantas terhadap sistem saraf dengan memberi ketenangan
 dan keseimbangan. Solat juga turut menjadi penawar kepada 
insomnia atau penyakit sukar tidur yang disebabkan oleh
 kegagalan sistem saraf (Nor Azah Abdul Aziz et. al, 2008).

Solat adalah inti ibadah di dunia. Ia merupakan bukti nyata
 keimanan dan keIslaman seseorang di alam realiti.
 Solat merupakan elemen terpenting dalam syariat Islam
 (Misbah Em Majidy, 2009). Allah Taala memerintahkan agar 
solat dilakukan secara berjemaah dan memohon pertolongan
 kepadaNya dengan cara mengerjakan solat seperti berikut:
                                                                                                                                   
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat
, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang
 yang rukuk.
                                                    Surah Al- Baqarah (2):43

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan

 mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu
 amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
Surah Al- Baqarah (2):45

Setiap suruhan dan larangan Allah Taala mengandungi hikmah
 sebagai contohnya posisi solat yang diriwayatkan dari
 'Abdullah bin 'Umar (Zaki Al-Din ‘Abd Al-Azhim Al-Mundziri, 2004):

"Rasulullah SAW mengangkat kedua tangannya ke atas hingga
 sejajar dengan bahunya ketika memulai solat (takbiratul-ihram);
 ketika mengucapkan takbir untuk rukuk, dan ketika bangkit
] dari rukuknya ia melakukan hal yang sama lalu mengucapkan 
sami Allâhu liman hamidah, Rabbanâ walakal hamd. Dan Nabi SAW.
 tidak melakukan hal itu (mengangkat kedua tangannya yang mulia)
 ketika sujud. [l:702-S.A.]

Kajian yang dilakukan oleh  Nor Azah Abdul Aziz et. al, 2008
terhadap tekanan  darah dan      kadar denyutan jantung menunjukkan
 bahawa solat fardhu berjemaah menjadikan ianya lebih baik dalam
 ertikata lain solat menjadikan pengamalnya lebih tenang
 walaupun sebelum solat pelbagai aktiviti dilakukan seperti
berjalan, berlari dan lain-lain.

Wednesday, January 23, 2013

Perbanyakkan Selawat Kepada Nabi saw

Kelebihan berselawat

1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.”

Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.

Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis

i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi SAW (dengan izin Allah jua)

“Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi dan al-Khatib)

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan al-Hakim)

“Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis riwayat ad-Dailami)

4. Diberi pahala dari Allah SWT

“Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah SWT mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya.” (Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan al-Hakim)

5. Mendapat ketenangan jiwa

“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu.”

6. Mendapat rahmat dari Allah SWT

“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Muslim)

7. Mendapat hajat dunia dan akhirat

“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia.” (Hadis riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a.)

8. Digembirakan dengan syurga

“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga.” (Hadis riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a.)

9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi SAW di akhirat nanti

“Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku.” (Hadis riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban)

Tuesday, January 22, 2013

Objektif Kurikulum Matematik Tambahan


OBJEKTIF
Kurikulum Matematik Tambahan membolehkan murid:
1. memperluaskan keterampilan dalam bidang nombor, bentuk
dan perkai tan ser ta memperolehi  pengetahuan dalam
kalkulus, vektor dan pengaturcaraan linear;
2. memperkukuhkan kemahiran penyelesaian masalah;
3. memperkembangkan kebolehan untuk berfikir secara kritis
dan kreatif serta  berhujah secara mantik;
4. membuat inferens dan pengitlakan yang munasabah daripada
maklumat yang diberi;

5. menghubungkaitkan pembelajaran matematik dengan aktiviti
harian dan kerjaya;
6. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
menterjemahkan dan menyelesaikan masalah kehidupan
harian;
7. menghujahkan penyelesaian dalam bahasa matematik yang
tepat;
8. menghubungkaitkan kewujudan idea matematik dengan
keperluan dan aktiviti manusia;

9. menggunakan perkakasan dan perisian teknologi untuk
meneroka matematik; dan
10. mengamalkan nilai instrinsik matematik


PENGARUH PERSONALITI GURU TERHADAP PENCAPAIAN MURID


Sumber:http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2010/10/pengaruh-personaliti-guru-terhadap_20.html
PENGARUH PERSONALITI GURU TERHADAP PENCAPAIAN MURID (THE INSPIRING TEACHER AND LEARNING OUTREACH)
Damak baru dipindahkan ke kelas 4 Sains 1 sebagai mematuhi dasar 60:40 nisbah enrolmen pelajar jurusan sains berbanding sastera. Guru pertama yang masuk ialah Pak Jusuf, guru import dari Indonesia yang mengajar Matematik Tambahan. Buku teks yang digunakan disusun oleh Tan Wang Seng, seorang profesor matematik di Universiti Sains Malaysia.
Pak Jusuf agak pendek orangnya, dan bertubuh sederhana gempal. Wajahnya serius sahaja sambil melontarkan pandangan ke seluruh kelas. Murid hanya diam membatu dan senyap ketupas menunggu butir percakapan yang akan dilafazkan.
Agaknya begitulah gaya set induksi Pak Jusuf, iaitu dialog dalaman tanpa suara. “Hantar buku latihan sekarang!” Ketua kelas dengan segera membuat tindakan mengutip buku dari meja ke meja. “Siapa-siapa yang tidak hantar, silakan mara ke hadapan.” Spontan empat orang murid termasuk Damak melangkah longlai sambil menyembunyikan perasaan cemas dan berkecamuk, lalu terus merapati papan hitam. Mereka kini bagaikan pesalah yang menunggu perintah hukuman sang hakim.
“Kamu namanya siapa?” “Damak, cikgu, errr.. pak”. “Apa-apaan kamu, apa justifikasi kamu?” Damak yang tidak memahami lenggok sebutan pekat Indonesia Pak Jusuf terus menjawab, “basikal saya rosak, pak”. “Apa? spedarnya berantak?”. Perkataan “spedar” yang seakan-akan berbunyi spendar (celana kecil, seluar dalam) segera menggamatkan kelas. Damak merah padam menahan emosi yang menggelegak.
Sejak itu, Pak Jusuf dibencinya. Suara Pak Jusuf, pakaian Pak Jusuf, cara bergerak Pak Jusuf dibenci sekali gus bagaikan satu pakej. Malah, Damak juga benci dengan semua yang berkaitan Pak Jusuf, termasuk mata pelajaran Matematik Tambahan walaupun dia sedar bahawa kalau hendak jadi jurutera yang jadi impiannya dia tidak boleh begitu…
Anekdot di atas ialah kisah benar yang disaksikan sendiri oleh penulis blog ketika belajar di sebuah sekolah. Damak akhirnya mendapat gred gagal (F9) dalam Matematik Tambahan walaupun mendapat C3 dalam Matematik Moden. Damak layak juga memasuki tingkatan enam rendah sains, namun terpaksa bertukar ke aliran sastera kerana asas Matematik Tambahan yang tidak mencukupi justeru semua mata pelajaran sains tingkatan 6 diintegrasikan dengan aplikasi matematik tambahan.
Apabila Damak memasuki universiti, dia tidak dapat lari juga daripada aplikasi matematik tambahan dalam kursus ekonomi dari tahun pertama hingga akhir. Anehnya, Damak bukan sahaja tidak menghadapi masalah dalam aplikasi matematik tambahan seperti algebra, janjang geometri, kalkulus, kebarangkalian, matriks, trigonometri, dan statistik, bahkan mendapat gred A. Damak lulus ijazah pertama dengan cemerlang.
Refleksi aktiviti pembelajaran murid
Matematik Tambahan ialah mata pelajaran baharu yang diperkenalkan kepada murid tingkatan empat. Kandungan dan pendekatannya lebih bersifat abstrak. Murid yang lambat menangkap penggunaan simbol seperti x, y, alpha, beta , dy/dx, dan istilah khusus akan terpinga-pinga jika tidak mendapat bimbingan dan dorongan yang secukupnya. Peranan guru ialah membawa dunia yang abstrak itu ke alam konkrit, iaitu pengalaman sebenar murid di dunia nyata.
Semua pemboleh ubah yang diperkenalkan hendaklah jelas dan murid diberi peluang menguasainya menerusi pedoman kemahiran generik pembelajaran matamatik tambahan. Murid yang lebih cekap boleh diberi peranan membimbing rakan yang menghadapi kesukaran. Tugasan susulan (penilaian formatif) sebaik-baiknya direka bentuk berdasarkan tahap pencapaian murid yang berbeza-beza.
Dalam kes Damak di atas, pengalaman buruk semasa pertama kali mengenali guru Matematik Tambahannya menyebabkan dia tercicir tanpa dipulihkan oleh guru yang berkenaan. Sudah jelas bahawa Damak seorang murid yang sentimental, iaitu terbawa-bawa oleh emosi. Maka, Pak Jusuf harus menggunakan segala ilmu pedagogi dan psikologi semasa menjalani latihan perguruan bagi membantu murid seperti Damak.
Pemerhatian Aktiviti Pembelajaran
Andaikan Pak Jusuf diarahkan menjalankan kajian tindakan terhadap sekumpulan murid seperti Damak supaya intervensi dapat dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian mereka. Setelah mengenal pasti isu keprihatinan pembelajaran murid sentimental, dia harus mencari dapatan penyelidikan atau saranan pakar bagi mengungkapkan masalah kajian dengan lebih jitu. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid sentimental bakal membantu Pak Jusuf merancang program intervensi.
Murid sentimental mudah hanyut dan menarik diri. Pak Jusuf harus memerhatikan perkembangan minat dan penglibatan murid sentimental. Jika murid sentimental didapati mula hendak tenggelam punca, Pak Jusuf mesti cepat-cepat meyelamatkan mereka.
Pencapaian murid ialah bayangan kebolehan guru. Jika Pak Jusuf hanya masuk kelas untuk menghabiskan sukatan pelajaran, memuji murid pintar dan mengherdik murid yang ketinggalan, hakikatnya Pak Jusuf ialah guru yang gagal, tidak kompeten dan tidak layak bergelar seorang pendidik yang budiman. Pak Jusuf patut menjalani latihan semula untuk menghidupkan permit keguruannya!
Tindakan / Perancangan
Langkah intervensi mungkin memerlukan pendapat kedua. Maksudnya, cadangan secara individu mungkin bersifat “syok sendiri” jika tidak dirujuk kepada rakan yang sama bidang atau dapatan penyelidikan yang autentik. Setelah disenarai pendek dan disaring, Pak Jusuf boleh memilih satu langkah intervensi terhadap kumpulan murid sentimental (kumpulan rawatan) dan murid pintar sebagai kumpulan kawalan.
Data, sama ada kuantitatif atau kualitatif, boleh dicatat dalam jurnal atau buku log kajian. Tempoh masa tertentu, misalnya sebulan, hendaklah ditetapkan. Pada akhir tempoh berkenaan, kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan akan diberi penarafan menerusi instrumen pengukuran yang bersesuaian.
Jika intervensi pertama itu masih kurang berjaya, langkah intervensi yang lain boleh diulang uji dalam pusingan seterusnya. Pak Jusuf tidak boleh berputus asa dalam melayani murid sentimental. Cabaran mengubah tingkah laku dan meningkatkan minat mereka dalam proses pembelajaran mata pelajaran seabstrak Matematik Tambahan ialah tugas asasi yang menjadi ikrar keguruan Pak Jusuf…
Perbincangan
Segala butiran kajian tindakan yang bermula daripada refleksi, pemerhatian, dan perancangan didokumentasikan dalam sebuah laporan. Data-data mentah dianalisis, serta dimurnikan. Dapatan dikaitkan semula dengan isu keprihatinan yang dipilih sebagai masalah kajian.
Kesimpulan yang berkaitan dengan intervensi dan pengetahuan tentang bidang keprihatinan dibincangkan secara khusus berdasarkan implikasi dapatan kajian. Saranan penambahbaikan juga dicatatkan untuk kajian lanjutan. Pendek kata, kajian tindakan tidak berakhir dengan sekali pusingan sahaja.

Kajian Mengenai Matematik Tambahan



Matematik Tambahan ialah satu mata pelajaran elektif di peringkat sekolah
menengah. Mata pelajaran ini bertujuan meningkatkan keterampilan matematik
pelajar supaya mereka mempunyai persediaan mencukupi untuk menghadapi atau
menanggani perubahan dan cabaran masa depan, seterusnya dapat merealisasikan
kerjaya yang cemerlang untuk diri, masyarakat dan negara. Fokus Matematik
Tambahan adalah kearah memenuhi keperluan matematik pelajar yang cenderung
kepada bidang sains dan teknologi serta pelajar yang cenderung kepada sains sosial.
Oleh itu kandungan Matematik Tambahan telah diolah supaya mencapai kehendak ini
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000).


Tajuk-tajuk dalam Matematik Tambahan disusun dalam dua pakej iaitu pakej
teras dan pakej pilihan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Pakej teras adalah
pakej yang wajib dipelajari oleh semua murid. Ia mengandungi lima komponen iaitu
komponen geometri, algebra,  kalkulus, trigonometri dan statistik. Manakala pakej
pilihan terdiri daripada dua pakej iaitu pakej aplikasi sains sosial dan teknologi, pakej
aplikasi sains sosial. Pakej aplikasi sains dan teknologi terdiri daripada penyelesaian
segi tiga dan gerakan pada garis lurus. Manakala pakej aplikasi sains sosial pula
terdiri daripada tajuk penggunaan nombor indeks dan pengaturcaraan linear.



Kegagalan Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar adalah disebabkan
oleh tahap penguasaan pelajar yang rendah (Arsaythamby,2011). Tahap penguasaan
pelajar yang rendah terhadap konsep-konsep asas dalam Matematik Tambahan
menyebabkan mereka menjadi kurang berminat untuk mempelajari subjek tersebut
dengan lebih lanjut. Sedangkan setiap tajuk dalam matapelajaran Matematik
Tambahan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Jadi apabila pelajar tidak
menguasai sesuatu tajuk, ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada
penguasaan tajuk-tajuk yang lain


Menurut Khadijah Daud & Ahmad Nadzri (2009),
kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam matapelajaran v
Matematik Tambahan adalah menganggap bahawa matapelajaran tersebut adalah
sukar dan membosankan.


Sehubungan dengan itu, penggunaan bahan bantu mengajar seperti
penggunaan modul dalam pengajaran dan pembelajaran diharapkan dapat
meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik Tambahan.
Penggunaan modul ini dapat meningkatkan penguasaan dan asas matematik para
pelajar. Menurut Sow Lee Sun (2007), penggunaan modul menjadi semakin popular
di kalangan guru-guru kerana ia dapat memberikan penekanan yang lebih mendalam
kepada pelajar berkaitan dengan isi-isi pengajaran guru jika dibandingkan dengan
hanya mengajar melalui buku teks atau bantuan alat-alat teknologi seperti projektor
dan transparensi (Sow Lee Sun, 2007).







Berdasarkan kajian,  menunjukkan minat pelajar mempelajari
mata pelajaran Matematik Tambahan adalah di tahap sederhana.  Kajian yang
dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993) (dalam Norsuriani, 2008), mendapati bahawa
kebanyakkan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam mata pelajaran
Matematik Tambahan adalah di kalangan mereka yang menggangap mata pelajaran
matematik tambahan adalah suatu mata pelajaran yang sukar dan membosankan.
Anggapan tersebut sebenarnya telah menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk
mempelajari Matematik Tambahan dan seterusnya menyebabkan pencapaian mereka
dalam mata pelajaran tersebut adalah rendah.


Faktor-faktor yang menggalakkan pelajar berminat mempelajari mata
pelajaran Matematik Tambahan ini ditinjau dari segi guru (penyampaian), rakan
sebaya dan ibu bapa, persekitaran serta ibu bapa.  Keempat-empat faktor ini diambil
kira sebagai aspek utama pelajar-pelajar berminat mempelajari mata pelajaran
Matematik Tambahan.


Prinsip itik berenang bagi pelajar cemerlang

Posted by Osman Affan dari www.motivasibelajar.com


Adik-adik yang saya hormati sekalian, pernahkah adik-adik
 melihat itik yang sedang berenang di dalam kolam atau tasik?
Itik-itik itu semua kelihatan berada di permukaan air dengan
 tenang dan selesa. Pergerakan mereka sangat lancar dan
 mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan begitu
lembut dan indah.
Namun, tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan
 air itu? Sedarkah kita yang di bawah permukaan air itu kaki itik
sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi
 memastikan itik kekal timbul?
Saya baca kisah itik berenang ini di dalam buku Tuan Fadzli
 Yusof ‘Kuasa Hijrah, kuasa untuk berubah’. Di dalam buku ini,
Tuan Fadzli ada ceritakan tentang satu prinsip yang diamalkan
oleh Tuan Nizal Mohammad, pengacara TV terkenal. Menurut
Tuan Nizal, walaupun seseorang yang BERJAYA itu kita lihat
nampak tenang dan bersahaja, mereka sebenarnya sedang
bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam usaha mereka
 mencapai kejayaan.
Kita tidak nampak usaha kerja keras mereka kerana apa
 yang kita nampak adalah di bahagian permukaan sahaja,
 sama seperti itik yang sedang berenang. Itik kelihatan
 sedang bergerak tenang di atas permukaan air tetapi
 sebenarnya di bawah permukaan air, kakinya bekerja
keras mengayuh air agar ia kekal timbul di permukaan.

Mari kita lihat prinsip ini pada pelajar cemerlang. Pernahkah
 adik-adik semua tertanya-tanya mengapa pelajar cemerlang
 kelihatan tenang sahaja. Walaupun mereka cemerlang dalam
 peperiksaan, mereka masih ada masa untuk masuk pelbagai
 persatuan, bertanding dalam aktiviti sukan dan mewakili
 sekolah dalam banyak perkara. Adakah mereka tenang
 kerana semua perkara ini MUDAH sahaja buat mereka?
SUDAH TENTU TIDAK!
Sama seperti prinsip itik berenang tadi, pelajar cemerlang
juga bekerja sangat keras untuk mencapai kejayaan.
 Walaupun mereka nampak tenang, fikiran mereka
sentiasa bekerja dan berfikir untuk mencari jalan ke arah
 kejayaan. Jika pelajar KURANG CEMERLANG rasa belajar
itu susah dan memeningkan kepala, pelajar CEMERLANG
 juga rasakan perkara yang SAMA. Bezanya, pelajar cemerlang
teruskan belajar dan bekerja keras kerana mereka tahu,
usaha mereka akan membawa mereka ke arah kejayaan.
 Mereka tidak merungut tentang susah belajar kerana
ia adalah sebahagian daripada proses mencapai kecemerlangan.
Bayangkan bagaimana kalau itik merungut setiap hari,
 “Ishhh…susahlah nak kayuh-kayuh air ni
…tenggelam sajalah senang!” :-)
Jadi adik-adik semua, ada satu perkara penting perlu kita ingat hari ini.
Jika kita rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening
 dan jika kita rasa hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, 
pelajar cemerlang juga rasakan perkara yang sama. Susah, 
pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah normal, bukan
 bermaksud kita lemah. Apa yang akan membezakan kita dengan
 pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan mahu putus-asa,
 kita teruskan juga berusaha untuk belajar.
Saya ucapkan Selamat Berjaya buat adik-adik semua dan Selamat Berenang!

Saturday, January 12, 2013

Menangani Stress Dalam Islam


DALAM kehidupan moden ini, stres menjadi pelengkap hidup. Banyak masalah dan sedikit penyelesaian yang diketahui. Orang yang kurang kuat imannya, dapat melakukan bunuh diri. Orang yang kuat iman, tapi terlalu yakin untuk mencapai sesuatu, mungkin akan mengalami stroke. Seorang doktor neorologi berkata, sekalipun tekanan darah tinggi, insya Allah tidak akan stroke, selama mana orangnya, tidak stres. Bermaksud stres pemangkin utama lahirnya stroke yang banyak melanda manusia pada hari ini.

Stres yang datang pada diri seseorang, banyak puncanya. Mahasiswa yang tidak lulus ujian akhir, akan mendapat stres. Orang tua yang mengurus anaknya untuk mendapatkan sekolah yang baik, mendapat stres. Pejabat yang terlalu sibuk, pekerjanya akan mendapat stres. Rakyat miskin yang sukar mendapat makanan, akan mendapat stres. Calon pilihan raya yang mengeluarkan jutaan ringgit untuk pemilihan, akan mendapat stres, jika suara yang diharapkan, tidak seperti yang diramalkan, akan stres. Kesimpulannya, semua golongan dalam masyarakat akan berpeluang mendapat stres, baik laki-laki mahupun perempuan.

Bagaimana mencegah stress?Menurut doktor neorologi, perasaan stress sering menjadi musuh dalam selimut. Perasaan ini datang tiba-tiba dan sukar untuk dikendalikan. Apabila tidak ditangani akan menjadi pemangkin timbulnya berbagai-bagai-bagai penyakit seperti jantung, darah tinggi dan stroke. Ibarat menyediakan payung sebelum hujan, menghindari stress ada baiknya dilakukan mengikut cara berikut:

Pertama, mengeluarkan energi positif, iaitu optimis dalam menghadapi setiap permasalahan. Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri. Jangan membebankan diri anda. Ketahuilah bahawa setiap usaha yang dilakukan akan ada kekangan dan hambatan Tapi ada juga solusi atau penyelesaiannya. Sebab itu, harus bersikap lebih fleksibel, supaya kita dapat menikmati hidup.

Kedua, menjaga kesihatan. Dengan cara bersukan dan senaman yang teratur, tidur yang mencukupi dan mengambil makanan yang berzat dan seimbang. Bersukan mungkin dapat membuat manusia berasa nyaman. Makanan berzat mampu membangkitkan kualiti hidup. Sebab itu Islam memerintahkan “ mengambil makanan yang halalan toiyibban atau halal, suci lagi berkhasiat.
.
Ketiga, banyak minum air masak, terutama pada ketika sedang marah.. Air dapat menenangkan perasaan, dan menjadikan fikiran lebih jernih. Rasulullah menganjurkan kalau marah, hendaklah berwuduk dan mendinginkan badan dengan air atau tanah.

Keempat, meluangkan sedikit waktu pada setiap minggu untuk keluar dari kerja-kerja rutin. Berkumpul bersama-sama ahli keluarga, atau menziarahi teman-teman. Nabi mengajarkan supaya kita menghubungkan silaturahim, sebabnya dapat menambahkan rezeki dan memanjangkan umur (HR.Muslim).

Kelima, meningkatkan unsur-unsur humor dan ketawa. Secara klinikal humor dapat mengatasi stress. Membaca cerita-cerita lucu, berkongsi cerita lucu dengan kawan-kawan, menonton atau mendengar cerita lawak selama 5-10 minit dapat membawa suasana santai dan relaks.
Menurut Al-Quran ?.Menurut Al-Quran, kelima cara yang ditawarkan oleh bidang kesihatan di atas, tidak ada yang bertentangan dengan Al-Quran. . Namun Al-Quran lebih memfokuskan terutama kepada dua hal utama iaitu Al-Quran sebagai Syifa’ (Penawar) :

Sabar :Jika stress menghadapi masalah yang sukar diputuskan “ salah atau benarnya sesuatu “ maka Al-Quran memberi petunjuk “ FA SHABRUN JAMIL “ ( Maka bersabar itu lebih indah ). Dan hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan. (QS. Yusuf 18 ).

Ucapan itu disampaikan oleh Nabi Yaa’kub, ketika anak-anaknya datang membawa kemeja yang berlumuran darah kepunyaan Yusuf, sebagai bukti bahawa ia telah diterkam binatang buas. Oleh sebab stress, karena darahnya meragukan, Nabi Yaa’kub berkata “ Sabar itu lebih indah.” Demikian juga Maryam, ketika dituduh melacur karena melahirkan anak (Isa) tanpa ayah, juga bersabar untuk mengubati stres yang berpanjangan. Bahkan Aisyah, isteri Rasul, ketika difitnah, juga menjadikan sabar sebagai pengubatan dalam stressnya.

Zikrullah:Mengingati Allah (Zikrullah) juga termasuk dapat cara mengatasi stres. Dengan mengingat dan mengembalikan segalanya dari dan untuk Allah, maka stres akan dapat diatasi. . Sesuai dengan Al-Quran, “ TATHMAINN AL-QULUB “ ( Mengingat Allah, hati akan tenang ) ( QS. Al-Raad 28 ).

Menurut ulama Tafsir, termasuk dalam Zikrullah; adalah melakukan solat, membaca Al-Quran dan secara langsung menyebut lailaha ilallah sebanyak-banyaknya.

Hujah ini diperkukuh oleh Al-Quran dengan ayat “ Dan carilah pertolongan, dengan berlaku sabar dan mengerjakan solat ( QS.2: 45).

Menurut Huzaifah, apabila Nabi bersedih atau menghadapi masalah, beliau terus melakukan solat, sekalipun sedang dalam perjalanan. Memperbanyak Zikrullah sama seperti solat sunat, atau membaca Al-Quran, atau istighfar, atau membaca lailaha Ilallah.

Istighfar yang sering dibaca Rasul “ Allahumma Anta rabbi. Lailaha illa Anta. Khalaqtani waana abduKa. Wa ana ala ahdiKa. Wa wa’diKa mastata’tu. Audzu biKa, min syarri ma shana’tu. Abuu laKa bini’ mati alayya. Waabuu bidzanbi. Fagfirli. fainnahu la yagfir al- dzunuba illa Anta.( Al-Azkar :347 ).

Di samping sabar dan zikrullah, stres juga dapat diatasi dengan akidah yang meyakini kebenaran ayat Al-Quran yang berbunyi “ INNA MA’AL USRI YUSRA ( Sesungguhnya setelah kesulitan, ada kemudahan. Setelah kesulitan, ada kemudahan).. ( 94: 5-6 ).( Disebutkan dua kali ).

Menurut ulama Tafsir, karena kata kesulitan (Al-usri ), menggunakan “al ” dan kemudahan (Yusra) tidak menggunakan “al “ , itu bermakna kesulitan itu cuma satu macam, tapi ada beberapa jalan kemudahan. Bermakna dua alternatif kemudahan untuk satu kesulitan. Ada dua. Misalnya untuk mendapatkan kesembuhan dan untuk rawatan lahir dan batin ialah dengan menggunakan petunjuk Al-Quran sebagai Syifa’.
. .

Rumusannya, huraian ringkas di atas dapat difahami bahawa Al-Quran boleh mengatasi stres di samping berusaha pula mencari rawatan lahir dan batin. Selain itu meyakini bahawa kesempurnaan itu milik Allah dan kekurangan itu milik manusia. Maka kaifiatnya banyak bersabar, solat, istighfar dan zikir.

Praktik Rasul SAW dalam mencari kesegaran dan menghilangkan stres, antaranya dianjurkan kepada umatnya berpuasa dan mencampuri isteri dua kali seminggu.
Sekian, maklumat ini untuk kita yang sering dilanda stres kehidupan duniawi.